Kota Persembunyian Raja Bersiong Di Selama Perak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat Kota Persembunyian Raja Bersiung yang terletak di Kampung Kota Raja Bersiong, Ijok, Selama, Perak. Kawasan ini merupakan rentetan daripada kisah mitos lagenda kezaliman seorang raja yang meminum darah manusia iaitu Raja Bersiong yang merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Raja Bersiong telah melarikan diri dari istananya di Lembah Bujang, Kedah ketika cuba mengelak daripada dikepung oleh Menteri dan rakyat yang membencinya kerana tabiatnya yang gemar makan bayam dengan kuah darah manusia.


Ketika melarikan diri, Raja Bersiong telah singgah di Perak dan membina tempat berlindung yang mana kawasan itu kini dikenali sebagai Kota Raja Bersiong. Menurut penduduk tempatan, dahulunya terdapat pinggan mangkuk, meja, kerusi serta pelbagai lagi perabot lama hasil tinggalan raja tersebut di kawasan ini. Namun, ia sudah tertanam di dalam gua akibat dimamah usia seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas.


Cuma Hans merasakan kawasan Kota Persembunyian Raja Bersiong ini seharusnya dibaik pulih, dibersihkan dan dibangunkan sebagai salah sebuah tarikan pelancongan yang bersifat sejarah dimana ia mampu menarik ramai pelancong bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga luar negara untuk mengenali dan mengetahui lebih lanjut tentang kisah Raja Bersiong ini. Secara tidak langsung ia akan menambah sumber ekonomi penduduk dan mengangkat daerah Selama sebagai salah sebuah kawasan yang mempunyai tarikan tersendiri dari sudut pelancongan sejarah. Siapa lagi hendak mengangkat kisah sejarah tempatan kalau tidak masyarakatnya sendiri yang berbuat demikian. 


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Kota Persembunyian Raja Bersiong atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk melihat sendiri kawasan sejarah Kota Persembunyian Raja Bersiong yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di Selama, Perak ini maka silalah berkunjung ke sini nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama