Jumaat, 20 September 2019

Review Filem Motif

Jumaat, September 20, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menghadiri malam gala filem Motif bertempat di MMcineplexes eCurve, Mutiara Damansara pada 19 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem tempatan yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Khamis, 19 September 2019

Review Filem Rambo Last Blood

Khamis, September 19, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada Oneworld Alliance Films untuk menghadiri tayangan filem Rambo Last Blood bertempat di GSC Mid Valley pada 17 September 2019 yang lepas.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem aksi yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Asia's Kids Star Cungkil Bakat Seni Kanak-Kanak

Khamis, September 19, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir ke majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara NQ Cultural Commercial Sdn Bhd dan China's Little Kid Stars untuk mempamerkan keindahan pakaian dan etika dalam kebudayaan tradisional China masyarakat Han. 


Sebelum ini kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian bagi penganjuran bersama Asia's Kids Star (AKS) untuk penyertaan kanak-kanak dari negara China. Ini semua merupakan hasil manfaat daripada sokongan Malaysia terhadap Program Obor (1 Belt, 1 Road) yang dilakukan oleh negara China sebelum ini.


Untuk maklumat anda semua, Asia's Kids Star adalah satu program yang mencungkil bakat kanak-kanak di dalam pelbagai cabang bidang seni seperti tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. Lebih menarik apabila program AKS ini bukan sekadar membuka penyertaan kepada kanak-kanak dari Malaysia sahaja tetapi juga untuk kanak-kanak dari beberapa negara Asia yang lain. Selain itu, program AKS juga dijadikan sebagai salah sebuah program utama sempena 2020 Tahun Pelancongan Budaya Malaysia-China yang turut disokong hebat oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai salah sebuah acara kebajikan dan kebudayaan awam.


Kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil atau mengetahui bakat anak-anak cilik berdekatan anda, apa kata anda bantu mereka menunjukkan bakat hebat yang terpendam dengan menghadiri ujibakat pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia yang akan diadakan pada bulan Oktober 2019 ini. Hans dimaklumkan pihak penganjur akan memilih 30 penyertaan bagi setiap kategori untuk mewakili Malaysia bagi pertandingan Asia's Kids Star yang akan berlangsung pada bulan Februari 2020 di Kuala Lumpur nanti.


Apa yang membanggakan pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan kanak-kanak dari negara China. Ini belum termasuk lagi penyertaan jemputan dari negara-negara Asia yang lain seperti Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong. Pihak NQ Cultural Commercial Sdn Bhd  menjangkakan sebanyak lebih 500 penyertaan kanak-kanak dari negara-negara Asia yang dijemput ini.


Jadi, Hans sangat berminat untuk berkongsi info berkaitan program ini kepada para pembaca sekali kerana Hans melihat ini merupakan satu peluang keemasan buat kanak-kanak Malaysia yang mempunyai bakat terpendam yang hebat untuk mengembangkan lagi peluang mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. 


Pihak ibu bapa juga boleh memainkan peranan ini dengan membantu anak-anak mereka yang mempunyai bakat menarik agar berani dan yakin pada diri disamping dapat mengurangkan tekanan anak-anak terhadap bidang akademik di sekolah. Secara tidak langsung, penyertaan mereka di dalam program Asia's Kids Star ini mampu memberikan mereka satu pengalaman baru yang penuh dengan keceriaan, kegembiraan dan memenuhi impian mereka untuk melihat dunia dari sudut budaya dan pemikiran kanak-kanak negara Asia yang lain seperti dari negara China misalnya. Jadi, Hans ucapkan semoga berjaya dan terpilih mewakili Malaysia kepada adik-adik cilik dari Malaysia. Harumkan nama negara di persada antarabangsa!

Rabu, 18 September 2019

Review Filem Ode to Joy

Rabu, September 18, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada GSC Movies untuk menghadiri tayangan media untuk filem Ode to Joy bertempat di GSC One Utama pada 17 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem komedi romantik yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Peraduan Tiket Wayang: Filem Hero Jangan Bikin Panas

Rabu, September 18, 2019 0
Portal filem Rollo De Pelicula buat julung kalinya telah bekerjasama dengan pihak NS STAR SDN BHD untuk mencari 5 PEMENANG dimana setiap pemenang akan dihadiahkan 2 keping tiket filem Hero Jangan Bikin Panas. Lebih istimewa kerana para pemenang akan menontonnya pada Malam Gala Premiere Hero Jangan Bikin Panas yang akan dihadiri oleh barisan pelakon, pengarah dan penerbit yang terlibat di dalam menjayakan filem ini.



P/S : Jom Semua Pakat-Pakat Join Peraduan Mudah Ini! Senang Sangat-Sangat! Mana Tahu Rezeki Anda Menang Kan? Semoga Berjaya!

Selasa, 17 September 2019

Review Filem Dendam Pontianak

Selasa, September 17, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem seram berjudul Dendam Pontianak di MMcineplesex eCurve pada 16 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem seram ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

6 Sebab Filem Dokumentari M For Malaysia Wajib Anda Tonton

Selasa, September 17, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem dokumentari yang sangat menarik berjudul M For Malaysia di MMcineplesex eCurve pada 16 September 2019 yang lepas.


Jadi, dibawah Hans senaraikan 6 sebab kenapa filem dokumentari M For Malaysia ini wajib anda tonton di pawagam pada minggu ini:

1) Filem ini memberikan anda peluang melihat dengan lebih dekat lagi sisi serta karakter Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang bukan sekadar tegas, berani dan kuat tetapi juga sisi humor yang bakal membuatkan anda ketawa melihat telatahnya nanti.

2) Disebalik kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang wanita dibelakangnya. Filem dokumentari ini juga berjaya memaparkan sisi menarik serta karakter yang terdapat di dalam diri seorang isteri perdana menteri iaitu Tun Siti Hasmah yang ternyata bukan sekadar selamba tetapi melucukan. Kemunculan beliau di dalam filem ini sentiasa akan membuatkan anda terhibur dan jatuh hati dengan karakternya.

3) Apa yang membuatkan filem dokumentari ini kelihatan mahal ialah terdapatnya rakaman-rakaman yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Rakaman-rakaman ini jika dilihat pada zaman dahulu boleh ditakrifkan sebagai rakaman rahsia yang sensitif dan merbahaya untuk ditayang kepada umum. Namun, filem ini bukan sahaja membuatkan anda dapat menonton rakaman-rakaman menarik ini tetapi juga membiarkan anda membuat penilaian tersendiri tentang telahan atau kepercayaan anda sebelum ini dan apa yang anda rasa selepas selesai menonton.

4) Momen-momen belakang tabir yang dikongsikan di dalam filem dokumentari ini merupakan satu kekuatan yang paling utama dan sangat besar yang bakal membuatkan anda asyik menonton nanti. Walaupun semua rakyat Malaysia sudah mengetahui tentang keputusan pilihan raya namun menariknya filem dokumentari ini masih mampu menimbulkan rasa debaran kepada anda saat melihat momen-momen genting sewaktu kempen pilihan raya, malam pengumuman keputusan pilihan raya serta apa yang berlaku selepas pilihan raya.  

5) Filem dokumentari yang melibatkan kisah sejarah politik sememangnya akan dianggap sebagai propaganda oleh pihak yang tidak sependapat. Namun, perkara tersebut tidak terlalu ketara kerana filem ini juga turut sama membongkarkan perkara negatif yang pernah melanda Tun Dr Mahathir sebelum ini walaupun tidak kesemuanya. Filem ini juga dilihat bijak memaparkan kesatuan rakyat Malaysia sepanjang kempen dan pilihan raya berlangsung.

6) Sisi nakal filem dokumentari ini di dalam mengangkat watak utama untuk dipandang secara positif dan menjentik pihak yang bertentangan atau lawan berjaya diterjemahan melalui visual hasil kreatif pihak produksi di dalam memilih adegan-adegan penting yang berkualiti. Ianya merupakan hasil kerja yang cukup bijak dan boleh dipelajari oleh pihak-pihak yang ingin menghasilkan filem-filem berteraskan peristiwa ini lagi di masa akan datang.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem dokumentari yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Ahad, 15 September 2019

Review Filem Sivappu Manjal Pachai

Ahad, September 15, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem tamil yang agak menarik berjudul Sivappu Manjal Pachai di TGV Cinemas Jaya Centre pada 14 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Tamil yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Sabtu, 14 September 2019

Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King

Sabtu, September 14, 2019 8
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Coolblog Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran siri minuman terbaru mereka iaitu Fire Tiger King yang berlangsung dengan cukup meriah sekali di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


Majlis yang dirasmikan oleh Encik Shamshuzaman Bin Haji Sulaiman yang merupakan Pengarah Bahagian Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ini telah memperkenalkan empat jenis perisa terbaru iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger yang menampilkan citarasa terkini kegemaran rakyat Malaysia iaitu minuman boba yang digabungkan dengan gula perang serta taburan krim keju mousse yang dibakar iaitu Creme Brulee.


Hans agak tertarik dengan ucapan daripada pihak Coolblog yang telah memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2008 dimana mereka menyatakan bahawa pihak Coolblog adalah Raja Gula Perang Yang Sebenar dimana Hans sangat bersetuju dengan kenyataan ini apabila menikmati siri minuman terbaru mereka kali ini.


Minuman:
Fire Red Tiger (Chocolate Smoothie Coolblog Signature) : RM7.80

Minuman:
Fire GreenTiger (Matcha Tea With Dash Of Brown Sugar) : RM7.80

Minuman:
Fire Tiger King (Brown Sugar Pearl Milk Tea) : RM8.80

Minuman:
Fire Thai Tiger (Thai Tea With Dash Of Brown Sugar) : RM8.80


Hans telah mencuba Fire Thai Tiger dimana gabungan adunan serbuk teh premium yang dicurahkan dengan keju mousse, krim keju yang kemudian dibakar brulee memberikan satu keunikan rasa yang sangat sedap dan memenuhi citarasa Hans. Memang Hans sangat berpuas hati kerana ia bukan sahaja sedap tetapi juga menawarkan harga jualan yang sangat murah dan berpatutan.


Minuman ini didatangkan dengan saiz 700ml yang pasti akan menghilangkan rasa dahaga sesiapa yang menikmati minuman menarik ini. Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King ini sudah mulai dijual di semua 300 cawangan Coolblog yang berada di seluruh negara.


Apa yang lebih menarik, sebahagian daripada hasil jualan minuman Fire Tiger King ini akan didermakan kepada satu badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan spesis dan habitat Harimau Malayan Tiger yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.


Jelajah Suria FM Bersama Coolblog

Coolblog bekerjasama dengan stesen radio Suria FM untuk kempen Fire Tiger King dengan menaja acara Jelajah Suria 2019 di beberapa lokasi terpilih iaitu:

14 September 2019 : 
Kuantan City Mall, Pahang

21 September 2019 : 
Plaza Angsana JB, Johor


Cabaran Tarian Tiktok Fire Tiger King

Korang peminat aplikasi Tiktok boleh sahut cabaran #FTKDanceChallenge. Korang cuma perlu beli mana-mana perisa minuman Fire Tiger King Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Fire Tiger King dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram:

Review Filem Dream Girl

Sabtu, September 14, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat lucu berjudul Dream Girl di TGV Cinemas Jaya Centre pada 13 September 2019 yang lepas. Melihat nama Ayushmann Khurrana sebagai pelakon utama sudah cukup untuk menarik perhatian Hans bagi menonton filem ini.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang sangat melucukan ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Review Filem Section 375

Sabtu, September 14, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat menarik berjudul Section 375 di TGV Cinemas Jaya Centre pada 13 September 2019 yang lepas.




P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang sangat menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Khamis, 12 September 2019

Review Filem Suatu Ketika

Khamis, September 12, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri malam gala filem Suatu Ketika bertempat di GSC Mid Valley pada 4 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem tempatan yang sangat menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Review Filem Scary Stories To Tell In The Dark

Khamis, September 12, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak MM2 Entertainment Sdn Bhd untuk menghadiri tayangan filem Scary Stories To Tell In The Dark bertempat di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 11 Jun 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem seram ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 8 September 2019

Review Filem Chhichhore

Ahad, September 08, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat menarik dan penuh inspirasi berjudul Chhichhore di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 6 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang terbaik untuk tahun 2019 ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN Kini Kembali

Ahad, September 08, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Guardian di dalam sesi bersama para media terpilih untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN yang kini kembali menemui para pelanggan setia mereka.


Apa yang menariknya ialah jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA berpeluang untuk bukan sahaja mengundi jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka sukai sekali lagi  untuk tahun 2019 tetapi turut bakal memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000. Menarik sungguh tawaran hadiah ini kan?


Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20 telah pun bermula pada 5 September 2019 yang lepas dan bakal berakhir pada 29 September 2019 ini.


Menurut Ms Wong Vai Chi yang merupakan Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, pihak Guardian Malaysia sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada para pelanggan mereka bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor Guardian seluruh Malaysia.


Sebanyak 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini yang menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Jadi, undian yang bakal dilakukan oleh para pelanggan Guardian iaitu sebagai pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini akan memberi penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka di kalangan pengguna sendiri. Undian secara keseluruhannya akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan Guardian.


Objektif Guardian Malaysia menganjurkan anugerah ini yang bermula pada tahun 2000 lagi adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan mereka dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih jenama kegemaran mereka. Pada waktu ini dapat dilihat anugerah yang dilakukan oleh pihak Guardian Malaysia lebih relevan kerana pihak mereka didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan mereka melalui pilihan dan trend yang sentiasa berubah.


Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya dimana ia menawarkan peluang yang lebih besar untuk  mereka memenangi Hadiah Utama. Jadi, para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang mendapatkan baucar produk. Langkah menyertai MVB Hunt adalah seperti dibawah:


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September sehingga 29 September 2019


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.

Hadiah Mega adalah seperti berikut:

Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli. Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

P/S : Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini. Semoga berjaya!

Jumaat, 6 September 2019

Anugerah The Jewels Of Muslim World 2019 Milik Rakyat Malaysia Dato'Sri Mahadi Badrul Zaman

Jumaat, September 06, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan bertemu dengan seorang rakyat Malaysia yang telah membanggakan negara tercinta Malaysia apabila telah dianugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Insan yang Hans maksudkan disini ialah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG).


Memang satu peluang keemasan buat Hans apabila dapat beramah mesra dan menemu ramah orang hebat seperti Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini sewaktu Hans hadir ke Pameran Dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini yang berlangsung dengan cukup meriah di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 September 2019 yang lepas. 


Lebih menarik Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga merupakan salah seorang speaker di Majlis 9th Muslim World Biz dimana untuk beliau berkongsi pelbagai perkara, tips menarik serta pengalamannya dengan memilih tajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" untuk sesi perkongsian beliau di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam selama satu jam bermula pada pukul 3.45 petang dan berakhir pada pukul 4.45 petang.


Hans agak kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini yang sentiasa merendah diri dan bersemangat waja di dalam usaha untuk membantu ramai pihak untuk meraih kejayaan seperti yang dimilikinya kini. Walaupun sudah bergelar jutawan pada usia yang muda selepas menceburi dunia kewangan selama 16 tahun namun beliau tetap mempunyai sifat ingin membantu insan-insan lain. 


Hans juga turut berasa terkejut apabila mengetahui beliau sudah berjaya mencapai kebanyakan impian besarnya sewaktu usianya baru menginjak 21 tahun. Sememangnya, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan salah seorang individu yang sangat sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat kita khususnya anak muda masa kini agar mencontohi kejayaan yang diraihnya.  


Selain itu, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut memanfaatkan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz edisi ke-9 yang berlangsung pada 4 September sehingga 6 September 2019 ini untuk memperkenalkan organisasi Financial Genius Group (FGG) kepada  delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, usahawan, gergasi industri serta masyarakat Malaysia khususnya dengan menyertai pameran yang diadakan. 


Hans berharap agar usaha murni Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman serta Financial Genius Group (FGG) ini dapat membantu lebih ramai pihak di luar sana yang secara tidak langsung akan menjadi batu loncatan buat mereka untuk melebarkan pengaruh dan lebih dikenali di peringkat global sebagai sebuah organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang  Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman dan Financial Genius Group (FGG), anda boleh layari laman sosial yang Hans kongsikan dibawah:


Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram: