Nikmati Menu Ekslusif Di Pho Street Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang menu ekslusif yang disediakan oleh Pho Street Malaysia sempena Kempen Kemerdekaan "We Are Pho Everyone" yang akan berlangsung pada 8 September sehingga 16 September 2019 ini.


Kepada yang pertama kali mengetahui tentang Pho Street Malaysia, restoran ini menyediakan hidangan-hidangan Vietnam yang cukup terkenal dan menyelerakan seperti Fresh Summer Roll With Praw, Crispy Spring Roll, Pho Beef Combination, Roasted Lemon Grass Chicken With Fragrant Rice dan banyak lagi yang perlu anda cuba. Apa yang lebih menarik, Pho Street Malaysia juga merupakan sebuah restoran yang bukan sekadar popular tetapi juga mesra muslim dimana pihak restoran menyatakan pembekal bahan mentah mereka merupakan pembekal yang mendapat pengesahan sijil halal. 

PHO STREET 
(Vietnamese Street Delight) 



Istimewanya sempena sambutan kemerdekaan negara tercinta kita yang ke 62 tahun ini, pihak Restoran Pho Street Malaysia telah menawarkan satu promosi yang sangat menarik dimana pihak mereka akan memberi diskaun sebanyak RM6.20 untuk semangkuk Pho Beef Combination yang harga asalnya RM19.90 bermula pada 9 September 2019 sehingga 16 September 2019 ini di keseluruhan enam cawangan mereka. Jadi, ini bermakna anda cuma perlu membayar hanya RM13.70 sahaja sepanjang promosi ini berlangsung. Menarik kan? 


Jadi, mesti ramai dari kalangan anda yang ingin mengetahui apakah ulasan Hans tentang makanan dan minuman yang Hans telah cuba di Restoran Pho Street Malaysia ini kan? Dibawah adalah ulasan Hans selepas mencuba hidangan-hidangan ekslusif Vietnam yang terdapat disini.

SNEK JALANAN (STREET SNACKS):
Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs:
Di dalam sebutan Melayu, hidangan ini adalah lebih mudah disebut sebagai popia tetapi ini adalah popia versi Vietnam. Apa yang menarik tentang menu Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs pada Hans ialah rasanya yang segar dimana setiap gigitannya akan membuatkan Hans terasa gabungan udang yang direbus serta sayuran segarnya seperti salad dan pudina yang memberikan satu rasa yang unik dan agak menarik. Hidangan ini sememangnya sebuah hidangan yang sangat sihat dan sesuai buat sesiapa yang mementingkan kesihatan. 

Crispy Spring Roll :
Untuk hidangan Crispy Spring Roll pula, ianya adalah popia yang digoreng dan sebagai peminat popia goreng, kerangupan hidangan ini serta kesedapan rasanya berjaya menambat hati Hans untuk menyukai hidangan ini.


HIDANGAN UTAMA (MAIN COURSE):
Pho Beef Combination
(Beef Balls, Beef Slices, Beef Shank, Beef Tendons, Beef Tripe)

Pandangan Hans:
Ini adalah salah satu hidangan yang sememangnya terkenal di Vietnam dimana ia adalah hidangan berasaskan sup daging yang dimakan bersama mee. Sebuah hidangan yang pada pandangan Hans juga adalah hidangan yang menyihatkan. Kuantiti makanannya sangat banyak jika mengikut kepada apa yang Hans makan sebentar tadi dimana semangkuk hidangan ini bersesuaian untuk dimakan oleh dua orang. Hidangan ini tidak menawarkan rasa yang pedas tetapi anda tidak perlu risau jika anda penggemar hidangan pedas kerana terdapat sos pedas serta cili api yang turut disediakan disini buat anda yang inginkan rasa pedas pada hidangan ini.


Roasted LemonGrass Chicken With Fragrant Rice
(Tender & Juicy Chicken Meat With Marinated LemonGrass Sauce)

Pandangan Hans:
Kepada yang tidak dapat lari daripada menjamah nasi, ini adalah hidangan yang patut anda cuba. Hans menyukai rasa ayamnya dan ianya terasa sedap dan kena apabila dimakan bersama nasi putih.


PENCUCI MULUT (DESSERT):
Vietnamese Three Colour Dessert :
Sekali pandang, kelihatan hidangan pencuci mulut ini seperti cendol. Tetapi, anda jangan tertipu kerana rasa hidangan ini pasti membuatkan anda terasa seperti sedang menikmati bubur kacang merah. Rasanya juga unik dan sesuai dengan selera Hans dimana ianya tidak terlalu manis.


MINUMAN (BEVERAGE):
Vietnamese Coffee :
Salah satu kopi yang dikatakan tersedap di dunia ialah kopi Vietnam. Jika anda penggemar kopi, anda pasti akan menyukai rasa kopi Vietnam yang ditawarkan disini dimana kepekatan serta rasa manisnya sememangnya sangat kaw. Buat anda yang kurang menggemari minuman manis tetapi masih ingin mencuba Vietnamese Coffee ini, anda boleh memberitahu pekerja restoran untuk mengurangkan kemanisan sewaktu melakukan pesanan nanti. 

Passion Fruit & Basil Mojito :
Untuk minuman Passion Fruit & Basil Mojito pula, Hans menyukai rasanya yang sangat segar dan kemanisan minuman ini juga berada di peringkat sesedap rasa. 


Kepada anda yang ingin mencuba makanan-makanan Vietnam yang sedap, jangan lepaskan peluang istimewa sempena Kempen Kemerdekaan "We Are Pho Everyone" yang bakal berlangsung di Pho Street Malaysia pada 8 September sehingga 16 September 2019 ini dan nikmati menu yang Hans kongsikan diatas pada harga yang cukup istimewa. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Pho Street Malaysia. Selamat mencuba! 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama