Selasa, 2 Julai 2019

McDonald's Malaysia Burger Ayam Portugal

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans telah dijemput oleh pihak McDonald's Malaysia untuk hadir ke majlis pelancaran hidangan terbaru McDonald's dimana mereka telah membawakan sebuah hidangan menarik dari negara lain istimewa buat rakyat Malaysia terutama peminat burger iaitu Burger Ayam Portugal.


Hasil inspirasi daripada pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal maka Burger Ayam Portugal adalah menu menarik yang kedua diperkenalkan oleh restoran makanan segera kegemaran rakyat Malaysia ini bersempena dengan kempen 'Discover the World 2019' McDonald's Malaysia. Burger Ayam Portugal ini disertakan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban yang mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya hidangan yang kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus ini telah menyerlahkan cita rasa ala Portugal untuk dinikmati oleh para pelanggan McDonald's Malaysia di seluruh negara.


Menurut Eugene Lee yang merupakan Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, pihak mereka telah menyajikan pelbagai cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada para pelanggan sejak beberapa tahun yang lepas dengan menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu McDonald's di Malaysia melalui kempen 'Discover the World'. Jadi, kali ini mereka memperkenalkan menu yang lebih istimewa iaitu Burger Ayam Portugal baharu yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa daripada McDonald's.


Selain itu juga, berita baik buat para penggemar aiskrim Dinosour McFlurry kerana kali ini McDonald's Malaysia membawa kembali menu pencuci mulut yang cukup popular ini dimana Hans sendiri sangat gembar dengan rasanya yang enak dan dihiasi dengan bijirin coklat milo yang sangat menyelerakan.


Selain itu, Hans berasa bertuah kerana pada majlis pelancaran Burger Ayam Portugal ini turut diserikan dengan persembahan istimewa tarian Portugis dimana para penarinya dibawakan khas dari Melaka. Jadi, bukan sahaja dapat menikmati rasa hidangan Portugis tetapi pada masa yang sama turut dapat melihat budaya masyarakat mereka melalui seni tarian yang memukau pandangan mata.


Selain itu juga, terdapat khabar gembira buat anda yang ingin mendapatkan diskaun hebat untuk membeli Burger Ayam Portugal ini kerana bermula pada 4 Julai 2019, McDonald's Malaysia akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ baharu yang dinamakan Catching Nonando dimana para pelanggan perlu 'menangkap' seberapa banyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal dimana ia bergantung kepada bilangan Nonando yang anda berjaya tangkap dalam masa 60 saat tersebut. 


Apa yang lebih menarik apabila satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas dimana pemenang tempat pertama akan memenangi ganjaran sehingga 50,000 Air Asia BIG Points! Menarik kan? Jadi, jika anda berminat untuk bermain permainan ini, anda hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald's Malaysia atau halaman Facebook rasmi untuk maklumat lanjut berkaitan permainan ini.


Untuk pengetahuan anda, set hidangan Burger Ayam Portugal ini disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa dengan harga bermula daripada RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.


Alhamdulillah! Hans selesai sudah menjamah Burger Ayam PortugalPada pandangan Hans, menu burger terbaru ini mempunyai rasa yang cukup unik yang seakan-akan mengingatkan Hans kepada campuran menu kari dan rendang. Kombinasi sos burger ini memberikan satu rasa yang agak unik dimana ia merupakan kali pertama Hans merasai rasa tersebut dan ia sukar digambarkan dengan penulisan. Anda perlu cuba sendiri untuk merasai dan menilai sendiri rasa burger ini mengikut citarasan anda. 


Jadi, kepada yang belum pernah menikmati lagi juada Burger Ayam Portugal ini dan ingin tahu bagaimana rasa sebenar hidangan burger masyarakat Portugis maka anda boleh segera pergi ke mana-manacawangan McDonalds berhampiran dan cuba rasai sendiri hidangan terbaru ini. Selamat menjamu selera! 

4 ulasan:

  1. tak sabar nk cuba jugak nih... sebab selalunya burger mcd mmg tak mengecewakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      kalau suka rasa makanan portugis...boleh lah cuba

      Padam
  2. Balasan
    1. betul tu
      lepas habis burger korea depa keluarkan burger portugal pula

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com