Jumaat, 12 Julai 2019

Coocaa Smart TV Malaysia Tawarkan Harga Tidak Masuk Akal

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan pengunjung www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah jenama TV Pintar yang bukan sahaja menawarkan teknologi-teknologi terkini di dalam TV Pintar mereka tetapi juga memberi tawaran harga yang sangat istimewa untuk anda rebut. Jenama yang Hans maksudkan ini ialah Coocaa yang merupakan sebuah jenama TV Pintar yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 27 Jun 2019 yang lepas.


Untuk pengetahuan anda semua, Coocaa merupakan sebuah jenama TV di dalam talian sepenuhnya dan anda hanya boleh memperolehinya secara eksklusif di Lazada. Usahasama yang melibatkan Coocaa dan Lazada ini telah pun terjalin semenjak bulan Ogos 2018 lagi yang telah menerajui kemasukkan Coocaa ke beberapa pasaran Asia Tenggara. Setelah dilancarkan di Indonesia, Thailand dan Vietnam pada tahun 2018, Coocaa muncul sebagai jenama peralatan rumah nombor 1 terlaris bagi Lazada Asia Tenggara dalam tempoh lapan bulan pelancarannya.


Jadi, Hans melihat Coocaa begitu komited di dalam membawa produk TV Pintar mereka yang inovatif dan berkualiti tinggi disamping dilengkapi dengan teknologi terkini yang begitu canggih pada harga mampu milik terutama buat penggemar teknologi terkini seiring dengan zaman teknologi tanpa wayar. Hans pasti anda semestinya berfikir untuk mendapatkan sebuah TV Pintar yang mana anda boleh melakukan segala-galanya dengan TV Pintar tersebut seperti melayari internet, bermain permainan video, menonton filem, melayari youtube dan pelbagai lagi melalui sebuah TV Pintar yang besar dan luas. Jadi, ini adalah peluang keemasan yang paling baik untuk anda bagi merebut tawaran istimewa yang dijalanka oleh Coocaa dan Lazada ini.


Coocaa Menawarkan TV Pintar Mampu Milik yang Memenuhi Gaya Hidup Anda 

● Dilancarkan di Indonesia, Thailand dan Vietnam pada tahun 2018, coocaa muncul sebagai jenama perkakasan rumah nombor 1 terlaris bagi Lazada Asia Tenggara dalam tempoh lapan bulan pelancarannya.

● Ini merupakan kemasukan coocaa di ASEAN yang kelima dan mengukuhkan lagi kedudukannya selaku sebuah jenama e-dagang dan mengeratkan lagi hubungan dengan Lazada melalui Usahasama Rancangan Perniagaan dengan mereka.

● Coocaa komited dalam membawa produk TV Pintar yang inovatif dan berkualiti tinggi, dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih, pada harga mampu milik.


Menurut Encik Daniel Huang yang merupakan Pengurus Projek Coocaa, pihaknya berasa begitu teruja apabila berjaya membawa coocaa ke pasaran Malaysia. Sebagai sebuah jenama baru yang berinovasi, pihaknya mensasarkan pelanggan dari golongan muda yang pintar digital dan menghargai serta menghayati akan keunggulan paparan berdefinisi tinggi semasa menonton mahupun bermain permainan video serta kejituan sambungan talian yang disediakan oleh TV Pintar ini. Beliau juga turut menyatakan melalui usahasama yang dijalinkan bersama Lazada yang merupakan salah satu dari platform e-dagang terunggul di Malaysia dan ditambah pula dengan peningkatan jualan alatan elektronik melalui platform e-dagang, pihak mereka optimistik usahasama ini akan membawa impak besar kepada industri TV Pintar di Malaysia.


Pengurus Projek Coocaa tersebut turut menjangkakan sambutan yang positif dan penuh keterujaan bakal diterima dari rakyat Malaysia berikutan peningkatan penggunaan internet kepada 87.4 peratus pada tahun 2018 berbanding 76.9 peratus pada tahun 2016. Peningkatan ketara yang diperolehi melalui kemantapan penyampaian hubung rangkaian yang lebih baik, sambungan talian yang lebih unggul serta pelan data berinovasi dan kompetitif bakal memberi peluang pertumbuhan yang besar di Malaysia. Jadi, pihaknya berhasrat untuk memenuhi kehendak golongan alaf baru yang merangkumi sejumlah 50 peratus pengguna internet dengan mensasarkan untuk mengulangi kejayaan yang sama seperti mana di Indonesia dan menduduki tempat teratas dalam kategori TV bagi pasaran e-dagang di Malaysia.


Dikenali dengan logo oren yang terang, Coocaa dengan pantas telah meraih bilangan pengikut yang tinggi di negara ASEAN yang lain. Coocaa sangat memahami bahawa pengalaman menonton tv adalah berbeza bagi setiap pengguna. Jadi, pihak mereka telah memperkenalkan tiga siri produk iaitu siri Explore, Innovate dan Change.


Slogan, “Play in Your Style” turut direka khusus untuk golongan muda serta mereka yang berjiwa muda dan mendorong pengguna untuk menerokai dunia baru, bergembira sambil mengejar impian dan tidak takut untuk menampilkan personaliti diri. Dengan rangkaian TV Pintar yang menakjubkan ini, setiap rakyat Malaysia akan mampu memiliki rangkaian hiburan yang terkini dalam kehidupan mereka.


Manakala Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia pula optimis bahawa Coocaa akan mendapat sambutan yang mantap di kalangan rakyat Malaysia selepas melihat sambutan yang memberangsangkan di pasaran mereka di negara Asean lain serta teruja untuk melanjutkan lagi usahasama ini ke Malaysia. Ketika rakyat Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk keperluan harian, Lazada meneruskan evolusi untuk menjadi destinasi gaya hidup sehenti yang mampu dipenuhi melalui ekosistem pihak mereka yang membawa jenama tempatan dan antarabangsa. Kerjasama Lazada bersama Coocaa ini akan memberi peluang buat kedua-duanya untuk menawarkan kepelbagaian kepada para pembeli dengan harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti serta gaya hidup masing-masing.


Untuk pengetahuan anda semua, terdapat lima SKU yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia dimana setiap satunya menampilkan panel berkualiti, resolusi unggul dan menyokong aplikasi perkongsian skrin. Kesemua model ini berfungsi menggunakan Android 8.0 dan coocaa lite. Bagi memudahkan lagi perayauan, ia juga turut menyokong pelbagai format fail seperti JPG, MP3, AAC dan Movie (MP4, MKV, dan sebagainya). Ini membolehkan pengguna memenuhi apa jua citarasa mereka. Tambahan pula, ia didatangkan dengan jaminan perkhidmatan selepas jualan selama 2 tahun di seluruh negara bagi memastikan pengalaman pengguna yang tiada tandingannya. Kesemua model disasarkan untuk menawarkan pengalaman menonton TV Pintar yang unggul kepada semua rakyat Malaysia pada harga mampu milik. Sempena pelancaran di Malaysia, Coocaa dan Lazada menawarkan harga pra-jualan Pertengahan Tahun istimewa pada diskaun sehingga 46 peratus yang terbuka kepada semua pembeli bermula daripada 29 Jun sehingga 11 Julai serta Jualan Kilat pada 12 Julai.


Rangkaian TV Pintar Coocaa yang hebat ini juga turut direka untuk memberikan pengalaman hiburan yang maksima kepada pengguna. Dengan lebih 23 tahun pengalaman dalam proses pembuatan berteraskan kepada kualiti Jepun yang tinggi, Coocaa menawarkan gaya hidup santai yang sangat menyeronokkan dan melangkaui pengalaman impian untuk semua.


TV Coocaa Di Malaysia

Lima model TV coocaa di Malaysia adalah: 32-inci 32S3C, 40- inci 40S3C, 40- inci 40S5G, 50- inci 50Q5 dan 55- inci 55Q5 dimana kelima-lima datang di bawah tiga siri yang berlainan iaitu, Explore, Innovate dan Change iaitu setiap satunya membawa pengalaman menonton yang unik untuk memenuhi cita rasa menonton yang sofistikated rakyat Malaysia yang senantiasa berubah.


Siri Explore (50/55Q5) dijana oleh Google Assistant dengan kemampuan Teknologi Alot yang mampu menghubung serta mengawal peranti pintar di rumah anda. Pengguna akan berupaya untuk menghidupkan kipas, memasang lampu dan mengaktifkan pelembap udara hanya dengan bercakap melalui alat kawalan jauh Android TV coocaa. Ia juga boleh digunakan sebagai pembantu peribadi kerana ia mampu mengingati kata laluan, mencatat kalendar, memaklumkan keadaan cuaca, memberi cadangan restoran, dan pelbagai fungsi hebat yang lain.


Siri coocaa Innovate (32/40S3C) memiliki fungsi dalaman video Amazon prime yang membolehkan pengguna menikmati lebih daripada 700 buah filem dan rancangan TV. TV Pintar ini juga mampu memaparkan kandungan Youtube dan menyokong fungsi perkongsian Mirror dari peranti lain, yang membolehkan anda menonton melalui paparan skrin besar. Sistem pintar dan reka bentuk estetikanya disempurnakan dengan skrin infiniti menjadikan ia sebagai barangan mesti milik bagi mereka yang mengimpikan sistem hiburan yang sempurna dan menyeronokkan.


Siri Change (40S5G) merupakan satu-satunya TV Android coocaa tanpa bingkai, dengan paparan FHD dan sistem operasi Android 8.0, anda boleh menikmati kehebatan perkhidmatan Google pada skrin yang memenuhi ruang tidur anda dengan sempurna.


Jualan Pengenalan Istimewa

COOCAA 55 Inch 4K Android Smart LED TV
Slim Wifi Ultra HD Model 55Q5: 
RM2,299

COOCAA 50 Inch 4K Android Smart LED TV
Slim Wifi Ultra HD Model 50Q5: 
RM1,899

COOCAA 40 Inch Android Smart Frameless FHD LED TV
Slim Wifi Model 40S5G:
RM1,299

COOCAA 40 Inch Smart Amazon Prime Video Built-In Frameless FHD LED TV
Slim Wifi Model 40S3C: 
RM1,199

COOCAA 32 Inch Smart Amazon Prime Video Built-In Frameless HD LED TV 
Wifi Model 32S3C: 
RM899


Berita baik buat anda semua dimana anda boleh menyertai pra-jualan Coocaa bermula pada 29 Jun 2019 sehingga 11 Julai 2019 dan anda hanya perlu membayar sebanyak 10 peratus deposit sahaja untuk model 55-inci 55SQ5. Secara tidak langsung anda boleh menjadi salah seorang pembeli bertuah untuk berpeluang menguji produk ini selama 15 hari. Hanya untuk bilangan unit yang terhad. Jika anda tidak suka, anda boleh pulangkan semula tetapi pastikan produk dalam keadaan yang baik. Apa yang lebih menarik anda boleh dapatkan bayaran balik sepenuhnya atau boleh membelinya dengan harga diskaun.

Salah satu lagi tawaran pengenalan yang paling menarik untuk TV Pintar coocaa ialah jualan Bundle yang menggabungkan model 50Q5 dan 32S3C. Hanya unit terhad sahaja yang boleh didapati dengan harga istimewa untuk jualan bundle ini dimana ianya akan diadakan pada 11 Julai 2019 ini. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Inilah peluang untuk anda memiliki sebuah TV Pintar di rumah anda pada harga yang sangat murah dan berbaloi. Rebut segera peluang ini sebelum anda terlepas kerana promosi terbaik seperti ini bukannya selalu ada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layar https://www.lazada.com.my/shop/coocaa


MENGENAI COOCAA

Coocaa merupakan jenama terkenal di seluruh dunia yang beroperasi di bawah Skyworth RGB Electronic Co., Ltd. dengan kehadiran di lebih 40 buah negara termasuk Jerman dan Jepun, dengan sembilan buah kilang termasuk di Indonesia yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran Coocaa bagi Asia Tenggara. Coocaa komited untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik melalui penawaran produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Bagi memastikan kepuasan pelanggan serta perkhidmatan pelanggan yang terbaik, Coocaa menyediakan perkhidmatan pelanggan melalui talian bebas tol di seluruh Malaysia. 



30 ulasan:

  1. Jenama baru ni...x tau nak sebut jenama ni macam mana...setanding x dengan jenama yg sedia ada dan harga not bad..murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far ramai puji
      harga serius murah
      dah guna teknologi jepun
      berbaloi

      Padam
  2. Hasil kolaborasi dengan lazada rupanya. Tak kurang hebat dengan spek & inovasi yang ditawarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      itu terkejut Hans bila tengok harga
      murah betul
      serius berbaloi kalau beli

      Padam
  3. Memang menggoda jiwa la TV Pintar dengan harga meletops ni. Tak boleh bagitau husband ksarie ni sebab dia minat banget TV macam ni hehhehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kalau bagitahu kan best
      dia beli lagi satu
      hehe

      Padam
  4. Tu la. I pon tak sabar nak tengok offer coocaa kat lazada esok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok jangan tak tengok
      harga mesti murah
      terus grab jer
      hehe

      Padam
  5. Tengah survey2 jugak smart tv ni.. Harga boleh tahan, ikut model yg kita nak dan mampu. Tq diatas perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      ada 5 jenis
      tetapi yang paling terbaik pun around RM2K
      kira memang murah lah dengan specs dia yang power tu :)

      Padam
  6. Menarik..kalau dah ada rumah sendiri boleh la letak 1..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe letak dalam bilik rumah sewa pun boleh jer

      Padam
  7. Menarik.. klu ikutkan, harga dgn spek tv tu mmg sgt berbaloi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu boss
      apa lagi?
      angkat satu sekarang
      hehehe

      Padam
  8. fuhhhhhhhh— cun gak kalau dapst sebijik ni.. hee-;

    BalasPadam
  9. ohhh..tv ni la yg org cakap tu. Harga pon okay dh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      harga memang cun dah
      spesifikasi pun power

      Padam
  10. brand baru ni.. harga bole tahan murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat Malaysia dia baru masuk
      dekat Indonesia, Thailand dan Singapura dah terkenal dah :)

      Padam
  11. Wah.... Menarik laaa.. Harga pun cun!

    BalasPadam
  12. Puas hati tgk tv kalau saiz beso gini

    BalasPadam
  13. Aduii. Best nya dapat seketol ni. Boleh masuk wishlist.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com