Isnin, 7 Oktober 2019

Realme 5 Dan Realme 5 Pro Kini Dijual Bermula Dari RM599

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir ke majlis pelancaran model telefon terbaru Realme iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro yang berlangsung dengan cukup meriah di EX8 Event Venue & Space, Subang Jaya, Selangor pada 3 Oktober 2019 yang lepas.


Apa yang menariknya tentang model terbaru Realme Malaysia ini ialah ianya merupakan model telefon pintar quad kamera pertama Realme yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm Al yang cukup hebat dan semestinya membantu untuk memberikan hasil serta kualiti gambar yang cantik serta melancarkan aktiviti permainan video anda menggunakan model terbaru ini.


Dengan semangat 'Dare to Leap' yang dibawa oleh Realme Malaysia nampaknya telah membuahkan hasil dimana di dalam usianya yang masih setahun jagung di pasaran Malaysia namun mampu menarik perhatian ramai pelanggan serta pengguna untuk memilih model telefon Realme sebagai telefon pintar pilihan mereka. Jadi, ini merupakan antara faktor penting yang menyebabkan pihak Realme Malaysia yakin untuk membawa masuk model terbaru Realme 5 dan Realme 5 Pro ke pasaran Malaysia pada tahun ini.


Pada majlis pelancaran berkenaan, para media yang hadir turut berpeluang melihat pelbagai pameran berkenaan Realme serta berpeluang untuk terlibat di dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Hans memang sangat terhibur sewaktu berada di majlis ini kerana selain dapat bermain permainan yang disediakan, Hans juga berjaya memperoleh pelbagai cenderahati selepas memenangi permainan tersebut. Tahniah Realme Malaysia atas penganjuran majlis yang cukup meriah dan menarik ini.


INFO RINGKAS TENTANG REALME 5 :

- Skrin 6.5″ LCD
- Quad-kamera + lensa gabungan 12MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 13MP. 
- Cip pemprosesan Snapdragon 665 dengan pilihan memori 3/4 GB RAM dan storan dalaman 64/128 GB.
- Pengecasan microUSB dengan kuasa 10W
- Kapasiti bateri 5000mAh
- Harga jualan adalah RM599 dan RM799
- Pilihan warna Crystal Blue atau Crystal Purple.


INFO RINGKAS TENTANG REALME 5 PRO :

- Skrin 6.3″ LCD, Resolusi FHD+ dan Mod Malam
- Quad-kamera + lensa gabungan 48MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP lensa bokeh + 2MP lensa makro dan kamera swafoto 16MP. 
- Cip pemprosesan Snapdragon 712 dengan pilihan memori 8 GB RAM dan storan dalaman 128 GB.
- Pengecasan pantas VOOC 3.0 20W berasaskan USB-C.
- Kapasiti bateri 4035mAh
- Harga jualan RM1099
- Pilihan warna Crystal Green atau Sparkling Blue.


Menurut pihak Realme Malaysia, kedua-dua model terbaru telefon pintar ini boleh dibeli melalui Lazada dimana model Realme 5 Pro akan mula dijual secara ekslusif pada 10 Oktober 2019 ini manakala model Realme 5 pula akan dijual bermula pada 17 Oktober 2019.


Jadi, dapatkan segera model terbaru Realme 5 dan Realme 5 Pro terutamanya buat mereka yang suka bergambar dan kaki permainan video. Hans yakin anda pasti akan menyukai model telefon pintar terbaru dari Realme Malaysia ini. Selamat menjadi pemilik Realme 5 dan Realme 5 Pro!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com