Sabtu, 3 Ogos 2019

USJ Optometrist Membantu Masalah Rabun Warna Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sebenarnya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang satu masalah kesihatan yang sebenarnya dialami oleh ramai orang disekeliling kita tanpa disedari. Adakalanya mereka yang mengalami masalah ini turut cuba untuk menyembunyikannya kerana merasakan hal tersebut sebagai satu kelemahan kepada diri mereka. Masalah yang Hans maksudkan ini ialah masalah rabun warna. Hans sendiri mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah rabun warna iaitu ayah Hans dimana pada waktu kecil Hans sebenarnya tidak dapat memahami kenapa ayah Hans tidak dapat membezakan warna dan adakalanya ia menjadi bahan jenaka buat kami sekeluarga.


Tetapi, masalah rabun warna ini sebenarnya bukan hanya sekadar dijadikan bahan gurauan ahli keluarga tetapi memberi kesan yang lebih besar kepada sesiapa yang menghidapnya. Kesan besar yang Hans maksudkan ini boleh dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu mereka yang menghidapinya ingin memohon atau mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Hal ini telah terjadi kepada beberapa rakan yang telah memohon pekerjaan di beberapa syarikat multinasional atau syarikat besar yang menawarkan gaji lumayan setiap bulan. Siapa yang tidak mahu bekerja di dalam bidang yang mereka minati tambahan pula keputusan akademik yang dimiliki juga sangat cemerlang setelah berhempas pulas belajar selama bertahun-tahun. 


Namun, keputusannya berakhir dengan kegagalan dimana rakan-rakan Hans ini sebenarnya bukannya tidak diterima bekerja disebabkan tiada kelayakan di dalam akademik atau gagal di dalam temuduga pekerjaan. Tetapi, masalah terbesar mereka ialah mereka gagal melepasi ujian visi warna ishihara sahaja yang menjadi syarat wajib sebahagian syarikat besar ini dan ia sekali gus telah meranapkan impian mereka untuk memiliki kerjaya impian masing-masing.. Seperti salah seorang rakan yang mulai sedar bahawa dia mempunyai kekurangan untuk mengenal pasti warna merah melalui keputusan ujian perubatan wajib dan ini menyebabkan dirinya mula putus harapan untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkannya. Jadi, adakah masalah rabun warna ini memang tiada jalan penyelesaiannya? Perlukah mereka ini melupakan kerjaya impian hanya disebabkan masalah rabun warna yang mereka alami?


Apabila baru-baru ini Hans berkesempatan bertemu kembali dengan rakan Hans tersebut dan mengetahui bahawa dia telah mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan selama ini. Jadi, Hans pun mula bertanya kepada rakan berkenaan bagaimana akhirnya dia berjaya terpilih menjawat jawatan di syarikat tersebut. Adakah syarikat tersebut tidak menjalankan ujian visi warna ishihara? Atau adakah rakan Hans tersebut sudah pulih daripada masalah rabun warna yang dialaminya sejak berpuluh tahun? Jawapannya agak mengejutkan Hans dimana dia menyatakan dia masih mempunyai masalah rabun warna. Tetapi, masalah tersebut telah berjaya diatasi apabila dia memakai kanta lekap atau contact lens yang berjaya membantunya melihat warna dan menyebabkan dia lulus ujian visi warna ishihara dengan serta merta. Dia turut menyatakan rasa syukurnya kerana hasil bantuan daripada sebuah kedai optik di Subang Jaya, Selangor telah menyebabkan dirinya kembali positif dan yakin dengan kemampuan diri walaupun mempunyai masalah rabun warna.

 

USJ OPTOMETRIST

Alamat:
28, Ground Floor,
Jalan USJ 10/1E,
Taipan, 
47620 Subang Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu: 11.00 A.M - 09.00 P.M
Ahad: 11.00 A.M - 07.00 P.M   

Telefon: 
03-80119038

Email: 
usjoptometrist@yahoo.com

Facebook:
Usj Optometrist


Kedai optik yang dimaksudkan rakan Hans ini ialah USJ Optometrist dimana pihak mereka menawarkan kanta sentuh khas iaitu Chromagen yang boleh membantu segala kekurangan penglihatan warna yang dialami oleh sesiapa yang menghadapi masalah rabun warna untuk lulus ujian ishihara dalam ujian perubatan, ujian teori memandu JPJ, ujian masuk universiti serta ujian polis dan tentera. 


Hans turut dimaklumkan terdapat seorang pengidap rabun warna yang kini merupakan seorang jurutera luar pesisir untuk syarikat minyak dan gas juga telah berjaya memperoleh kerja tersebut selepas lulus ujian ishihara setelah memakai kanta sentuh Chromagen ini. Mengikut testimonial ramai pengidap rabun warna yang menggunakan Chromagen, sememangnya mereka mengakui perbezaan yang sangat ketara setelah memakainya dan mereka lebih menikmati kualiti kehidupan sewaktu menonton televisyen, filem atau bermain permainan video.


Setelah Hans sendiri mengetahui bahawa masalah rabun warna ini sebenarnya mempunyai solusi penyelesaiannya sementelah Hans sendiri turut mempunyai pengalaman melihat kesukaran ayah Hans di dalam mengenal pasti warna-warna tertentu maka Hans merasakan menjadi kewajipan Hans untuk berkongsi info berkaitan hal ini dengan anda semua. Jadi, jika ada para pembaca blog hanshanis.com ini yang mempunyai masalah rabun warna, Hans menyarankan untuk anda pergi berjumpa dengan pakar-pakar yang berada di USJ Optometrist untuk mendapatkan bantuan serta kanta sentuh Chromagen dimana pihak mereka sentiasa mempunyai stok yang mencukupi untuk anda gunakan pada hari yang sama anda berjumpa dengan mereka disana. Tetapi, Hans ingin mengingatkan supaya lebih baik jika anda membuat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan anda disana kelak. Kesimpulannya, buat sesiapa yang mengalami masalah rabun warna sudah tidak perlu risau atau berhenti daripada mengejar cita-cita anda kerana kini anda mempunyai permasalahan kepada masalah rabun warna anda dengan bantuan pihak USJ Optometrist.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com