Isnin, 1 Julai 2019

Lérz’ Tea & Coffee The Starling

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans berkesempatan untuk hadir ke majlis pembukaan Kafe Lérz’ Tea & Coffee yang terletak di dalam The Starling, Petaling Jaya. Memandangkan pada waktu kini, minuman-minuman seperti Milky, Macchiatio, Fruit Tea serta Bubble Tea sangat tular dan menjadi pilihan ramai maka ini adalah salah sebuah lagi lokasi pilihan buat para penggemar ini untuk datang berkunjung dan mencuba sendiri minuman-minuman yang ditawarkan disini. 


Lérz’ Tea & Coffee 

Alamat:
Kiddomo cafe, 
Lot T-326, 
Level 3, The Starling, 
No. 6, Jalan SS 21/37, 
Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu Operasi:
12.00 P.M - 10.00 P.M

Laman Facebook:


Hans mendapat info bahawa Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini telah pun beroperasi lebih daripada sebulan di The Starling, Petaling Jaya ini. Jadi, majlis pelancaran yang berjalan dengan cukup meriah ini memberi peluang buat Hans untuk mencuba sendiri minuman-minuman menarik dan popular yang disediakan oleh Lérz’ Tea & Coffee. 


Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini merupakan sebuah premis yang bersaiz sederhana dan sangat comel. Layanan yang Hans terima daripada pekerja-pekerja Lérz’ Tea & Coffee juga sangat baik.


Seperti yang Hans katakan sebentar tadi bahawa hiasan dalaman serta sudut-sudut yang terdapat di dalam Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini sebenarnya berkonsep mudah dan sedikit ceria dengan pelbagai warna seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas.


Jadi, melihatkan kepada ruang Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini, Hans yakin suasana serta keluasan yang ada disini mampu memberi keselesaan buat anda saat menikmati minuman mahu pun hidangan yang disediakan disini.


Apa yang lebih menarik ialah Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini juga sebenarnya berhubung dengan Kiddomo Cafe yang menyediakan ruang bermain untuk anak-anak kecil yang penuh dengan warna-warni. 


Gambar di atas menunjukkan senarai minuman serta harga untuk untuk setiap jenis minuman. Kalau anda perasan pada beberapa nama minuman terdapat lambang daun dimana ia sebenarnya menunjukkan minuman yang sering dibeli atau menjadi pilihan di Kafe Lérz’ Tea & Coffee ini. Memandangkan Hans sebagai seorang peminat coklat maka Hans dengan yakinnya memesan minuman Supperior Cocoa Macchiato yang turut merupakan salah satu minuman pilihan pelanggan disini.


Kafe Lérz’ Tea & Coffee bukan sekadar menjual minuman tular masa kini tetapi turut menjual kopi, pasta serta waffles. Jadi, Hans merasakan lokasi ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk anda bersama orang yang tersayang atau rakan-rakan untuk bersantai sambil menikmati minuman yang sedap serta hidangan yang lazat.

 

Jika anda peminat atau pengumpul tumbler, Kafe Lérz’ Tea & Coffee turut menjual tumbler mereka sendiri yang menampilkan corak, warna serta saiz yang sangat menawan untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi anda.


Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan sudah tiba! Minuman Supperior Cocoa Macchiato yang Hans pesan sudah ada di depan mata. Serius Hans sangat sukakan rasa coklatnya yang sangat sedap dan pekat. Kemanisan airnya pun sangat tepat dan kena dengan selera Hans. Banyak lagi minuman yang Hans nampak menarik dan kelihatan sedap tetapi memandangkan perut terlalu penuh jadi Hans akan datang semula ke Kafe Lérz’ Tea & Coffee untuk mencuba minuman-minuman lain. Salah satu yang menarik perhatian Hans selain Supperior Cocoa Macchiato ialah Matcha Green Tea. Tak sabar rasanya nak datang sini lagi nanti!


Berita baik buat anda yang menggemari minuman-minuman seperti Milky, Macchiatio, Fruit Tea dan Bubble Tea kerana Kafe Lérz’ Tea & Coffee kini mengadakan promosi istimewa dimana anda akan menerima satu minuman percuma untuk setiap 1 pembelian minuman disini. Jadi, jangan lepaskan promosi hebat ini kerana ianya berlangsung pada waktu yang terhad iaitu pada 1 Julai 2019 sehingga 7 Julai 2019 ini. Jadi, selamat menjamu selera di Lérz’ Tea & Coffee!

2 ulasan:

  1. Hazelnut bubble tea is one of my favourite from this shop

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh really? lepas nih Hans nak cuba hazelnut pula lah

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com