Sabtu, 19 Oktober 2019

Vivo NEX 3 Model Telefon 5G Pertama Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru sahaja beberapa minggu lepas pihak Vivo Malaysia melancarkan peranti model Vivo V17. Tetapi, nampaknya mereka begitu bersemangat untuk melancarkan model telefon terbaharu dimana telefon kali ini menyokong rangkaian 5G dan bakal menjadi model telefon 5G pertama yang memasuki pasaran Malaysia. Model telefon 5G yang Hans maksudkan ini ialah Vivo NEX 3.


Baru-baru ini, pihak Vivo telah melancarkan NEX 3 bertempat di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur dimana model baharu ini telah menggabungkan inovasi terbaharu Vivo dengan dilengkapi paparan Waterfall FullView™ Display dimana ia menampilkan skrin telefon dwi-lengkung di kedua-dua sisi dan hampir ke belakang yang kelihatan cukup menarik serta hampir tiada bingkai kelihatan. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display dilihat menyediakan skrin yang luas dan ditambah baik daripada rekaan sebelumnya dengan pasti memberikan anda pengalaman visual yang menarik setiap kali anda mengangkat telefon ini. 


Model NEX 3 ini juga turut dilengkapi dengan tiga kamera termasuk lensa utama 64MP yang memberikan kepuasan buat anda yang suka bergambar, merakam video serta menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Selain itu, NEX 3 turut diisi penuh dengan pelbagai aplikasi pintar yang pastinya akan meningkatkan pengalaman pengguna ke satu tahap yang lebih tinggi dan sangat membanggakan.


Apa yang membuatkan Hans turut kagum dengan model terbaru Vivo NEX 3 ini juga disebabkan kebolehannya untuk mengecam irama muzik dan memaparkannya melalui cahaya ambien pada skrin dwi-lengkung peranti telefon ini. Jadi, apabila anda menerima panggilan atau memainkan muzik melalui telefon ini maka anda dapat melihat satu pertunjukan cahaya yang cukup unik hanya melalui NEX 3 ini. Menarik betul model terbaru Vivo kali ini.


Pada waktu pertama kali Hans membelek-belek model terbaru NEX 3 ini, Hans sebenarnya tercari-cari juga butang untuk naikkan suara atau pun untuk membuka dan menutup telefon tetapi tidak jumpa. Rupa-rupanya model terbaharu Vivo ini sememangnya dicipta untuk tidak menggunakan butang fizikal. Selain itu, model ini juga mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody dimana melalui teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning pula membolehkan pengguna untuk melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat. Memang betul-betul canggih Vivo NEX 3 ini.


Berbalik semula kepada fungsi kamera model NEX 3 ini, ketiga-tiga kamera terletak pada bahagian belakang peranti di dalam satu panel bulat yang dinamakan sebagai Lunar Ring Camera System. Model ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Selain amat mudah digunakan, Hans yakin anda pasti berpuas hati dengan hasil gambar berdefinisi tinggi ini yang mampu menghasilkan dan menambah baik lagi keindahan dan kejelasan pada sesuatu gambar yang anda ambil. 


Salah satu ciri penting gambar yang Hans utamakan ialah hasil gambar potret. Menariknya NEX 3 dilengkapi dengan ciri-ciri yang boleh membuatkan hasil gambar potret anda lebih cantik iaitu melalui Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Fungsi Portrait Master’s Hyper yang cukup mengagumkan ialah apabila ia mampu meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Selain itu, kepada anda yang tidak mahir tentang hal berkaitan fotografi juga sudah tidak perlu risau untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik kerapa terdapat Pro Mode yang akan membantu anda untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini dengan cukup mudah sekali. 


Biasalah kalau hadir ke mana-mana pelancaran model telefon terbaharu, pasti perkara pertama yang ingin dicuba ialah berswafoto untuk melihat hasil gambarnya. Dilengkapi dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 berjaya memberikan hasil yang menarik dengan menawarkan gayanya yang tersendiri serta memastikan operasi kamera yang stabil. Hans berpuas hati dengan hasil tangkapan NEX 3 ini.


Spesifikasi Vivo NEX 3
  • Menyokong rangkaian 5G
  • Funtouch OS 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855+
  • 8GB + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.89 inci POLED Waterfall FullView Display FHD+
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0) dengan lampu swafoto
  • Kamera utama: 64MP (f/1.8) + 13MP (Wide Angle, f/2.2) + 13MP (Telephoto, f/2.4)
  • 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W)
  • Teknologi penyejukan Vapor Cooling System
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 167.44 x 76.14 x 9.4mm / 218.5g
  • Pilihan warna Glowing Night

NEX 3 kini sudah boleh diperoleh di pasaran Malaysia dengan harga jualan sebanyak RM3899Jadi, dapatkan segera model terbaru Vivo NEX 3 dan Hans yakin anda akan menyukai model terbaru Vivo kali ini yang memberikan hasil gambar dan video yang bukan sahaja menarik tetapi juga mengurangkan gegaran walaupun anda sedang berjalan pantas atau berlari. Serius sangat berbaloi. Selamat menjadi pemilik Vivo NEX 3!

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com