Peladang Setiu Agro Resort Terengganu : Pengalaman Pelancongan Agro Yang Tidak Akan Dilupakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Lokasi seterusnya yang dituju oleh Hans pada program kali ini ialah Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu yang terletak di Hulu Besut, Terengganu ini menawarkan konsep pelancongan agro dimana selain memberi anda pilihan kediaman bermalam yang sangat cantik, unik dan bersifat tradisional, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan disini dimana ianya sangat menyeronokkan jika dilakukan secara berkumpulan.

PELADANG SETIU AGRO RESORT TERENGGANU

Alamat:
Lot 3912,
Guntong,
22040 Setiu,
Terengganu.

Telefon (Pertanyaan Harga & Tempahan):
+6096902245 
+60199192240

Email:
peladang_agroresort@yahoo.com

 Aktiviti Berkayak
 Menaiki Bot Dengan Menarik Tali
 Aktiviti Water Confidence Dilakukan Di Atas Jambatan
Antara Penginapan Yang Disediakan
Penginapan Pilihan Hans

Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu juga turut sesuai bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil kerana disini juga disediakan taman tema air mini untuk kanak-kanak yang menyediakan gelongsor air, kolam renang serta aneka mainan air yang yang bersesuaian dengan anak-anak kecil. Untuk kunjungan pertama kali ini, Hans berkesempatan melakukan dua aktiviti menarik yang sememangnya Hans cukup gemari iaitu:


1. FLYING FOX

Anda boleh mencuba aktiviti Flying Fox yang disediakan di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu ini. Dari sudut ketinggian pada Hans tiada masalah kerana sebenarnya tidak lah tinggi pun. Tetapi, cukup untuk membuatkan anda menikmati pemandangan keseluruhan kawasan ini daripada atas yang sangat memukau pandangan. 


Jangan risau dari sudut keselamatan kerana taklimat akan diberikan terlebih dahulu dan kelengkapan juga serba-serbi lengkap. Apa yang mencabar tentang aktiviti flying fox disini ialah menaiki tangga untuk naik ke kawasan berlepas. 


Tangga yang direka tersangat curam dan sememangnya dihasilkan hanya untuk naik ke atas. Jika anda sudah sampai ke atas maka sila teruskan untuk menyelesaikan aktiviti ini tanpa perlu berpatah balik ke belakang. Percayalah menuruni tangga ini lebih menakutkan daripada melakukan Flying Fox. Hahaha!


Selain itu, jika anda datang kesini pada waktu hujan maka dinasihatkan untuk berselipar sahaja atau memakai kasut yang bersesuaian sewaktu melakukan aktiviti ini kerana di sekitar kawasan pendaratan anda nanti penuh dengan kawasan lumpur dan basah. Jika anda ingin memakai kasut-kasut yang mahal semata-mata untuk kelihatan bergaya maka boleh buat hajat tersebut jauh-jauh jika anda sayangkan kasut anda dari bertukar warna kepada coklat. 

2. JUNGLE NIGHT WALK

Pada sebelah malamnya, Hans berpeluang melakukan satu aktiviti yang sangat menarik iaitu Jungle Night Walk di Gunung Tebu. Antara pengalaman menarik yang Hans peroleh ialah Hans berpeluang melihat spesis lipan, labah-labah dan katak yang sukar ditemui di tempat lain.


Selain itu, Hans juga berkesempatan menjejak aliran Sungai Mati dimana airnya sebenar mengalir ke kawasan lain yang tidak kelihatan pada laluan mati sungai tersebut. Perjalanan pada malam tersebut juga turut menakjubkan kerana Hans turut mendapat beberapa info menarik tentang hidupan liar yang dijumpai dan masih tinggal di kawasan hutan Gunung Tebu ini seperti beruang madu, babi hutan, harimau, gajah dan pelbagai lagi.


Kerinduan kepada pokok Melunak di Tasik Kenyir kembali terubat apabila Hans turut berpeluang bertemu dengan spesis pokok Melunak tersebut di Gunung Tebu ini. Ini adalah pokok Melunak yang terbesar dan masih hidup subuh di Gunung Tebu ini.


Agak menghiburkan apabila buat pertama kali Hans mendapat pengalaman dinaiki oleh pacat sebanyak tiga kali. Percubaan dua ekor pacat berjaya digagalkan manakala percubaan seekor lagi hanya disedari selepas mandi di tempat penginapan. Lebih menghiburkan melihat rakan-rakan media wanita yang menjerit-jerit sama ada ketakutan atau terasa geli dengan serangan pacat di merata bahagian tubuh terutama di kawasan muka. Hahahaha! 

3. MAKAN NASI DAGANG TERENGGANU

Semestinya hidangan yang disediakan disini sangat sedap dan cukup-cukup menyelerakan. Hans sangat teruja setiap kali tibanya waktu makan dimana selain tempat makannya yang cantik dan menghadap tasik, Hans juga akhirnya berpeluang menikmati hidangan nasi dagang yang merupakan hidangan yang wajib dimakan seandainya anda berkunjung ke negeri Terengganu Darul Iman ini. Serius memang puas hati dengan semua jenis makanan yang disediakan disini.


Kepada sesiapa yang meminati pengalaman percutian berkonsepkan agro pelancongan maka jangan lepaskan peluang untuk bercuti di  Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu yang pastinya akan memberikan ada satu pengalaman indah yang akan kekal di memori anda buat selama-lamanya.

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama