Restoran Dapor Terbakor - Tempat Makan Yang Wajib Dicuba

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada minggu lepas, Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan yang bukan sekadar menyelerakan tetapi juga membuatkan Hans teringat-ingat dengan rasa beberapa hidangannya yang cukup menarik. Lokasi tempat makan yang Hans maksudkan ini terletak di Kota Damansara.


Restoran yang Hans maksudkan ini ialah Restoran Dapor Terbakor yang menyediakan pelbagai juadah yang cukup istimewa untuk anda pilih. Teringin menjamah makanan berkuah? Mahukan makanan yang dipanggang? Mengidam makanan bersup? Atau gemarkan makanan yang berkuah? Semua hidangan ini mampu anda temui di dalam senarai menu makanan Restoran Dapor Terbakor ini.


RESTORAN DAPOR TERBAKOR 

Alamat:
No 16-G,
PJU 5/20D,
Pusat Perdagangan Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M   

Whatsapps:

Facebook:
Dapor Terbakor KD

Instagram:
Dapor Terbakor


Hans merasakan Restoran Dapor Terbakar merupakan salah satu lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan untuk makan bersama keluarga kerana terdapat pakej menarik yang disediakan untuk para pelanggan yang datang kesini. Anda boleh memilih set makan untuk 2-3 orang, 4-5 orang atau 6-8 orang dimana setiap pakej menampilkan menu-menu yang berbeza mengikut citarasa anda.


Antara hidangan yang sangat menyelerakan di Restoran Dapor Terbakar ini buat Hans ialah Set Ayam Buttermilk yang berharga RM9 dan Set Udang Buttermilk yang berharga RM11 dimana Hans cukup sukakan kombinasi rasanya yang berlemak, masin dan manis. Sukar sebenarnya untuk menemui hidangan buttermilk yang dimasak sedap seperti disini kerana ia bukan sekadar sedap tetapi juga tidak memuakkan Hans. Selalunya, Hans susah untuk menjamah terlalu banyak hidangan buttermilk kerana akan berasa muak selepas memakan hidangan ini dalam kuantiti yang banyak. Namun, ianya berlainan di Restoran Dapor Terbakar kerana hidangan ini bukan sahaja tidak muak tetapi juga sedap dan kuantiti makanannya juga banyak. Memang serius Hans sangat berpuas hati dengan hidangan buttermilk disini. 


Hidangan seterusnya yang menjadi pilihan Hans di Restoran Dapor Terbakar ini ialah Siakap 3 Rasa yang berharga RM25. Sewaktu Hans menjamah hidangan ini, Hans sebenarnya agak teruja dengan kerangupan kulit ikan siakap ini yang digoreng cukup cantik dan garing. Isi ikannya juga sedap kerana ikan yang dimasak ini sememangnya sangat segar dan berkualiti. Rasanya apatah lagi yang membuatkan Hans berjaya menambah nasi semata-mata untuk menikmati hidangan ini lagi. Serius anda wajib cuba Siakap 3 Rasa disini kerana rasanya yang cukup lazat!


Hidangan seterusnya anda anda perlu cuba, mesti cuba dan wajib cuba ialah hidangan ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar yang turut mempunyai keunikan rasa melalui perapan dagingnya yang sempurna. Ditambah pula dengan sos kicap yang disediakan oleh Restoran Dapor Terbakar ini untuk anda jadikan sebagai bahan pencicah, ini ialah menu yang sememangnya bakal membuatkan anda berebut-rebut dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang makan bersama anda gara-gara keindahan rasanya yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Hidangan tomyam sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Jadi, Restoran Dapor Terbakor juga tidak terkecuali di dalam menyediakan juadah ini istimewa untuk para pelanggan mereka yang menggemari juadah tomyan.


Memandangkan Hans sangat menyukai sayur Pak Choy maka Hans berasa sangat bersyukur kerana hidangan sayur ini turut dijual di Restoran Dapor Terbakor. Memang terbaik!


Buat anda yang inginkan hidangan lain selain nasi, anda jangan risau kerana Restoran Dapor Terbakar turut menyediakan hidangan berasaskan mee. Hans turut mencuba hidangan Mee Kuah Udang Galah yang berharga RM20 dimana Hans boleh nyatakan rasa kuah yang terdapat pada mee udang galah ini sememangnya terbaik. Rasa manis dari udang itu memang sebati dengan ramuan yang lain menjadikan pengalaman Hans menikmati Mee Kuah Udang Galah disini tidak dapat dilupakan. Seperti yang anda dapat lihat sendiri di dalam gambar di atas, kuantiti udang yang terdapat di dalam mangkuk sememangnya banyak. Udangnya juga bersaiz besar dan segar! Ini adalah antara menu yang anda wajib cuba seandainya berkunjung ke sini nanti. 


Hans juga turut mencuba hidangan Mee Kuah GearBox yang juga berharga RM20 dimana Hans sebenarnya agak terkejut melihat tulang gearbox yang bersaiz besar. Selalunya kalau saiz tulang besar macam ini memang harga pun mahal. Tetapi, di Restoran Dapor Terbakar ini, anda boleh menikmati sajian ini pada harga yang sangat berpatutan. Kepada sesiapa penggemar gearbox, silalah cuba hidangan ini kerana Hans yakin anda pasti akan berpuas hati dengan rasa serta kuantiti hidangan yang disediakan untuk anda nanti.


Menu terakhir yang Hans cuba ialah Tauho Bakor yang berharga RM5 dan juadah ini merupakan pelengkap kepada keseluruhan makanan yang telah Hans makan disini. Restoran Dapor Terbakar juga turut tidak terkecuali di dalam membuatkan anda lebih gembira kerana minumannya. Selalunya kalau kita makan di restoran-restoran ini memang tidak puas minum air disebabkan gelas yang kecil. Tetapi, disini memang berbeza kerana gelas yang digunakan bersaiz besar dan anda pasti akan puas menikmati minuman yang anda pesan.


Kepada sesiapa yang tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap dan dihidangkan di dalam kuantiti yang berbaloi dengan harga yang anda bayar, apa kata anda datang ke Restoran Dapor Terbakar dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan disini. Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Kota Damansara pula, anda boleh memesan makanan disini menggunakan aplikasi GrabFood atau FoodPanda. Hans yakin setiap kali suapan anda disini akan memberikan kegembiraan yang berganda-ganda. Selamat menjamu selera di Restoran Dapor Terbakar!

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ayam dengan kambing bakar tu nampak best sungguh! buttermilk tu pun nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. buttermilk dia wajib makan
      memang sedap dan pilihan utama Hans :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama