Isnin, 9 Disember 2019

Marrybrown: Makan Dan Menang KAW KAW

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini yang hendak makan sambil menang hadiah-hadiah yang menarik dan lumayan? Hans yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang teringin nak menang hadiah hanya dengan melakukan aktiviti makan sahaja kan? Jadi, apa kata anda ikut jejak Hans dengan menjamu selera di Marrybrown kerana anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM380,000. Bukan susah pun? Hanya makan di Marrybrown sahaja.


Kenapa tiba-tiba Marrybrown nak bagi hadiah mahal-mahal ini? Untuk pengetahuan anda, Marrybrown telah mengadakan satu peraduan mudah bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka yang ke-38. Peraduan yang diberi nama Makan Dan Menang Kaw Kaw ini akan bermula pada 29 November 2019 dan akan berakhir pada 12 Januari 2020. Untuk menang hadiah-hadiah ini mudah dimana anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 sahaja untuk melayakkan anda menerima satu kad peraduan untuk menyertai pertandingan ini.


Alang-alang berkunjung ke Marrybrown dengan rakan-rakan maka Hans ambil peluang untuk membeli pelbagai menu yang disediakan di Marrybrown dengan mereka. Rasa bertuah sangat sebab dapat beli pelbagai menu disini dan dapat kad peraduan yang banyak dimana peluang untuk Hans menang peraduan Makan Dan Menang KAW KAW ini makin besar lah nampaknya. Hahaha! Hans mencuba beberapa menu disini seperti ayam goreng, Durian Bites, cheesy wedges serta aiskrim pisang. Rakan-rakan pula nampaknya sangat suka dengan bubur ayam yang terdapat di Marrybrown. Memang Hans dan rakan-rakan lain macam tengah buat potluck di Marrybrown tempoh hari. 


Hans sebenarnya sangat tertarik dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan sempena peraduan Makan Dan Menang KAW KAW anjuran Marrybrown ini. Antara hadiah-hadiahnya adalah:

Hadiah Utama:
Kereta SUV Proton X70 x 1 pemenang 

Hadiah Mingguan (Selama 6 minggu):
Wang Tunai RM 10,000 x 1 pemenang 
Wang Tunai RM 500 x 20 pemenang
Baucar Marrybrown RM 50 x 200 pemenang
TV LG 65" UM Series x 1 pemenang
GoPro Hero 8 x 2 pemenang
Vivo V17 Pro x 2 pemenang
Sony Earphone WF-1000xm3 x 3 pemenang


Memandangkan Hans telah berbelanja lebih daripada RM25 maka Hans telah layak menerima kad peraduan yang melayakkan Hans untuk menyertai peraduan Makan Dan Menang KAW KAW anjuran Marrybrown ini. Hans berharap kalau tak menang kereta pun sekurang-kurangnya menang lah hadiah wang tunai RM10,000 tu. Hahaha! Jadi, cara-cara untuk anda menyertai Peraduan Makan dan Menang Kaw Kaw ini tersangat lah mudah. Anda hanya perlu:


1. Buat pembelian paling minimum RM25 di mana-mana cawangan Marrybrown (pastikan anda menyimpan resit pembelian).
2. Dapatkan kad peraduan dengan kod unik di kaunter pembayaran.
3. Daftar serta masukkan kod unik anda di laman web: https://marrybrown.com/contest/
4. Hantarkan penyertaan anda.
5. Berdoa dan bertawakal selepas itu agar anda terpilih memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #SomethingDifferent #KAWKAWMenang

8 ulasan:

  1. menarik tengok ayam goreng tuh... kene try jugak jengah ke MB nih, mana tau ada rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      itulah
      mana tau menang kereta ker
      best tu

      Padam
  2. Bestnyaaa

    Lama giler dah rasanya x makan MB haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nampaknya kena pergi makan lah tu sebab dah lama tak makan kan?

      Padam
  3. Lepas ni lunch, dinner eh breakfast pun semua makan marrybrown je... Nak menang!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaa
      jenuh lah setiap waktu makan
      tetapi, confirm harapan nak menang makin besar

      Padam
  4. Esok gak nak pi Marry Brown hihi.... mana tau ada rezeki menang ye Han

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com