Guna Bahasa Isyarat Di Ulang Tahun Ke-3 Starbucks Signing Store

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Signing Store Starbucks yang berlangsung dengan suasana yang sungguh unik bagi Hans di Bangsar Village II pada 25 Julai 2019 yang lepas.


Hans sangat tertarik dengan majlis kali ini kerana ini merupakan kali pertama Hans dapat hadir untuk melihat sendiri kehebatan barisan barista yang merupakan pekerja kelainan upaya dimana masing-masing merupakan pekerja yang pekak dan bisu tetapi kekurangan itu langsung tidak menghalang mereka daripada menghasilkan minuman kopi dengan cukup baik sama seperti mana barista lain.

Saksikan Gelagat Hans Sewaktu Nak Lakukan Bahasa Isyarat 'I LOVE STARBUCKS"

Selain itu, Hans turut diajar cara memesan kopi di Starbucks menggunakan bahasa isyarat apabila berhadapan dengan pekerja yang kelainan upaya dimana Hans sangat menyukai ilmu baru ini. Walaupun ada beberapa gerakan jari yang agak sukar buat Hans tetapi Hans sangat teruja mempelajari bahasa isyarat tersebut.


Majlis sambutan Ulang Tahun Ke-3 Signing Store Starbucks ini juga turut diserikan lagi dengan satu majlis anugerah yang diberi nama "Advanced Coffee Masters" dimana 3 orang barista yang kurang pendengaran diberi penganugerahan hasil pencapaian cemerlang mereka di dalam kemahiran sebagai seorang barista serta peningkatan pengetahuan mereka berkenaan informasi mengenai kopi.


Hans secara jujurnya sangat mengagumi ketuga-tiga orang barista ini yang bernama Mohd Aizad Ariffin, Mohd Akmal Abdul Khalid dan Yap Yee Lin dimana ketiga-tiga insan istimewa ini telah menjalani latihan selama enam bulan di Starbucks Bangsar Village II yang turut dikenali sebagai premis buat barista yang menggunakan bahasa isyarat sebelum dianugerahkan gelaran Advanced Coffee Master oleh majikan mereka iaitu Starbucks yang merupakan jenama terkenal dan dipercayai peminat tegar kopi sedunia.


Pada majlis yang sama, Hans turut dipertontonkan cara menyediakan kopi Minais Gerais dari Brazil oleh ketiga-tiga barista hebat ini berkaitan kemahiran serta bakat mereka membrew kopi menggunakan kaedah "Pour Over" melalui bahasa isyarat dan dibantu oleh penterjemah yang turut sama berada pada sesi tersebut. 


Menurut Pengurus Korporat Tanggungjawab Sosial Starbucks Malaysia Dan Brunei iaitu Rina Siew, pihak Starbucks sentiasa peka mengenai individu istimewa yang mempunyai keupayaan tersendiri dimana bakat mereka ini wajar diketengahkan. Starbucks sentiasa berusaha mewujudkan kepelbagaian budaya dan membuka peluang kepada mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam bidang yang diceburi. Akhirnya, konsep menggunakan bahasa isyarat berjaya direalisasikan bermula sejak tiga tahun yang lepas dan secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan istimewa ini untuk membina kerjaya mereka dengan Starbucks.


Berita istimewa yang turut dikongsikan oleh pihak Starbucks Malaysia ialah mereka menjangkakan satu lagi cawangan Starbucks Signing Store akan dibuka di Pulau Pinang pada awal tahun 2020. Jadi, Hans melihat usaha Starbucks Malaysia memberi kepada peluang kerjaya kepada golongan kurang upaya dari segi masalah pendengaran dan bisu ini telah membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mampu bekerja, mampu belajar dan mampu menjadi barista profesional yang terbaik. Tahniah kepada pihak Starbucks Malaysia atas usaha murni ini. Kepada para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Starbucks Signing Store ini, anda boleh layari laman web mereka di www.starbucks.com.my

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama