Sabtu, 27 Julai 2019

Absolutely Halal Malaysia Menawarkan Pelbagai Produk Halal

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Minggu ini Hans telah berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia yang sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre selama tiga hari bermula dari 26 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019


Ekspo ini dibuka bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam dimana anda boleh melawat sebanyak 280 booth yang dibuka disini dan menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan juga barangan lain daripada pelbagai jenis jenama. 


Apa yang menarik disini ialah anda tidak perlu risau untuk membeli produk-produk yang dijual di setiap booth kerana ia adalah halal. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan saat berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Idea Max Event (M) Sdn Bhd ini.

Rambang Mata Hans Dibuatnya!
Sardin Viral Nih Memang Patut Viral! Sedap Beb!
Kuih Pau Dan Dim Sum Yang Dijual Dekat Sini Memang Sedap! Tak Puas Hans Makan!

Hans sendiri secara jujurnya pun sangat rambang mata dan berasa begitu teruja sewaktu berada di Ekspo Absolutely Halal Malaysia kerana dapat merasa dan membeli pelbagai produk makanan yang sedap-sedap belaka. Disebabkan banyak booth yang memberikan sampel makanan percuma yang lazat akan membuatkan anda pasti akan membeli barangan yang dijual disini.


Bagi Hans sendiri yang melihat Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini sebenarnya merupakan satu ekspo yang terbaik kerana ia bukan sahaja membantu orang awam seperti Hans untuk dapat mencuba dan membeli pelbagai jenis produk makanan halal yang baru atau belum pernah dijumpai sebelum ini. 


Tetapi. secara tidak langsung penganjuran Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini telah memberi ruang dan peluang kepada ramai pengusaha produk Halal untuk memperkenalkan produk mereka secara terus kepada pengunjung yang secara tidak langsung membantu mereka untuk memasarkan produk serta jenama produk mereka dengan lebih luas lagi.

Hans Suka Betul Gabungan Warna Ini! Cantik Dan Menyelerakan!

Dengan jangkaan lebih 80,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa akan hadir ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini, Hans yakin para pengusaha produk halal yang mengambil kali ini pasti dapat mengetengahkan produk mereka lebih jauh lagi dimana ia bukan sahaja akan menarik pengunjung Muslim untuk mengenali, membeli dan menyukai produk mereka tetapi juga pengunjung bukan Muslim yang kini turut menjadikan produk halal sebagai pilihan mereka. 

Produk Makanan Dari SUSHIKA Ini Wajib Anda Beli! Serius Terbaik!

Ini adalah disebabkan produk halal sememangnya mementingkan kualiti daripada setiap aspek bermula daripada bahan-bahannya, cara pembuatannya serta cara pembungkusannya yang sangat menitik beratkan aspek kebersihan serta kualiti produk tersebut.


Anda Peminat Kuih Mochi? Inilah 'Syurga Mochi' Anda!

Hans sangat menyarankan para pembaca sekalian yang tinggal atau berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk datang berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini kerana terdapat pelbagai perkara serta hadiah menarik yang menanti anda. Tidak perlu risau tentang tiket bayaran masuk kerana masuk ke dalam Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini adalah percuma. Selain itu, jika anda hadir awal maka anda berpeluang untuk mendapatkan goodies bag istimewa selagi stok masih ada.

Memang Disini Banyak Makanan Yang Anda Boleh Cuba! Serius Seronok!

Selain itu, para pengunjung yang hadir ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini juga berpeluang untuk bertemu dengan ramai chef selebriti mahu pun artis yang turut berada di dalam ekspo yang cukup meriah ini dimana anda akan dipertontonkan dengan pelbagai jenis demo masakan, persembahan artis terkenal serta aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh turut sama lakukan disini. Paling penting anda berpeluang untuk turut serta di dalam sesi cabutan bertuah jika pembelian anda di ekspo ini melebihi RM80. Rugi kan kalau anda tak datang?


Hans melihat harga produk-produk yang dijual sini sememangnya sangat murah jika dibandingkan dengan tempat jualan di luar sana. Satu lokasi yang menarik perhatian Hans ialah Absolutely Murah Zone dimana terdapat barangan yang dijual disini pada harga serendah RM0.99 sahaja


Lebih memudahkan para pengunjung ialah anda tidak perlu bersusah payah atau berasa risau untuk membawa wang yang banyak sewaktu datang ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini kerana anda boleh membayar barangan yang anda beli menggunakan aplikasi MEa atau Maybank QRPay dari Maybank yang memberi anda potongan 10% untuk setiap pembelian barangan anda disini. Menarik bukan?


Selain itu, Hans juga turut tertarik dengan sebuah booth kepunyaan Agensi Halal Malaysia dimana disini pengunjung berpeluang untuk mendapatkan info tentang status halal sesetengah produk bagi menjelaskan persoalan yang bermain di fikiran anda selama ini. 


Bagi Hans, penganjuran Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini merupakan satu langkah yang sangat menarik kerana ia membantu pengunjung daripada pelbagai latar belakang dan agama untuk lebih memahami maksud sebenar halal itu sendiri yang sebenarnya meliputi keseluruhan kehidupan manusia sama ada melalui makanan, minuman, pakaian mahu pun produk-produk kegunaan seharian.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang berkunjung ke Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini yang bermula pada 26 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019 dimana ianya boleh dikunjungi pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam selama tiga hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang Ekspo Absolutely Halal Malaysia, anda boleh layari laman sosial di bawah sebagai rujukan anda:


Facebook:

Instagram: 

2 ulasan:

  1. Alaaa ..x dan nak pergi la...bila la dapat pi agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaaaa
      rugi lah
      best owh
      makanan sedap2
      harga pun murah2 semua

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com