Sabtu, 30 November 2019

Selama Inn @ Rumah Rehat Selama

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Lokasi penginapan Hans sepanjang terlibat pada program kali ini ialah Selama Inn @ Rumah Rehat Selama yang merupakan salah satu lokasi menginap yang Hans sangat syorkan kepada anda. Bukan kerana tiada pilihan lain tetapi tempat penginapan ini menjanjikan anda satu kepuasan yang maksimum terutama dari segi makanan yang dihidangkan oleh SiraRimau Cafe yang beroperasi di dalam tempat ini. Selain itu, ianya juga berdekatan dengan semua tarikan pelancongan yang ada di sekitar Selama, Perak ini.

SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA

Alamat:
Selama Inn @ Rumah Rehat Selama,
Jalan Kolam Air,
34100 Selama,
Perak.

Telefon:
0174991249 / 0134747012



Selama Inn @ Rumah Rehat Selama menawarkan tiga jenis pilihan bilik yang boleh anda pilih bergantung kepada baget serta kesediaan yang anda inginkan iaitu BILIK VIP, CHALET dan BILIK BIASA. Alhamdulillah, Hans berpeluang untuk tinggal di Chalet dimana kemudahan yang disediakan sangat baik dan membuatkan Hans cukup selesa untuk bermalam disini selama dua hari. 

1) CHALET 

Jumlah:
4 unit

Harga:
RM135 (Hari Isnin - Jumaat)
RM150 (Hari Sabtu - Ahad)

Kemudahan Yang Disediakan:
1 katil bersaiz queen
1 katil bersaiz single
1 almari 4 pintu
1 televisyen LCD
1 penghawa dingin
1 pemanas air
1 set kerusi kayu


2) BILIK VIP  
Jumlah:
1 unit

Harga:
RM180 (Hari Isnin - Jumaat)
RM200 (Hari Sabtu - Ahad)

Kemudahan Yang Disediakan:
1 katil bersaiz queen
1 almari 4 pintu
1 almari kecil 2 pintu
1 set sofa
1 televisyen LCD
1 mini peti ais
1 penghawa dingin
1 pemanas air


3) BILIK BIASA  

Jumlah:
18 unit

Harga:
RM90 (Hari Isnin - Jumaat)
RM100 (Hari Sabtu - Ahad)

Kemudahan Yang Disediakan:
1 katil bersaiz queen
1 almari 4 pintu
1 televisyen LCD
1 penghawa dingin
1 set meja solek

P/S : Selama Inn @ Rumah Rehat Selama telah dijenamakan semula dan kemudahan yang disediakan di setiap jenis bilik semakin bertambah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak Selama Inn sendiri untuk mengetahui tentang kemudahan yang disediakan pada setiap bilik.


Jadi, inilah rupa bilik Chalet yang menjadi tempat Hans bermalam di Selama, Perak. Serius memang cantik, bersih dan sangat selesa. Dengan harga yang cukup murah, bilik seperti ini pada Hans sememangnya sangat berbaloi untuk anda dapatkan tidur yang lena dan sempurna. Lebih menarik sebab dekat dengan SiraRimau Cafe yang membuatkan Hans tidak perlu pun berjalan jauh untuk menikmati sarapan pagi atau makan malam disini.


Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke daerah Selama, Perak maka anda tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari tempat penginapan yang cantik dan selesa tetapi dengan harga yang murah. Silalah ambil peluang keemasan ini untuk menginap dan bermalam di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama. Hans pasti anda tidak akan menyesal memilih tempat penginapan ini sepanjang percutian anda di Selama, Perak yang akan membuatkan anda gembira dan selesa sepanjang masa.

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

2 ulasan:

  1. Bilik Biasa pun nampak kemas & menarik. Chalet & Bilik VIP lagi menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      bersih, kemas dan seronok untuk tidur
      kalau ke Selama nanti silalah menginap dan bermalam di sini

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com