Khamis, 1 Ogos 2019

Kedai Dobi Layan Diri Pertama Di Asia Tenggara Tawar Pembayaran Tanpa Sentuh

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah hadir ke sebuah majlis yang cukup menarik dimana pihak Visa telah mengumumkan bahawa Cleanpro Express telah menjadi rangkaian kedai dobi layan diri pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kemudahan pembayaran tanpa sentuhan pada mesin basuh layan dirinya.


Hans melihat ini adalah salah satu langkah menarik ke arah memperkasakan penggunaan sistem pembayaran elektronik dimana dengan kemudahan pembayaran tanpa sentuhan ini, seluruh rakyat Malaysia termasuk Hans sendiri boleh menggunakan kad tanpa sentuhan ini untuk membuat pembayaran di semua 300 buah kedai Cleanpro Express di seluruh Malaysia termasuk kedai Aladin Dobi dan Ibu Sayang.


Selain itu, kemudahan pembayaran tanpa sentuhan di Cleanpro Express ini bagi Hans lebih memberi kesenangan buat para pelanggan yang pada waktu kini lebih gemar memilih cara pembayaran tanpa tunai kerana ia sangat membantu sewaktu membuat pembayaran kerana mereka tidak perlu lagi tercari-cari wang tunai apabila membayar dan boleh mengharapkan perkhidmatan yang lebih pantas. 


Bagi pengusaha kedai dobi layan diri pula, masa pekerja yang digunakan untuk mengira wang tunai yang dikutip dari mesin basuh boleh dikurangkan dengan banyaknya dan mereka boleh menggunakan masa mereka untuk menguruskan beban kerja secara lebih baik. Jadi, selepas ini masing-masing sudah tidak perlu risau kerana anda sudah tidak perlu membawa wang bersama anda lagi apabila hendak membasuh baju. Menarik bukan?


Menurut Encik Ng Kong Boon yang merupakan Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, beliau menyatakan ini adalah kali pertama mereka memperkenalkan penerimaan Visa tanpa sentuh untuk rangkaian kedai dobi layan diri di Asia Tenggara. Secara tidak langsung, hal ini juga menunjukkan satu lagi kemajuan bagi Visa memandangkan industri kedai dobi layan diri banyak bergantung pada bayaran tunai sebelum ini. Sebagai perintis dalam industri kedai dobi layan diri, pihak Visa terus membawa inovasi kepada pelanggan menerusi penerimaan bayaran tanpa sentuh di semua kedai Cleanpro Express serta kedai dobi layan diri Aladin dan Ibu Sayang


Jadi, selepas ini segala-galanya lebih mudah dan menyenangkan apabila anda ingin membasuh segala jenis pakaian di Cleanpro Express, kedai dobi layan diri Aladin dan Ibu Sayang kerana semuanya dapat dilakukan secara elektronik. Selamat mendobi dengan gembira buat semua para pembaca sekalian!

2 ulasan:

  1. wah seronoknya dah cashless. tapi tu lah, kawasan saya ni kedai dobi belum lagi capai tahap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      perlahan-lahan nanti dia jadi cashless lah dekat kawasan tempat awak tinggal tu :)

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com