Jumaat, 11 Oktober 2019

Pizza Hut Malaysia : Menu Baharu Black Volcano Pizza

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans berkesempatan hadir ke majlis pelancaran menu terbaharu edisi terhad Pizza Hut Malaysia iaitu Black Volcano Pizza hasil inovasi piza baharu yang memberikan kelainan serta keseronokan buat para pelanggan mereka.


Black Volcano Pizza ini hanya dijual di dalam masa yang sangat terhad iaitu bermula hari ini (8 Oktober 2019) sehingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada di semua rangkaian restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.


Apa yang menariknya tentang Black Volcano Pizza ini ialah ia merupakan piza pertama di Malaysia yang didatangkan bersama 24 ketul kerak piza berwarna hitam yang diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang. Jadi, itulah sebabnya jika anda lihat bahagian kerak pizza ini berwarna hitam tetapi keraknya sangat lembut dan sedap apabila Hans menikmatinya sebentar tadi.


Lebih membuatkan Hans teruja apabila Black Volcano Pizza ini dibakar secara sempurna serta dipenuhi dengan keju yang melimpah seperti Volcano bersama dengan taburan ketulan ayam rangup. Jadi, disini anda sudah dapat mengagak kenapa nama terbaharu menu Pizza Hut ini ialah Black Volcano Pizza.


Kombinasi antara kerak piza yang diadun dengan arang serta keju yang melimpah ruah dan gabungan ketulan ayam rangup ini memberikan satu rasa yang begitu lazat. Serius Hans cukup sukakan menu terbaharu Pizza Hut kali ini kerana ianya kena dengan citarasa Hans. Serius memang sekejap sahaja Black Volcano Pizza ini di atas meja tadi sebab berebut nak habiskan makan dengan orang depan. Hahahaha!


Jadi, Hans sangat suka untuk mengajak para pembaca sekalian terutama peminat piza untuk mencuba sendiri menu terbaru edisi terhad keluaran Pizza Hut Malaysia ini iaitu Black Volcano Pizza yang dijual dengan harga bermula dari RM44.50 untuk a la carte saiz biasa. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang www.pizzahut.com.my.

2 ulasan:

  1. nampak mewah dia punya topping nya tuh, kene cuba jugak nih... lagi2 tengok keju yang melimpah ruah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tu la pasal
      berbaloi cuba makan
      sedap untuk Hans

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com