Jom Lindungi Hutan Hujan Tropika Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans berkesempatan menghadiri sidang media berkenaan kerjasama antara BOH Plantations serta Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Tropika (TRCRC) yang berganding bahu untuk mengembangkan lagi inisiatif hijau di Cameron Highlands dalam aspek pemuliharaan, pemulihan dan biodiversiti hutan jangka panjang. Kerjasama ini juga akan merangkumi pemulihan hutan di TRCRC's Tropical Living Collection (TRLC) Banun di Perak di mana BOH akan menaja 200 batang pokok untuk ditanam di sana demi menyokong program pemuliharaan sedia ada ke arah mengembalikan kehijauan koridor hutan utama di Central Forest Spine.


Apa yang menarik ialah inisiatif ini juga turut menerima sokongan daripada orang ramai  menerusi jumlah penyertaan yang mengalakkan di dalam BOH’s 90TH Birthday Fun Run yang akan berlangsung pada 22 September 2019 di Cameron Highlands. Untuk maklumat semua, penganjuran acara larian BOH ini merupakan edisi ketiga. Bagi setiap edisi, BOH mengenal pasti organisasi yang akan menerima sumbangan daripada acara larian BOH untuk digunakan sebagai dana untuk tujuan program persekitaran tertentu. Dalam dua acara larian sebelum ini, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) telah dipilih untuk menerima sumbangan. Hasil dari acara larian tersebut, MNS telah berupaya menggunakan dana yang diberi untuk projek alam sekitar sekolah di Cameron Highlands manakala GEC pula memanfaatkan dana tersebut bagi program kesedaran paya gambut.


Mengulas tentang langkah BOH dalam memulakan kolaborasi ini, Caroline Russell, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations menyatakan kerjasama pihak BOH bersama TRCRC buat sepanjang tahun ini adalah sebuah inisiatif strategik dan mampan untuk melindungi hutan hujan tropika yang merupakan sebuah khazanah yang tidak ternilai di Malaysia.



Hans juga baru mengetahui tentang TRCRC yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk memulihkan hutan hujan tropika dan menangani kadar kehilangan biodiversiti yang kritikal di Malaysia. Ia juga bertujuan untuk melindungi spesies tumbuhan terancam sekaligus menempatkannya semula ke habitat asal melalui inisiatif peringkat pelandskapan.


Menurut Caroline Russell lagi, pemuliharaan alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan bagi BOH dimana mereka sentiasa menyokong organisasi yang mempunyai matlamat yang sama serta kekal komited untuk memelihara alam sekitar. Menerusi kerjasama pihak BOH dengan TRCRC, BOH berupaya menyumbang tenaga dalam menyelamatkan hutan di Cameron Highlands dan di kawasan lain. Lebih istimewa lagi, usaha pemuliharaan jangka panjang ini sempena Ulang Tahun ke-90 BOH. Sejak penubuhan ladang teh di Cameron Highlands pada tahun 1929 oleh J.A. Russell yang pertama seumpamanya di Malaysia, kawasan tanah tinggi ini telah menjadi kampung halaman bagi BOH. Oleh itu, besar maknanya buat pihak BOH untuk terlibat secara proaktif dalam usaha untuk mengekalkan ekosistem yang membolehkan pihak mereka menghasilkan teh berkualiti yang digemari para pencinta teh BOH sejak dahulu lagi. Turut mengagumkan, inisiatif yang dianjurkan oleh TRCRC juga menyokong sumber mata pencarian yang mampan untuk golongan muda Malaysia dan pastinya memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka menjadi lebih peka terhadap pemuliharaan dan pemulihan hutan.


Manakala Dr Dzaeman Dzulkifli, Pengarah Eksekutif TRCRC pula menyatakan kerjasama BOH bersama TRCRC mewujudkan peluang untuk menyokong pemuliharaan jangka panjang di daerah Cameron Highlands dan menjadi asas untuk inisiatif pemuliharaan yang lebih meluas pada masa akan datang. Pihak TRCRC akan menjalankan empat tinjauan benih di kawasan hutan simpan Cameron Highlands antara Julai 2019 sehingga April 2020 dengan sokongan dari BOH Plantations dan Daerah Perhutanan Cameron Highlands. Matlamat penerokaan ini adalah untuk mengenal pasti dan merekodkan lokasi spesies pokok yang terancam. Tinjauan benih merupakan langkah pertama yang penting dalam proses pemuliharaan hutan hujan tropika. Sepanjang ekspedisi tinjauan benih, pasukan lapangan TRCRC akan mencari, mengenalpasti dan mendokumenkan lokasi spesies kritikal yang dikategorikan sebagai terancam berdasarkan IUCN Red List of Threatened Species™*Usaha ini dijalankan untuk menyokong misi pemuliharaan yang lebih menyeluruh. Dalam tahun-tahun yang akan datang, para pemulihara diharapkan dapat mendapat manfaat daripada maklumat yang dikumpulkan dan mungkin kembali ke tapak peninjauan untuk memantau spesies tersebut semasa ianya berbuah dan berbunga dimana ianya sesuatu yang mungkin jarang-jarang berlaku.


Dr Dzaeman Dzulkifli turut berkongsi tentang TRLC Banun yang merupakan tapak pemuliharaan 500 hektar TRCRC yang bertempat di dalam Hutan Simpan Amanjaya di Perak. Tapak ini ditubuhkan pada tahun 2013 dengan sokongan dari Jabatan Perhutanan Perak dan akan dilindungi dan diuruskan oleh TRCRC untuk tempoh gazet 30 tahun yang dirancangkan akan diperbaharui. TRLC Banun mempunyai koleksi ex-situ untuk pokok yang jarang ditemui dan terancam yang berasal dari Perak. Tapak ini dibuat untuk memajukan Central Forest Spine di Malaysia dengan tujuan untuk menghubungkan semula hutan di seluruh Semenanjung Malaysia.


Beliau turut berkongsi info tentang perhubungan antara hutan membantu mewujudkan laluan untuk pergerakan hidupan liar dan melestarikan spesies tumbuhan terancam. Aktiviti pemuliharaan TRCRC di TRLC Banun adalah merangkumi pengumpulan benih spesies pokok yang jarang ditemui dan terancam, penyelenggaraan benih pokok hutan di tapak semaian, projek penghutanan semula, penanaman pokok dan banyak lagi. Sehingga April 2019, TRCRC telah menyemai lebih daripada 55,000 anak benih daripada 72 spesies pokok di mana 43 disenaraikan dalam IUCN Red List of Threatened Species™. Malah, lebih 7,000 pokok juga telah ditanam.


Jadi, jika anda berminat untuk turut sama memainkan peranan dalam inisiatif penghijauan semula dan pemuliharaan ini, maka pihak BOH dan TRCRC menyeru anda semua untuk menyertai BOH’s 90th Birthday Run pada bulan September ini. Ayuh berlari bersama-sama untuk melindungi hutan hujan tropika Malaysia dimana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan kepada TRCRC. Lebih menarik ialah acara larian yang unik ini membolehkan para peserta untuk berlari sepanjang pemandangan yang menghijau lagi indah di dalam kawasan Ladang Teh Sungei Palas BOH yang jarang dibuka kepada orang ramai. Peserta juga akan dapat melawat sayap baharu di Pusat Teh kami. Jadi Hans menyarankan agar mari kita bersatu dan bersama-sama melindungi hutan kita dengan memberikan sokongan kepada acara larian ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Untuk sertai larian BOH, sila layari:

P/S : Jom Ramai-Ramai Sertai BOH’s 90th Birthday Run Pada Bulan September Ini :)

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Nampak bersungguh-sungguh BOH nak pertahankan alam hijau di Malaysia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama