Rabu, 24 Julai 2019

Tempat Makan Daging Rusa Sedap Di Lenggong Perak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 12 hingga 14 Julai 2019 yang lepas, Hans berkesempatan untuk menyertai program FAM Trip Media Dan Agensi Pelancongan Bersempena Karnival Lenggong 2019. Ia adalah salah satu pengalaman yang cukup menarik untuk Hans mendapat info dan mengetahui kenapa Lembah Lenggong begitu istimewa sehingga tersenarai sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.



Apabila seharian menjelajah bukit dan gua, semestinya badan terasa letih dan perut mula terasa lapar. Jadi, kali ini Hans dibawa untuk menjamu selera di PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG yang berada betul-betul di sebelah jalan raya merentasi Lenggong. Apa yang menariknya tentang lokasi tempat makan ini ialah fungsinya yang berjaya menarik minat beberapa kumpulan untuk datang singgah, makan dan berkumpul disini seperti kumpulan Bikers, 4x4, basikal, pengembara, pelancong dan juga sesiapa yang menggunakan lalulan Route A76 Lenggong ini.


PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG 

Alamat:
Kampung Sumpitan, 
33420 Lenggong,
Perak.

Waktu Operasi:
10.00 A.M - 10.00 P.M 
(Rabu-Tutup)  

Whatsapps:
0194774138

Google Maps:
Pitstop A76 Lenggong

Laman Facebook:

DAGING RUSA PATANI
SIAKAP 3 RASA
IKAN KELI SALAI PAPRIK

Hans sendiri berkesempatan untuk merasai beberapa hidangan istimewa dan menarik yang disediakan di PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG ini. Antara yang menjadi tumpuan dan kesukaan pengunjung ialah Daging Rusa Patani, Ikan Pekasam, Siakap 3 Rasa dan Ikan Keli Salai Paprik. Memandangkan Hans tidak menggemari ikan pekasam jadi Hans hanya mencuba tiga hidangan seperti di atas. Hasilnya, Hans agak menggemari rasa hidangan Daging Rusa Patani yang bagi Hans mempunyai keunikan rasa dan tekstur yang berlainan berbanding masak lemak cili api dari Negeri Sembilan yang Hans pernah makan. Mungkin disebabkan ada bahan-bahan masakan lain yang digunakan menyebabkan rasanya berlainan tetapi masih sedap dan membuatkan Hans menambah beberapa kali nasi. Hahaha! 


Jika ditanya berkenaan harga, Hans tidak dapat menjawabnya kerana segala bayaran ditanggung oleh pihak penganjur. Cuma Hans diberitahu oleh pemilik PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG yang menyatakan jika ada sesiapa yang ingin menikmati daging rusa disini, adalah lebih baik jika menghubungi pihak mereka dan membuat temu janji terlebih dahulu kerana kuantiti daging rusa adalah terhad. Alhamdulillah dan Hans sangat bersyukur kerana dapat menikmati daging rusa disini. Serius memang anda wajib cuba daging rusa disini jika berkesempatan hadir. 


Selain daripada persekitarannya yang selesa, Hans tertarik dengan buku LOG BOOK yang dijual disini dimana sebenarnya Pitstop Route ini terdapat di banyak lagi lokasi lain di seluruh Malaysia. Jadi, ia memboleh anda untuk mendapatkan cop setem serta diskaun  bagi setiap pembelian dimana-mana Pitstop yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tanya pemilik PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG ini sendiri. 


Jadi, pastikan anda datang sendiri dan menjamu selera di PITSTOP ROUTE A76 LENGGONG seandainya anda datang ke Lenggong atau melalui kawasan ini bersama keluarga, rakan-rakan mahu pun insan yang tersayang. In Sha Allah! Hans pasti anda akan jatuh cinta dengan rasa hidangan daging rusanya yang betul-betul menyelerakan. Selamat menjamu selera di sini nanti!

4 ulasan:

  1. Macam menarik jer...tapi apesal macam jauh sangat erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      apa boleh buat
      dah lokasinya di Lenggong
      hehehe

      Padam
  2. sedap ayat yang kurang mintak halal tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      hans pun ketawa jer masa mula2 nampak

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com