Sabtu, 30 November 2019

Tony Roma's Rib Rib Holiday : Anda Boleh Makan Guna Tangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat hidangan kambing sekalian, berita baik buat anda kerana kali ini Hans ingin berkongsi dengan semua kaki makan sekalian tentang menu terbaru Tony Roma's Malaysia pada bulan November dan Disember 2019 ini. Menu baru edisi terhad yang Hans maksudkan ini ialah Tony Roma's Rib Rib Holiday yang semestinya akan membuatkan para pelanggan setia mereka berasa gembira dan semakin kenyang selepas ini daripada kebiasaannya..


Terdapat tujuh menu edisi terhad yang anda boleh cuba di seluruh cawangan Tony Roma's Malaysia sempena Tony Roma's Rib Rib Holiday kali ini yang mana pasti akan membuatkan anda berasa puas dan sangat kekenyangan selepas menikmatinya seperti Hans iaitu:

1) Riblet Party (RM185 nett)

2) Festive Lamb Shoulder (RM185 nett)

3) Grilled Beef Steak (RM85 nett)

4) BBQ Spring Chicken (RM75 nett)

5) Beef Bruschetta (RM35 nett)

6) Tuna Bruschetta (RM35 nett)

7) Potato Chips & Dip (RM25 nett)

Apa yang menariknya sempena Tony Roma's Rib Rib Holiday kali ini ialah anda boleh menikmati semua menu di atas dengan menggunakan tangan serta jari-jemari anda yang gebu halus itu dimana sarung tangan plastik ada disediakan untuk kegunaan anda. Biasalah pasti ramai yang ingin mengelakkan tangan masing-masing daripada comot sewaktu menikmati pelbagai makanan seperti di atas dan inisiatif Tony Roma's Malaysia dalam memperkenalkan cara makan sebegini sangat lah dialu-alukan.


Seperti Hans sendiri, kalau sebelum ini makan dengan garfu dan pisau memang membuatkan Hans ala-ala lelaki melayu terakhir masa dekat meja makan sebab takut daging tiba-tiba hidup dan terlompat ke meja sebelah pula. Jadi, apabila berpeluang menikmati hidangan di Tony Roma's Malaysia menggunakan tangan tiba-tiba rasa semakin puas dan semakin cepat pula makanan lesap atas meja. Bukan lesap dicuri tetapi lesap di dalam perut. Hahaha!



Jadi, kepada peminat Tony Roma's sekalian serta kepada para pencinta makanan yang sukakan daging kambing, jangan lupa untuk berkunjung ke cawangan Tony Roma's berdekatan anda dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan sempena Tony Roma's Rib Rib Holiday ini. Hans jamin setiap suapan akan memberikan kegembiraan buat anda apabila menjamu selera di Tony Roma's. Untuk maklumat lanjut tentang menu terbaru yang ditawarkan sempena Tony Roma's Rib Rib Holiday ini, anda boleh layari laman web Tony Roma's Malaysia sekarang.


2 ulasan:

  1. Mantaplah menu-menunya bro.. ngam jugalah makan dengan tangan.. lagi puas 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      seronok makan dengan tangan
      macam makan dekat rumah
      rasa selesa jer
      hehehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com