Selasa, 5 November 2019

Jom Minum Susu Kambing Lemak Berkrim Disukai Ramai

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Setelah selesai menaiki Besut Cruise, Hans serta rakan media yang lain kembali menuju Homestay Kubang Depu untuk melawat Fuzy Kambing yang merupakan ladang ternakan penduduk yang tinggal disini. Menarik kunjungan kali ini kerana Hans dapat melihat ternakan kambing disini yang merupakan baka kacukan dari Australia yang sememangnya mempunyai susuk fizikal yang sedikit berlainan berbanding kambing-kambing tempatan yang diternak.


Istimewanya tentang kambing yang diternak disini ialah kambing-kambing ini sangat sukakan air. Berdasarkan perbualan Hans dengan pemilik ladang, kambing disini sangat mudah untuk dimandikan dan langsung tidak takutkan air seperti mana kambing-kambing tempatan. Selain itu, kambing disini juga dijaga dengan sangat rapi sama ada dari sudut kebersihan mahu pun pemakanan.


Kambing-kambing yang diternak akan diberi makan rumput napier mengikut tempoh waktu yang ditetapkan untuk memastikan hasil susu kambing dapat dihasilkan dalam kadar yang maksimum. Hans dan rakan media lain juga berpeluang untuk menikmati sendiri susu kambing segar yang dijual disini. Bukan sekarang rasanya yang manis, sedap dan terasa lemak berkrim disukai ramai tetapi juga ianya dijual dengan harga yang sangat murah.


Memang murah sangat dimana 4 botol susu kambing yang setiap satunya berisipadu 250ml hanya dijual pada harga RM10 sahaja. Mana nak dapat dekat tempat lain terutama dekat bandaraya Kuala Lumpur ini. Paling penting rasa susu kambing disini tidak berbau hamis dan ini menarik perhatian Hans untuk bertanyakan sendiri kepada pemilik ladang. 

Sebelum Masuk Ladang Kena Rendam Tapak Kasut Dengan Cecair Anti Virus Nih Dulu.

Jadi, Hans telah mendapat jawapan dimana cara pengambilan susu serta menitik beratkan kebersihan tangan sewaktu memerah susu sangat memainkan peranan penting di dalam mendapatkan susu yang bukan sahaja berkualiti tetapi bersih dan bebas daripada bau kambing. Jadi, kalau anda minum susu kambing tetapi terasa atau terbau kambing pada susu tersebut maka itu menandakan cara susu itu diambil tidak bersih.


Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di kawasan Besut, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melawat ladang kambing di sekitar kawasan Homestay Kampung Kubang Depu ini. Selain melihat secara dekat bagaimana kambing-kambing ini diternak di dalam keadaan yang sangat bersih, anda juga berpeluang untuk merasai sendiri susu kambing yang lemak berkrim disukai ramai yang turut dijual oleh pemilik ladang kambing disini. Selamat mencuba susu kambing yang sedap di Homestay Kampung Kubang Depu!

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com