Isnin, 28 Oktober 2019

Rawatan Bariatric Atasi Masalah Obesiti

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir dalam satu majlis menarik yang telah dianjurkan oleh pihak medi-excell Sdn. Bhd dimana ianya merupakan sebuah sesi perkongsian berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan dan risiko penyakit obesiti serta rawatan Bariatric yang telah disampaikan dengan cukup menarik sekali oleh Dr Mustafa Mohammed Tahir. Menggunakan tajuk Obesity Is A Disease. Find A Solution ini telah berjaya meningkatkan kesedaran Hans tentang betapa bahayanya masalah obesiti ini dan bagaimana ianya boleh menjejaskan kehidupan para penghidapnya.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, Dr Mustafa Mohammed Tahir merupakan seorang Pakar Bedah Bariatric yang berkhidmat di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri dimana beliau sudah berjaya membantu, mengubah dan memberi dunia baru buat para pesakit obesiti yang mendapatkan perkhidmatannya melalui pembedahan bariatric ini. Hans yakin pasti ramai yang tidak pernah mendengar atau mengetahui apa sebenarnya rawatan Bariatric ini. Sebagai pencerahan buat anda semua, pembedahan bariatric ini sebenarnya turut dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik dimana pesakit akan berupaya untuk mengawal selera makan mereka kerana pengambilan kuantiti makanan dan jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semula jadi. Secara tidak langsung, ini akan membantu pesakit untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pesakit obesiti yang ingin menjalani pembedahan bariatric ini juga perlu berumur 18 tahun dan ke atas jika ingin melakukan pembedahan ini. 


Namun, Hans sangat tertarik dengan cara serta kaedah yang diterapkan oleh Dr Mustafa di dalam penerangannya kerana walaupun beliau terlibat di dalam memberi perkhidmatan terhadap rawatan Bariatric ini namun seboleh-bolehnya beliau ingin membantu pesakit obesiti agar berusaha sendiri terlebih dahulu di dalam menjaga kesihatan berbanding memilih rawatan bariatric tanpa sebarang usaha dari dalam diri sendiri. Menurut beliau lagi, pembedahan bariatric bukannya untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan dan seliaan pakar bedah batriatric terlebih dahulu untuk memastikan pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.


Berbalik kepada masalah kesihatan Obesiti yang kini merupakan masalah kesihatan yang melanda seluruh dunia, statistik yang dikongsikan oleh Dr Mustafa sememangnya telah berjaya membuka mata Hans untuk melihat bahawa isu berkaitan penyakit obesiti ini bukannya isu kecil. Ini disebabkan hampir 44.3 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah obesiti dimana 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama. Malah Malaysia mempunyai kadar obesiti yang kedua paling tinggi di Asia Tenggara selepas negara Brunei dimana sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. Memang statistik ini sangat menakutkan!


Jadi, bagaimana untuk mengetahui adakah diri anda tergolong di dalam kumpulan manusia yang mengalami masalah obesiti atau pun tidak? Sebenarnya, seseorang individu tersebut boleh dianggap mengalami masalah obesiti ini apabila indeks jisim badan (BMI) mereka mencecah angka 30 dan ke atas. Untuk mendapatkan ukuran BMI anda, caranya mudah sahaja dimana anda perlu membahagikan berat badan anda dengan ketinggian anda. Dibawah Hans kongsikan tahap ukuran BMI untuk membantu anda melihat yang mana satukah kategori yang mewakili jumlah BMI anda.


0 - 16 :
Kekurangan Berat Badan

16 - 18.5 :
Berat Badan Kurang

18.6 - 25.0 :
Berat Badan Normal

25.1 - 30.0 :
Berat Badan Berlebihan

30.1 - 35.0 :
Sederhana Obes

35.0 - Ke Atas :
Sangat Obes

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti terutama di Malaysia seperti pengambilan makanan secara berlebihan,  tidak pernah langsung atau terlalu jarang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, ketidakseimbangan hormon, tekanan kerja dan pelbagai lagi masalah lain. Disebabkan faktor-faktor ini dilihat banyak diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini maka ia telah meningkatkan risiko untuk penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes, hipertensi, darah tinggi, kencing manis, kesukaran atau gangguan tidur yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok serta penyakit jantung untuk menyerang individu yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti ini.


Selain itu, antara perkongsian menarik yang sehingga kini masih kekal di dalam memori Hans ialah berkaitan dengan cara membasmi serta mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang penghidap masalah obesiti ini. Ianya boleh dilakukan melalui beberapa kaedah yang terbukti berkesan iaitu memastikan makanan yang anda ambil dan makan setiap hari adalah seimbang, bersenam serta mengelakkan daripada mengambil makanan ringan atau yang tinggi kadar gula serta garamnya. Pertama berkaitan makanan seimbang ini dimana anda memilih hidangan-hidangan yang dimasak secara sihat dan melengkapi tubuh dengan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari. 


Kedua ialah berkaitan senaman dimana Hans baru tahu bahawa terdapat durasi masa bersenam yang tertentu dan kesannya juga berbeza terhadap badan mengikut berapa lama anda bersenam. Untuk 15 minit yang pertama anda bersenam, tubuh badan anda hanya membakar gula serta karbo yang ada di dalam tubuh badan anda sahaja. Jika anda bersenam selama 30 minit, tubuh badan anda baru akan memulakan proses membakar kalori serta lemak di dalam badan. Jadi, jika ada terus bersenam di antara 40 minit sehingga 1 jam tanpa henti maka baru lah lemak di dalam tubuh badan anda akan mula terbakar dan barulah anda akan berjaya memperoleh bukan sahaja kesihatan yang lebih baik tetapi juga bentuk badan yang lebih cantik dan menambah keyakinan anda di dalam berhadapan dengan pelbagai manusia setiap hari. Ketiga ialah memastikan air kosong merupakan air wajib pilihan anda untuk diminum setiap hari dan elakkan daripada menikmati makanan serta minuman ringan yang tidak sihat kerana ianya penuh dengan garam serta bahan-bahan perasa serta kimia yang tidak baik untuk tubuh badan kita.


Lebih menarik perhatian pada sesi kali ini ialah kehadiran bekas pengidap penyakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr Mustafa iaitu pelawak Rahim Sepahtu dan Alif Johan yang merupakan anak lelaki kepada penyanyi Nora turut hadir untuk berkongsi keadaan fizikal serta kesihatan mereka sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatric. Menarik untuk mendengar sendiri pengalaman daripada kedua-dua mereka yang Hans lihat telah berjaya mengubah bukan sahaja penampilan luaran tetapi juga memperoleh kesihatan yang sangat baik setelah berjaya mendapatkan berat badan ideal yang diidam-idamkan selama ini.


Hans mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buah pihak medi-excell Sdn Bhd dan Dr Mustafa Mohammed Tahir di atas pelbagai perkongsian yang begitu menarik serta sangat bermanfaat buat Hans sepanjang majlis tersebut berlangsung. Jadi, kepada sesiapa yang merupakan penghidap obesiti dan berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan serta bantuan daripada Dr. Mustafa berkaitan masalah obesiti dan pembedahan bariatric, anda boleh menghubungi pihak beliau melalui telefon atau laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Telefon:
0162330678 (Puan Rafeah)


6 ulasan:

  1. kalau akak ada duit lebih memang teringin nak buat bariatric nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah...sis bukan besar pun.
      bariatric nih kalau dah teruk sangat baru disyorkan buat

      Padam
  2. nampak berbeza selepas rawatan tu. Memang berbaloi buat. Kalau ada extra money memang cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini untuk yang teruk sangat dah memang digalakkan buat
      macam kita-kita nih boleh usaha lagi senaman dan jaga makan :)

      Padam
  3. Kena amalkan bersenam 1 jam sehari nih.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com