Sabtu, 12 Oktober 2019

Kenali Pelbagai Jenis Beras Sempena Hari Beras 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans berkesempatan hadir ke majlis sambutan Hari Beras 2019 anjuran Jasmine Food Corporation yang bertemakan 'HealthyRiceStyle' pada 10 Oktober 2019 di North Court, IOI Mall Puchong.


Hans sendiri secara jujurnya baru mengetahui tentang kewujudan sambutan Hari Beras di Malaysia. Jadi, memang sangat menarik perhatian Hans serta para pengunjung yang hadir ke majlis ini kerana dapat melihat serta mengenai pelbagai jenis pilihan beras kesihatan istimewa daripada Jasmine yang disertakan dengan resipi-resipi masak yang sihat dan kreatif dari chef selebriti Malaysia. Selain itu, turut diadakan ceramah berkaitan dengan kesihatan oleh Pusat Darah Negara dan Tung Shin Hospital sepanjang program ini berlangsung.


Buat pengetahuan semua, Hari Beras 2019 ini akan berlangsung sehingga 13 Oktober 2019 ini dimana tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna Malaysia berhubung faedah-faedah beras yang sihat. Jadi, Hans sendiri menggalakkan para pembaca serta sesiapa yang tinggal berdekatan dengan IOI Mall Puchong atau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam acara selama lima hari ini dimana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti demonstrasi memasak daripada chef selebriti, pameran beras sihat, pemeriksaan kesihatan percuma, rancangan bual bicara khas dan bengkel memasak yang sudah bermula sejak 9 Oktober 2019 lagi.


Menurut Lim Swee Keat yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, pihak mereka menumpukan perhatian kepada pengguna untuk membina tabiat yang sihat di samping menghapuskan tanggapan biasa yang salah bahawa nasi adalah punca yang membawa masalah kepada kesihatan. Jadi, dengan mewujudkan program khusus sebegini kepada orang ramai dapat membantu mereka memilih variati hidangan nasi yang tepat demi kesihatan mereka.


Jadi, pasti ramai pembaca nak tahu apa sebenarnya keistimewaan yang terdapat pada program Hari Beras 2019 ini kan? Apa yang menariknya ialah progam kali ini menampilkan semua jenis beras berkualiti daripada Jasmine termasuk Jasmine Royal Pusa Gold dan PusaCream yang memenangi anugerah, NutriRice (ThaiRed dan Blackberry) dan beras perang selain beras wangi dan juga beras tempatan. Hans sendiri berkesempatan merasai beras-beras tersebut yang telah siap dimasak menjadi nasi dan sememangnya setiap jenis beras ini menawarkan kepelbagai rasa yang tersendiri. Hans sangat menyukai rasa nasi daripada beras NutriRice BlackBerry yang pada Hans sangat sedap walaupun dimakan begitu sahaja. Serius anda kena datang sendiri ke sini dan In Sha Allah berpeluang untuk mencuba dan merasai sendiri setiap jenis beras yang ada disini.


Selain itu, program Hari Beras 2019 ini juga pada pandangan Hans bagus terutama di dalam mendidik anak-anak kecil serta remaja untuk lebih mengenali tentang beras dan pokok padi itu sendiri. Terdapat satu bahagian yang penuh info iaitu Education Zone dimana kawasan ini sangat membantu orang ramai terutama pengunjung untuk lebih memahami manfaat beras dan memahami gaya hidup sihat yang betul, "HealthyRiceStyle" turut membawakan pandangan yang berharga daripada pakar-pakar melalui aktiviti-aktiviti khas termasuk:

  • Demonstrasi memasak chef selebriti oleh Chef Fami Taufeq dan Chef Jaafar Onn, memaparkan pelbagai jenis resepi masakan sihat yang kreatif.
  • Demonstrasi praktikal tentang kemahiran menyelamatkan nyawa oleh Tung Shin Hospital seperti demonstrasi CPR untuk orang dewasa & bayi serta teknik memberi makan kepada bayi.
  • Ceramah diet bersama pakar diet oleh Tung Shin Hospital pada 12 Oktober.
  • Sesi perkongsian tentang Derma Darah oleh Pusat Darah Negara (PDN) pada 12 Oktober.
  • Ceramah Pakar Pemakanan oleh majalah Her World pada 13 Oktober.
  • Bengkel masak secara sihat selama lima hari oleh KDU University College, Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kanak-kanak sepanjang 5 hari.

Selain itu, anda sebagai pengunjung turut berpeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh Tung Shin Hospital di kawasan program ini. Program pemeriksaan kesihatan secara percuma ini akan bermula pada hari Jumaat, 11 Oktober dari jam 10 pagi hingga 5 petang termasuk pemeriksaan Tekanan Darah, Glukosa dalam Darah dan Indeks Jisim Badan (BMI).


Apa yang lebih istimewa, pihak Jasmine akan memberi 500 gram beras kepada semua kanak-kanak yang menyempurnakan cabaran aktiviti pendidikan kanak-kanak dan semua penderma darah di booth PDN sebagai usaha untuk terus mempromosikan faedah-faedah kebaikan beras kepada semua. Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, anda boleh layari laman sesawang www.jasmine.com.my. 

2 ulasan:

  1. banyak pula jenis beras jasmine nie.. tak pernah beli lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      saya pun baru tahu ada banyak beras lain selain putih dan perang

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com