Selasa, 12 November 2019

Kafe Luckin Kopi : Menu Berasaskan Petai Yang Sangat Kaw

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada hujung minggu yang lepas, Hans berkesempatan untuk menikmati pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan oleh sebuah kafe yang mesra muslim iaitu Luckin Kopi yang terletak di Jalan Panggong. Buat anda yang mungkin tidak pernah mendengar tentang Jalan Panggong, ianya berdekatan dengan Petaling Street serta Balai Polis Tun HS Lee. Mudah sangat untuk mencari Kafe Luckin Kopi ini. 


Untuk pengetahuan semua, Luckin membawa maksud tuah dan kegembiraan di dalam bahasa Cina. Jadi, pemilik restoran ini percaya bahawa cara terbaik untuk menyatukan masyarakat mahu pun pelanggannya dengan menambat hati mereka melalui rasa kopi yang memukau. Memulakan operasi pada jam 7 pagi dan berakhir pada pukul 9 malam untuk setiap hari, ternyata terdapat pelbagai makanan serta minuman menarik yang anda boleh cuba seandainya berkunjung ke sini selepas ini.

LUCKIN KOPI

Alamat:
14, Jalan Panggong,
City Center,
50000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
7.00 A.M - 9.00 P.M

Telefon:
0328562811 / 0163976898

Facebook:
luckinkopi

Instagram:
luckinkopi


Seperti biasa, Luckin Kopi turut tidak terkecuali untuk memberi satu pengalaman menikmati makanan yang cukup selesa melalui susun atur perabot serta dekorasinya yang menawan. Hans sendiri tidak menyangka ruang dalamnya sangat cantik dan bersih seperti mana yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Menariknya juga tentang sistem tempat duduk disini ialah terdapat nombor giliran yang disediakan yang membantu anda untuk memilih meja makan berdasarkan jumlah orang yang akan turut serta menikmati makanan disini bersama anda.


Jadi, tiba masanya untuk Hans mencuba pelbagai jenis makanan yang disediakan disini. Jika anda peminat petai maka Luckin Kopi adalah syurga makanan petai untuk anda dimana banyak menu yang menggunakan petai ditawarkan disini. Apa yang membuatkan Hans lebih gembira kerana bukan semata-mata kerana petai tetapi bagaimana menunya dimasak menggunakan bahan tersebut berjaya menambat hati Hans dengan rasanya yang sangat lazat. Sehingga kini Hans masih teringat rasa hidangan Petai Pasta yang cukup sedap. Nasi lemak sambal sotong petai nya juga menarik untuk dicuba. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan Petai Bun yang sangat lembut dan menyelerakan. Memang berebut-rebut lah Hans dengan kawan-kawan makan menu-menu yang Hans sebutkan ini.

 Petai Pasta

 Sawadee Pasta

 Indo Mee

 Nasi Lemak Sambal Sotong

Ayam

Kafe Luckin Kopi juga tidak terkecuali mempunyai senjata rahsia di dalam menyediakan hidangan berasaskan telur masin yang sedap. Salah satu juadah yang Hans telah rasa ialah Salted Egg Chicken Rice dimana rasa telur masinnya sangat sedap dan sekata. Selain itu, jika anda berkunjung ke Luckin Kopi maka jangan lupa untuk memesan hidangan paling laris dan menjadi kesukaan majoriti pelanggan disini iaitu Cheesy Chicken & Fries yang sesuai dimakan oleh dua orang untuk setiap hidangan. 

Salted Egg Chicken Rice

 Hainanese Chicken Chop 

 Cheesy Chicken & Fries

 Asam Laksa

Chee Cheong Fun

Tidak sah berkunjung ke Luckin Kopi jika anda tidak mencuba hidangan Chee Cheong Fun yang terdapat disini. Walaupun jika dilihat makanan ini kelihatan biasa tetapi percaya lah rasanya sangat sedap seolah-olah anda sedang menikmati hidangan yong tau fu yang cukup hebat. Rasa hidangan Asam Laksa disini juga menarik dimana kuahnya seakan-akan sama rasanya seperti kuah Ah Cheng laksa. Jika anda peminat asam laksa, ini adalah hidangan yang wajib anda cuba. Selain itu, Hans sangat mencadangkan untuk anda memesan menu Rojak yang ada disini kerana rasa kuah rojaknya memang terbaik.

 Petai Bun

 Geng Chow Chicken Bun

Rojak

Kafe Luckin Kopi juga tidak terkecuali untuk mengikut jejak langkah kopitiam-kopitiam lain di dalam menyediakan aneka hidangan roti bakar yang boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Ingin mencicah dengan kari ayam? Dimakan bersama telur separuh masak? Atau pun dengan jem coklat, kaya, kacang dan pelbagai lagi? Semuanya anda boleh peroleh di Luckin Kopi ini.

 Kari Chicken Toast

 Luckin Toast

Egg On Toast Luckin Kopi

Satu lagi perkara wajib yang perlu dilakukan jika anda berkunjung ke Luckin Kopi ini. Kalau sudah nama kafe pun Luckin Kopi maka anda kena lah minum Luckin Kopi Kaw yang sememangnya sangat kaw rasanya. Hans yakin kalau anda peminat minuman kopi mesti anda akan puas hati sebab Luckin Kopi ini mempunyai satu rasa yang seimbang dimana rasa manis, pahit serta kepekatan kopi tersebut adalah sama rata. Serius memang segar anak mata selepas minum Luckin Kopi Kaw disini.

 Luckin Kopi Kaw

Luckin Kopi Kaw Ais


Pada Hans, Luckin Kopi sememangnya merupakan sebuah lokasi tempat makan yang sangat menarik untuk anda menjamu selera kerana rasa hidangan, suasana serta harga makanannya yang sangat menarik dan berpatutan. Jadi, jika anda tidak tahu atau buntu untuk mencari lokasi makanan terbaru yang sedap untuk dicuba pada hari minggu atau hari biasa, apa kata anda berkunjung ke Luckin Kopi yang terletak di Jalan Panggong ini dimana Hans yakin setiap suapan ke mulut anda pasti memberikan satu kenikmatan yang tidak dapat anda bayangkan dengan kata-kata. Selamat menjamu selera di Luckin Kopi!

6 ulasan:

  1. uniknya ada pasta petai! Terkejut orang italy hahaha macam sedap je menu dekat sini. kopi ais diaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sah-sah orang Italy terkejut kalau dapat tahu
      tapi pasta petai tu memang serius sedap gila

      Padam
  2. Menarik semua menu. tapi pasta tambah petai tu entah apa agaknya rasa dia ye..hihi. satu menu menarik untuk dicuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap
      kombinasi dia dengan pasta dan udang tu memang ada citarasa tempatan
      wajib cuba tambah2 kalau minat petai

      Padam
  3. Dorang punya menu walaupun include petai, masih tak nampak petai sebiji-sebiji. Kalau orang tak makan petai, pastu dia termakan ni. Diam diam je tau heheheheh :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha
      rugi kalau tak makan petai
      sedap tu

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com