Jumaat, 9 Ogos 2019

MyeongDong Topokki : Makanan Popular Korea Yang Wajib Anda Cuba

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans telah berkesempatan buat pertama kalinya untuk mencuba menu-menu makanan Korea di sebuah restoran makanan Korea yang menjadi pilihan serta mendapat tempat di hati para penggemar makanan dari negara asia timur tersebut. Restoran yang Hans maksudkan ini ialah Restoran Myeongdong Topokki.


Buat masa sekarang terdapat lebih daripada 15 cawangan Restoran Myeongdong Topokki di kawasan semenanjung Malaysia iaitu 7 cawangan di Selangor, 2 cawangan di Kuala Lumpur, 3 cawangan di Negeri Sembilan, 2 cawangan di Perak, dan 1 cawangan di Pahang serta Terengganu. Jadi, rasanya tiada masalah buat sesiapa yang tinggal di negeri-negeri berkenaan untuk mencuba pelbagai menu Korea yang ditawarkan di setiap cawangan mereka selepas ini.


RESTAURANT MYEONGDONG TOPOKKI 

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:
myeongdongtopokki 



Secara jujurnya Hans memang tidak mengetahui sangat tentang hidangan atau menu-menu Korea ini. Jadi, kalau anda lihat gambar di atas maka anda mesti dapat meneka betapa terujanya Hans untuk mencuba setiap hidangan-hidangan yang digemari ramai peminat makanan Korea disini. Jadi, mari kita lihat apakah menu-menu yang Hans makan di Myeongdong Topokki pada kali ini.


Menu:
Hangul Chicken Ramyun (Fried Chicken Ramyun)

Harga:
RM18.90

Pandangan Hans:

Mee Ramen yang disertakan dengan ayam goreng bersalut tepung yang rangup serta telur rebus yang cukup enak apabila dimakan panas-panas. Disertakan dengan kimbap, kimchi, sayur dan ikan bilis menjadikan hidangan ini sangat lengkap dan merupakan salah satu menu yang anda wajib cuba apabila berkunjung ke Myeongdong Topokki ini.


Menu:
Bulgogi Beef Deopbab (Stir-Fry Marinated Beef Rice)

Harga:
RM18.90

Pandangan Hans:

Menu ini merupakan terdiri set nasi, daging, sup, kimchi, sayur dan ikan bilis. Sebuah hidangan yang lengkap dan Hans dimaklumkan menu ini juga merupakan salah satu hidangan pilihan pelanggan yang berkunjung ke Myeongdong Topokki ini. Rasanya tidak pedas tetapi sedikit manis. Sesuai untuk penggemar hidangan daging yang tidak dimasak pedas.


Menu:
Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)

Harga:
RM17.90 (Ayam)
RM18.90 (Daging)

Pandangan Hans:

Menu ini bagi Hans sangat ringkas. Sayur-sayur ini dimasak secara rebus bersama kimchi dan ia seolah-olah semesti Hans menikmati tomyam versi Korea yang tidak pedas. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan hidangan bercirikan sayur dan mencintai makanan yang sihat. Pada Hans menu ini biasa-biasa tetapi masih menarik untuk dimakan bersama nasi.


Menu:
Jajjangmyun (Black Bean Sauce Noodle)

Harga:
RM18.90

Pandangan Hans:

Menu ini pada luarannya nampak unik kerana ia berwarna hitam disebabkan ia dihasilkan menggunakan kacang hitam. Bagi Hans rasanya seakan-akan sama sahaja seperti mee goreng cuma adalah sedikit kelainan serta rasa hidangan Korea itu. Tiada apa-apa yang unik pada pandangan Hans cuma masih menarik untuk dicuba buat sesiapa yang pertama kali menikmatinya seperti Hans.


Menu:
MyeongDong Topokki (Spicy Korean Rice Cake)

Harga:
RM7.90 (Regular)
RM11.90 (Large)

Pandangan Hans:

Menu ini sesuai dimakan ketika ianya masih panas. Elakkan daripada menikmatinya sewaktu hidangan sudah sejuk kerana tahap kekenyalan makanan ini adalah tinggi. Jadi, kalau makan waktu sejuk memang penat mulut nak mengunyah. Tetapi, kalau makan waktu panas memang layan beb!


Menu:
Dakgalbi Chicken Deopbab (Spicy Stir-Fry Chicken Rice)

Harga:
RM18.90

Pandangan Hans:

Menu ini pada awalnya Hans jangkakan pasti akan memberi kesan pedas yang padu disebabkan warnanya yang sangat kemerah-merahan. Tetapi, rupa-rupanya langsung tidak pedas apabila sudah berada di dalam mulut. Hidangan ini mempunyai sedikit keunikan rasa dan ianya sedikit manis. Sedap apabila dimakan bersama nasi. Antara hidangan yang Hans agak suka juga sewaktu makan di Myeongdong Topokki ini.


Selain itu, di Myeongdong Topokki ini juga menawarkan beberapa hidangan ayam yang menarik untuk anda cuba disini. Antaranya ialah Cheesy Bulgogi Fries, Yangnyeom Chicken (Spicy Korean Fried Chicken) dan Ganjang Chi~ken (Soy Garlic Friend Chicken). Hans sangat sukakan menu Yangnyeom Chicken (Spicy Korean Fried Chicken) kerana rasa pedasnya yang sangat sedap. Jika anda tidak tahan pedas maka menu tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda. Bagi manusia kategori suka makan makanan pedas macam Hans, sememangnya hidangan ini sangat menyelerakan dan memberi sentuhan rasa sewaktu Hans menikmatinya bersama nasi putih. Serius kalau anda peminat makanan pedas, maka anda wajib cuba hidangan ini! Terbaik!


Menu:
Cheesy Bulgogi Fries

Harga:
RM9.90 (Ayam)
RM10.90 (Daging)




Menu:
Yangnyeom Chicken (Spicy Korean Fried Chicken)

Harga:
RM10.90 (6 pcs)




Menu:
Ganjang Chi~ken (Soy Garlic Friend Chicken)

Harga:
RM10.90 (6 pcs)




Menu:
Dol Sot Bibimbap (Rice Layered With Mixed Vegetables)

Harga:
RM19.90 (Ayam)
RM20.90 (Daging)

Pandangan Hans:

Menu ini ialah menu terakhir yang Hans cuba dan bagi Hans rasanya juga unik dan sedap. Ia seolah-olah hidangan nasi ulam tetapi di dalam versi makanan Korea. Bagi Hans, ini juga merupakan salah satu menu yang wajib anda cuba apabila berkunjung ke Myeongdong Topokki ini nanti. Hans yakin anda pasti sukakan rasa hidangan ini nanti jika anda peminat hidangan bercirikan sayur-sayuran seperti Hans.


Kepada sesiapa yang tidak pernah merasai hidangan-hidangan Korea dan teringin untuk mencubanya, apa kata anda datang sendiri ke Restoran Myeongdong Topokki dan nikmati semua menu yang Hans telah cuba disini. Hans yakin setiap suapan yang menerjah masuk ke mulut anda bakal memberikan kegembiraan dan kemanisan yang tidak akan anda lupakan seolah-olah anda sedang berada di Korea Selatan. Selamat menjamu selera di Restoran Myeongdong Topokki!

12 ulasan:

  1. Wahh semua menu sedap2 ye. Suka juga makan kat sini. Tapi Bella tak suka kimchi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kimchi dia letak asing
      jadi kalau tak minat kimchi tak ada masalah
      boleh makan punya :)

      Padam
  2. Sedap sedap belaka nampaknya, Hans! Pepagi macam ni, PH dah tersasa lapar yang teramat sangat hee..hee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      lain kali tengok lepas makan :)

      Padam
  3. terliur nengok semua menu yg ada, warna merah dia tu perkkkh mmg nampak menyala gitu... tp tak pds pulak ya... harga pun berpatutan jgk tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      warna jer merah tapi tak pedas
      tapi ayam yang spicy tu rasa lah pedas dia

      Padam
  4. nampak sedapnya semua..saya paling suka nak try ramen tu..

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. apa lagi
      serbu MyeongDong Topokki nanti
      hahaha

      Padam
  6. 👍👍😉bravo👍👍😉

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com