Ahad, 8 September 2019

Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN Kini Kembali

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Guardian di dalam sesi bersama para media terpilih untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN yang kini kembali menemui para pelanggan setia mereka.


Apa yang menariknya ialah jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA berpeluang untuk bukan sahaja mengundi jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka sukai sekali lagi  untuk tahun 2019 tetapi turut bakal memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000. Menarik sungguh tawaran hadiah ini kan?


Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20 telah pun bermula pada 5 September 2019 yang lepas dan bakal berakhir pada 29 September 2019 ini.


Menurut Ms Wong Vai Chi yang merupakan Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, pihak Guardian Malaysia sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada para pelanggan mereka bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor Guardian seluruh Malaysia.


Sebanyak 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini yang menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Jadi, undian yang bakal dilakukan oleh para pelanggan Guardian iaitu sebagai pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini akan memberi penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka di kalangan pengguna sendiri. Undian secara keseluruhannya akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan Guardian.


Objektif Guardian Malaysia menganjurkan anugerah ini yang bermula pada tahun 2000 lagi adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan mereka dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih jenama kegemaran mereka. Pada waktu ini dapat dilihat anugerah yang dilakukan oleh pihak Guardian Malaysia lebih relevan kerana pihak mereka didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan mereka melalui pilihan dan trend yang sentiasa berubah.


Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya dimana ia menawarkan peluang yang lebih besar untuk  mereka memenangi Hadiah Utama. Jadi, para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang mendapatkan baucar produk. Langkah menyertai MVB Hunt adalah seperti dibawah:


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September sehingga 29 September 2019


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.

Hadiah Mega adalah seperti berikut:

Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli. Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

P/S : Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini. Semoga berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com