Promosi 2 Set RM10 Daripada The Chicken Rice Shop

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 2 Julai yang lepas, Hans berada di IOI City Mall Putrajaya sebab ada urusan kerja bersama seorang rakan. Memandangkan pertemuan Hans dengan rakan berlangsung daripada pagi sehingga tengahari maka memang perut ini minta diisi sesuatu lah kan.


Jadi, Hans dan rakan pun menjelajah ke lokasi tempat makan di dalam IOI Mall Putrajaya ini untuk memilih tempat makan yang sesuai dengan baget yang ada. Dalam Hans berjalan-jalan melihat kiri dan kanan maka tiba-tiba anak mata Hans tertarik melihat satu barisan panjang yang beratur di hadapan sebuah restoran. Hans pandang lagi dan ternampak restoran tersebut ialah The Chicken Rice Shop. Hans pun pelik juga kenapa ramai sangat beratur jadi Hans dan rakan pun pergi lah menyiasat kejap.


Rupa-rupanya The Chicken Rice Shop sedang menjalankan promosi istimewa besar-besaran bermula dari 2 Julai sehingga 5 Julai 2019 bersempena dengan meraikan 100 cawangan The Chicken Rice ShopCuba anda bayangkan dengan hanya RM10 sahaja, anda boleh dapat 2 Single Combo Meal Set dimana Set Kombo Single ini terdiri daripada nasi ayam, minuman ringan serta pilihan ayam sama ada ayam stim, roasted atau soy sauce.  


Murah gila kan? Secara matematiknya, sepingan nasi ayam serta minuman cuma berharga RM5 sahaja untuk setiap orang. Memang berbaloi-baloi lah makan dekat sini dengan harga yang murah macam ini. Tempat sejuk sebab ada penghawa dingin. Kawasan restoran bersih. Penyediaan makanan pun pantas. Paling penting rasa makanan dan kuantiti hidangan tetap sama seperti sebelumnya. Hans sangat puas hati!


Mengikut risikan Hans selepas bertanyakan kepada pekerja mereka selain membaca iklan promosi yang diletakkan di hadapan restoran, promosi istimewa ini hanya dijalankan sekitar pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 1.30 tengahari buat anda yang ingin menikmati hidangan nasi ayam untuk dua orang dengan harga RM10. Paling penting, anda perlu datang bersama seorang rakam (minimum 2 orang) pada waktu tersebut untuk melayakkan anda memperoleh harga promosi istimewa ini. Jadi, kena pastikan anda datang awal lah sebab mesti sesak punya depan restoran nanti.


Jadi, disini Hans ingin kongsikan satu maklumat penting dimana terdapat 10 cawangan The Chicken Rice Shop yang terpilih untuk menjalan promosi hebat ini iaitu:


1) IOI City Mall
2) Mid Valley
3) Sunway Pyramid
4) Central i-City
5) Aeon Mall Shah Alam
6) KL Gateway
7) One Utama
8) Melawati Mall
9) SubangParade
10) Sunway Putra Mall


Jadi, apa anda tunggu lagi? Hans sudah berjaya menikmati hidangan nasi ayam serta minuman dengan harga promosi yang begitu murah. Memang sangat berbaloi kerana kualiti dan kuantiti makanan tetap dijaga rapi. Maka, silalah anda cepat-cepat berkunjung ke The Chicken Rice Shop di cawangan-cawangan terpilih untuk menikmati makan tengahari sementara promosi ini tengah berjalan dengan meriah pada minggu ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal. Apa yang penting The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. menariknya... tp tulah sbb ada masa dia tuh payah sikit lah hehehe...
    mmg murah sgt tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...
      memang murah
      dua hari dah Hans lunch dekat Chicken Rice Shop
      hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama