Khamis, 4 Julai 2019

Tempah Penginapan Hotel Di Shah Alam Melalui Bagasi.my

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan Hans sudah lama menetap di negeri Selangor maka ramai lah daripada kalangan rakan-rakan Hans yang berada di luar dari negeri Selangor kerap kali bertanyakan soalan yang sama kepada Hans,"Kalau aku pergi bercuti atau ada urusan kerja dekat Selangor, boleh tak aku nak tumpang dekat rumah hang? Aku tak tahu lah nak cari hotel apa yang bagus dekat sana!"


Hans sendiri pun sebenarnya agak keberatan sebab rumah yang Hans tinggal sekarang ini bukan rumah sendiri tetapi rumah sewa dan tinggal bersama rakan-rakan lain. Kawan-kawan yang nak datang bercuti pula selalunya bukan datang seorang tetapi datang beramai-ramai. Jadi, untuk mengelakkan teman serumah daripada terasa kurang selesa maka Hans pun cuba lah mencari-cari senarai hotel dekat internet. Apabila Hans terjumpa satu laman web yang sangat informatif semasa Hans tengah mencari senarai hotel sekitar Shah Alam untuk membantu kawan Hans yang ingin bercuti di sini maka Hans memang gembira dan bersyukur sangat-sangat kerana urusan Hans dipermudahkan.


Laman web tersebut ialah Bagasi dan yang menarik dan sangat istimewanya tentang Bagasi ini ialah ia menyediakan segala jenis maklumat serta info berkaitan hotel yang berada di sekitar Shah Alam. Hans sangat menyukai artikel Bagasi ini kerana maklumat yang dikongsikan pihak mereka adalah sangat lengkap meliputi nama, lokasi dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh hotel atau homestay tersebut seperti liputan WIFI, tempat makan, kemudahan bilik dan sebagainya yang sangat membantu untuk sesiapa sahaja memilih hotel yang kena dengan jiwa dan citarasa masing-masing.


Selain itu, keistimewaan Bagasi ini ialah laman web ini sangat membantu anda di dalam mencari tempat penginapan mengikut perancangan baget atau kos kewangan anda dimana ia akan menunjukkan harga termurah hotel tersebut dengan menghubungkan anda ke laman web yang terkenal seperti Booking.com dan Agoda.com. Jadi, Hans nampak dekat sini ianya sangat membantu sebab kita boleh lihat, baca dan nilai sendiri segala jenis maklumat yang disediakan. 


Selain itu, apa yang membuatkan Hans sendiri teruja kerana Bagasi menyediakan artikel perkongsian menarik tentang senarai hotel yang terdapat di Shah Alam dimana ia membuat senarai daripada pelbagai jenis hotel daripada hotel mewah sehingga hotel sederhana tetapi menawarkan perkhidmatan dan layanan yang hebat dimana anda boleh melihatnya disini - Bagasi


Jadi, selepas ini Hans sudah tidak perlu lagi nak pening kepala apabila rakan-rakan minta bantuan Hans sewaktu mereka berkunjung ke Selangor atas sebab bercuti atau urusan kerja. Kalau mereka tanya sahaja tentang ini memang Hans akan terus suruh mereka tengok sendiri dekat Bagasi. Senang hidup Hans selepas ini. Hahaha!


Jadi, laman Bagasi ini bukan sahaja dapat membantu menjimatkan perbelanjaan kerana menyenaraikan senarai hotel daripada pelbagai tahap harga yang berpatutan tetapi turut membantu merancang percutian anda agar menjadi satu percutian yang memberikan momen-momen yang sangat menggembirakan dan tidak dapat dilupakan oleh anda, keluarga serta rakan-rakan.


Untuk maklumat lanjut tentang Senarai 23 Hotel Menarik Sekitar Shah Alam ini, 
anda boleh layari laman web ini > BAGASI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com