Isnin, 18 November 2019

Weekend Dim Sum Brunch Di Mandarin Palace The Federal Kuala Lumpur Hotel

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di Mandarin Palace yang terletak di The Federal Kuala Lumpur Hotel dimana Hans mengambil peluang untuk mencuba pakej Weekend Dim Sum Brunch yang menawarkan pelbagai sajian Cina yang cukup menyelerakan. 


Untuk pengetahuan semua, The Federal Kuala Lumpur Hotel ini merupakan Hotel Antarabangsa Berstatus 5 Bintang pertama yang dibina di Malaysia iaitu pada 28 Ogos 1957 sempena sambutan Hari Kemerdekaan. 


Sejak itu, hotel ini mula mendapat tempat dan dikenali seluruh dunia dimana ianya juga menjadi pilihan oleh produksi antarabangsa serta tempatan untuk menjalankan penggambaran filem, drama serta muzik video di kawasan hotel ini.


Hans yang pertama kali menjejakkan kaki ke dalam The Federal Kuala Lumpur Hotel juga berasa teruja sewaktu melihat dekorasi serta hiasan dalaman Mandarin Palace yang sememangnya melambangkan tradisi masyarakat Cina melalui ukiran bermotifkan naga serta warnanya yang merah keemasan.

WEEKEND DIM SUM BRUNCH
MANDARIN PALACE

Alamat:
35, Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang
55150 Kuala Lumpur.

Hari:
Sabtu & Ahad

Waktu:
10.30 A.M - 2.30 P.M

Harga:
RM58 (Dewasa)
RM38 (Warga Emas)
RM28 (Kanak-Kanak)

Telefon (Tempahan):
+60321489166

Email
fnb@federal.com.my

Laman Sesawang:
www.fhihotels.com

Facebook:
TheFederalKL

Instagram:


Antara hidangan istimewa yang wajib anda cuba sempena Weekend Dim Sum Brunch ini ialah hidangan dim sum yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis dim sum yang disediakan sendiri oleh barisan chef berpengalaman disini. Hans sendiri telah membuat rekod peribadi apabila mencuba kesemua dimsum yang ada disini dimana hampir 99 peratus dimsum ini kena dengan citarasa Hans. Boleh dimakan kosong atau dicicah dengan tiga jenis pilihan sos yang disediakan, Hans yakin ini adalah syurga untuk peminat dim sum seperti Hans.

FRIED MUSSEL WITH DRIED CHILI
STEAMED CHICKEN WITH GINGER PASTE
SWEET & SOUR VEGETARIAN DUMPLING
MA PO TAU FU
BRAISED FISH FILLET WITH MIXED MUSHROOM
BRINJAL CHILI LADYS FINGER

Selain itu, Weekend Dim Sum Brunch juga menawarkan hidangan utama yang cukup lazat. Hans sendiri jarang berpeluang untuk menikmati sajian masyarakat Cina. Maka Hans melihat ini adalah satu peluang buat Hans untuk bukan sahaja untuk mencuba tetapi juga untuk lebih mengenali makanan-makanan mereka yang mempunyai banyak sayuran serta gemar menggunakan halia dan bawang putih sebagai salah satu bahan masakan utama mereka. Lebih menarik rasa setiap hidangan ini juga sedap.

PUMPKIN PORRIDGE

Sangat rugi jika anda mencuba pakej Weekend Dim Sum Brunch tanpa menikmati bubur labunya yang sangat sedap. Pastikan anda menggabungkannya dengan telur masin untuk membuatkan rasanya lebih naik dan bertambah enak. Sangat sedap dimakan panas-panas dan Hans sangat mengesyorkan hidangan ini sebagai hidangan wajib yang perlu dicuba oleh anda disini.

RADISH CAKE WITH BEAN SPOUT

Sudah lama tidak menikmati sajian lobak putih yang dimasak sebegini. Menariknya ialah jika anda tidak mengenali hidangan ini maka anda pasti tidak akan menyangka bahawa anda sedang menikmati hidangan lobak putih serta taugeh yang cukup rangup dan menyelerakan. Dimasak dihadapan anda secara panas-panas, maka ini juga adalah satu menu yang tidak rugi untuk anda cuba makan disini.

LAMB KUT TEH

Mengikut info daripada chef yang terlibat, rasa hidangan ini adalah sama seperti mana Bah Kut Teh. Tetapi, memandangkan pelanggan Muslim tidak boleh menikmati Bah Kut Teh maka ianya ditukarkan dengan daging kambing. Maka, terhasil lah menu Lamb Kut Teh ini. Jadi, Hans mencuba menu ini dan rasanya unik dan agak sedap. Cuma rasa kambingnya sedikit kuat. Maka Hans yakin jika anda peminat daging kambing maka ini adalah menu kesukaan anda.

SHRIMP DUMPLING

Ya Allah! Menu Shrimp Dumpling ini adalah antara menu yang cukup menyelerakan. Anda perlu memesannya dengan Chef dan mereka akan menyediakan panas-panas untuk anda nikmati. Bukan sahaja lembut tetapi isi udangnya sangat segar. Memang tidak cukup kalau sebekas. Jadi, kalau rasa tak cukup maka sila pesan lagi kepada chef yang bertugas. Hahahaha!

STEAMED CHICKEN FEET
CHEE CHEONG FUN
CHICKEN WITH HERB
VEGETARIAN CORNER
CHINESE COLD CUT
ANEKA BUN
ANEKA KUIH-MUIH
ANEKA PASTRI
ASSORTED MINI FRENCH PASTRIES
SWEETENED LOTUS SEED WITH LONGAN & SNOW FUNGUS

Jangan lupa untuk mencuba SWEETENED LOTUS SEED WITH LONGAN & SNOW FUNGUS ini kerana ini merupakan antara minuman yang cukup menyihatkan dan mempunyai kolagen yang baik untuk wajah. Selain itu, rasanya yang sedap sememangnya membuatkan Hans jatuh hati dengan minuman ini.

HOT CHOCOLATE

Salah satu lagi faktor istimewa yang ada pada pakej Weekend Dim Sum Brunch ini ialah minuman panas seperti aneka kopi serta coklat yang boleh disiapkan menggunakan mesin khas yang disediakan di sebalik satu sudut. Memandangkan Hans meminati minuman coklat maka Hans sangat menyukai hasil minuman daripada mesin tersebut. Tidak perlu menambah gula kerana ia sudah manis dan sangat sedap. Jika anda peminat kopi, terdapat pelbagai jenis kopi yang turut boleh disediakan menggunakan mesin tersebut. Memang padu gila weh!


Selain itu, Hans juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang usaha Federal Hotels Kuala Lumpur yang menjalankan program Festive Charity Campaign bermula pada 14 November 2019 sehingga 1 Januari 2020 dengan menjual patung panda edisi terhad dimana hasil jualan akan diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. Anda boleh menyumbang dengan membeli Federal Panda atau Capitol Panda yang masing-masing berharga RM30 atau membeli FHI Panda Edisi Terhad yang berharga RM50.


Jadi, buat anda yang menggemari hidangan dim sum seperti Hans atau ingin mengubah selera dengan mencuba hidangan-hidangan Cina yang menyelerakan, maka silalah berkunjung ke Mandarin Palace yang terletak di The Federal Kuala Lumpur Hotel ini untuk mencuba sendiri pakej Weekend Dim Sum Brunch yang berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Hans yakin anda pasti akan berpuas hati dengan setiap jenis sajian yang disediakan sewaktu kunjungan anda nantiSelamat menjamu selera!

8 ulasan:

  1. alamakk kenapa menu dia semua sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      itulah pasal
      semua sedap-sedap
      mangsanya perut yang kekenyangam

      Padam
  2. sedapnya semua dimsum dan hidangan yang ada... semuanya memang nampak mengiurkan
    berpadanan harga dengan segala hidangan yang ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kalau cuba memang tak menyesal
      harga murah jer tapi makanan memang tiptop

      Padam
  3. asal masuk blog hans je kompem lapa even da makan pon....tak aci betoi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha
      kena banyak baca doa makan tu
      biar kenyang lama sikit

      Padam
  4. menariknya ada bermacam jenis dimsum..pemanis mulut pun nampak sedap sedap. teringin pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      cuba lah makan dekat sini sebab berbaloi sangat dengan harga tu

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com