Matxi Corp Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir ke majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh syarikat Matxi Corp bersempena meraikan ulang tahun ke-2 mereka serta kejayaan memasuki pasaran Malaysia  yang berlangsung dengan cukup gah di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21 September 2019 yang lepas.



Hans sendiri berasa kagum melihat kehadiran lebih daripada 2000 pengedar dari 30 buah negara yang majoritinya adalah golongan wanita daripada Vietnam, Kemboja, Singapura, Malaysia dan ramai lagi. Rata-rata yang datang sememangnya hadir dengan busana yang cukup hebat dan ekslusif yang menjadikan sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp ini bukan calang-calang majlis.



Untuk pengetahuan anda semua, Matxi Corp yang sebelum ini dikenali sebagai Matxi S.G merupakan sebuah syarikat terkemuka dari negara Vietnam. Mereka ada anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd dan kini telah melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia serta bakal menjengah pasaran negara Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Dengan slogan "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik", Hans melihat pencapaian syarikat ini adalah satu perkara yang sangat membanggakan bertepatan dengan visi mereka untuk menjadi sebuah peneraju korperat yang membawa syarikat ke serata dunia. Jadi, misi utama syarikat ini juga dilihat terserlah dimana pihak mereka ingin membawa setiap pelanggan, ahli dan rakan strategik ke arah kehidupan yang lebih baik melalui nilai-nilai murni yang dipegang.



Majlis gilang gemilang ini telah diserikan lagi dengan ucapan daripada setiap CEO syarikat iaitu Miss Luck Kim (CEO Matxi Corp Korea), Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd), Miss Nung (CEO Matxi Corp Vietnam), Mr Kenny (CEO Matxi Corp Malaysia) dan Miss Jenny (CEO Matxi Corp USA). Apabila melihatkan rata-rata CEO ini di dalam lingkungan usia yang muda, Hans melihat ini adalah punca kejayaan buat semua orang kuat serta pengedar produk-produk syarikat Matxi Corp dimana ia memberi satu galakan serta keyakinan buat mereka semua untuk mengubah taraf kehidupan sehingga akhirnya berjaya hidup di dalam tahap yang tinggi dan selesa.



Pasti ramai yang masih belum tahu tentang apa sebenarnya yang diusahakan oleh syarikat Matxi Corp ini bukan? Untuk maklumat anda, pihak Matxi Corp terlibat di dalam memberi latihan perniagaan serta pembangunan manusia kepada ahli-ahli mereka. 



Lebih menarik, Matxi Corp juga turut memberi tumpuan utama kepada beberapa bidang utama yang berjaya membantu para ahli mereka seperti:

  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
  • Percetakan Dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggara Acara
  • Produk Kesihatan Dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran

Hans sendiri berkesempatan melihat beberapa produk keluaran Matxi Corp seperti barangan kosmetik (lipstik), suplemen kesihatan (kolagen & ekstrak tongkat ali) dan banyak lagi yang dipamerkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp ini. Selain itu, Hans turut dimaklumkan setiap produk Matxi Corp ini telah pun melalui ujian penyelidikan yang teliti memandangkan pihak mereka mempunyai pusat kajian dan pembangunannya (R&D) sendiri untuk sentiasa menaik taraf bagi memastikan produk mereka berada di dalam tahap serta kualiti yang baik.



Berita baiknya apabila Matxi Corp telah menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia untuk memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat.



Sempena sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp yang berlangsung di Plennary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, Hans berasa cukup bertuah dan teruja kerana berpeluang menyaksikan persembahan pembukaan daripada kumpulan 218 Dance Crew yang merupakan wakil Vietnam pada rancangan realiti antarabangsa terkenal Asia's Got Talent 2017. Sememangnya persembahan mereka sangat memukau dan bertaraf antarabangsa. Selain itu, Hans juga dipertontonkan dengan persembahan tarian daripada Malaysia yang begitu menarik dan menghiburkan.



Majlis sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp ini juga turut meraikan kejayaan pengedar mereka dimana 18 orang pengedar yang rata-ratanya adalah wanita telah diberi penghargaan dan diraikan di dalam majlis tersebut. Hans mengharapkan kejayaan Matxi Corp di dalam memperkasakan taraf kehidupan pengedarnya terutama golongan wanita dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Glory To Glory Matxi Corp!


Untuk maklumat lanjut tentang Matxi Corp, anda boleh layari laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah:

Facebook:

Instagram:

#MATXICorp
#YouDeserveABetterLife

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama