Isnin, 4 November 2019

Tony Roma's Ribs Expert Seminar

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke Tony Roma's Ribs Expert Seminar yang berlangsung di Tony Roma's cawangan Setia City Mall. Perjalanan yang agak jauh ke sana sememangnya sangat berbaloi kerana Hans memperoleh banyak info serta maklumat yang cukup menarik berkaitan dengan stik dan rusuk (steak and ribs).


Menariknya ialah Tony Roma's Ribs Expert Seminar ini telah berjaya dianjurkan buat kali pertama dalam sejarah steakhouse di Malaysia dan ianya adalah percuma. Jadi, pasti ramai yang nak tahu apakah yang Hans peroleh daripada seminar ini selain daripada berpeluang menikmati sampel stik secara percuma?


Pertama, Hans ingin kongsikan dengan anda semua tentang tulang rusuk atau ribeye dimana ianya diambil daripada bahagian rusuk daging lembu. Ia kemudiannya akan dipotong daripada bahagian tulang rusuk utama yang biasanya merangkumi 6 hingga 12 bahagian. Antara bahagian-bahagian yang selalu digunakan untuk stik ialah bahagian Chuck dan Rib.


Jika anda peminat hidangan Ribeye Steak atau pernah menikmati stik daging, pasti anda akan ditanya oleh pelayan tentang tahap daging yang anda inginkan untuk menjamah hidangan tersebut. Terdapat 5 tahap keadaan daging yang ditawarkan iaitu:

1) Rare
2) Medium Rare
3) Medium
4) Medium Well
5) Well Done


Paling menarik, Hans juga turut ditunjukkan cara bagaimana untuk mengetahui keadaan struktur daging untuk setiap bahagian hanya dengan menggunakan jari serta tapak tangan. Memang menakjubkan! 


Selain itu, Hans juga turut mengetahui info menarik berkaitan dengan Ribeye Doneness dimana ia membantu Hans untuk mengenali lebih mendalam tentang tekstur, waktu memanggang, laras suhu yang digunakan serta warna pada bahagian luar serta dalam daging untuk setiap 5 tahap daging yang Hans sebutkan di atas tadi.


Kemudian, tibalah waktunya untuk Hans mencuba sendiri kelima-lima jenis daging yang dimasak di dalam 5 tahap yang berbeza. Namun, Hans hanya mampu mencuba tiga tahap sahaja iaitu Well Done, Medium Well dan Medium. Untuk Rare dan Medium Rare memang Hans tak mampu nak telan sebab terasa geli melihat keadaan daging tersebut. Hahaha! Tetapi, ramai sahaja yang lain suka dan dapat menikmatinya tanpa ada sebarang masalah. Bergantung kepada citarasa masing-masing.


Bagi Hans, ada 2 tahap daging yang Hans suka makan iaitu medium well dan well done. Hans juga agak terkejut apabila dimaklumkan penyediaan stik daging yang paling susah disediakan sebenarnya adalah pada tahap well done dimana sebelum ini Hans sangkakan penyediaan stik daging well done adalah yang paling mudah untuk disediakan. 


Ini disebabkan kesukaran untuk memastikan keadaan isi daging tidak menjadi kering disebabkan terlebih masa memasak untuk penyediaan stik daging well done. Memang banyak ilmu baru yang Hans belajar sewaktu berada di Tony Roma's Ribs Expert Seminar ini.


Selain itu juga, pihak Tony Roma's turut memperkenalkan aplikasi Bite & Bites untuk telefon pintar anda dan menawarkan banyak ganjaran menarik yang pastinya memberikan keuntungan buat andaUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan aplikasi Bite & Bites ini, anda boleh layari laman web Tony Roma's Malaysia


2 ulasan:

  1. sedapnya... tony romas punya steak dan ribs mmg best

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com