Ahad, 28 Julai 2019

Siti Khadijah Buka Dua Cawangan Baru Di Central I-City Dan Subang Parade

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput ke Majlis Grand Opening Butik Siti Khadijah yang berlangsung serentak di Central I-City dan Subang Parade.


Hans memilih untuk hadir ke majlis pelancaran Butik Siti Khadijah bertempat di Central I-City yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Encik Mohammad Munzir Bin Aminuddin yang merupakan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.


Untuk maklumat anda, Butik Siti Khadijah di Central I-City dan Subang Parade merupakan cawangan ke-32 dan ke-33 yang terdapat di Malaysia. Waktu operasi bagi Butik Siti Khadijah yang baru dibuka ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. 


Hans melihat konsep rekaan dalaman butik Siti Khadijah yang terbaru ini mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri dimana ianya nampak lebih moden tetapi masih kekal minimalis dan ringkas. Seperti biasa warna maroon masih dikekalkan sebagai warna butik dan ianya juga merupakan warna tema bagi Siti Khadijah. 


Untuk menarik minat serta perhatian para pelanggan dan pengunjung, susunan wardrobe dan koleksi produk Siti Khadijah juga telah dipamerkan mengadap pelanggan. Ini adalah salah satu langkah menarik yang telah diguna pakai oleh pihak Siti Khadijah pada cawangan terbaru mereka kali ini.


Apa yang menarik dan istimewanya sempena pembukaan butik terbaru Siti Khadijah secara serentak ini, pihak mereka telah mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla dan Basic Kain Safaa dimana harga promosi untuk koleksi TPO Nayla ialah RM239 manakala harga promosi untuk Basic Kain Safaa pula hanya RM149


Para pelanggan atau peminat Siti Khadijah juga pasti teruja kerana produk-produk gaya hidup Muslim yang lain juga turut dijual pada harga promosi sempena Grand Opening yang bermula pada 26 Julai sehingga 28 Julai ini.


Satu perkara lagi yang menarik pada majlis pembukaan cawangan terbaru Butik Siti Khadijah ini ialah pihak Siti Khadijah telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine dan Hair Mist Rose


Jadi, pastikan anda berkunjung ke dua cawangan butik terbaru Siti Khadijah ini dan rebut peluang dengan membeli produk mereka pada harga yang cukup istimewa sementara promosi sedang berlangsung sekarang. Selamat membeli belah di butik terbaru Siti Khadijah.

2 ulasan:

  1. Banyak juga produk keluaran siti Khadijah ni ye. Yang kinah tahu telekung je huhu. Nak.. Mak teringin telekung Siti Khadijah tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      produk lelaki pun ada kinah
      baju melayu dia cantik

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com