Ahad, 22 Disember 2019

Rinching Terrace Wedding : Jom Kahwin Sekarang Di Lokasi Perkahwinan Paling Menakjubkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir ke sebuah Taman Perkahwinan Baru yang sangan ekslusif, selesa dan tersendiri yang membuatkan Hans rasa macam nak kahwin dekat situ pada waktu itu juga. Hahahaha! Lokasi yang Hans maksudkan ini ialah Rinching Terrace Wedding.


Untuk makluman para pembaca sekalian, Rinching Terrace Wedding ini terletak di lokasi yang begitu strategik iatu di antara Bangi dan Kajang. Lebih menarik ialah lokasi ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan untuk memastikan ianya lebih mudah dan dekat untuk dikunjungi. Jika anda dari Bangi Golf Resort, anda hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk tiba disini dengan memandu kereta anda.


Hans sebenarnya agak kagum apabila mengetahui bahawa kawasan asal Rinching Terrace Wedding ini ialah hutan terbiar sebelum mula dibangunkan dan mengalami transformasi yang cukup menarik bermula sejak tahun 2018 yang lepas. Jika anda datang kesini, anda pasti akan melihat kawasan ini berubah menjadi sebuah taman subur yang menghijau dan tampak sangat eksklusif, selesa dan tersendiri. Tetapi, walaupun kawasan ini nampak sangat luas dan terdapat banyak sudut-sudut menarik, ia masih belum dibangunkan sepenuh kerana setahun Hans masih terdapat banyak lagi kawasan di sekitar ini yang akan dibangunkan dengan pelbagai lagi kemudahan serta bangunan lain pada masa akan datang.


Selain itu, Hans juga cukup menyukai keunikan pokok-pokok yang ditanam disini dimana ada yang telah berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'tree man'. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. Kalau tengok gambar di atas, nampak kan wajah batang pokok tu macam muka orang. Hehehe!


Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace Wedding merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang boleh memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Kawasan ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, bilik persiapan pengantin dan pelbagai lagi yang terletak di bahagian bawah bangunan utamanya. Jadi, bagi Hans memang segala-galanya mudah seandainya anda mengadakan majlis perkahwinan di sini. Terdapat 3 lokasi utama yang disediakan di Rinching Terrace Wedding yang anda boleh pilih untuk mengadakan majlis perkahwinan iaitu:

1) RINCHING TERRACE GLASS HOUSE

Lokasi ini merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman. Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana anda menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang panas dan hujan kerana semuanya adalah dinding kaca.


Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.


Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Itu yang membuatkan Hans rasa lokasi ini sangat hebat dan memukau.


Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam. Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini. Senang cakap memang semua kerja mudah sebab segala-galanya sudah tersedia. Datang bawa diri sahaja sebenarnya. Terbaik kan?


2) KHEMAH AGAM (MARQUEE TENT)

Khemah Agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Sememangnya khemah dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan sehingga 400 tetamu dalam satu masa. Selalunya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikinati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika anda yang ingin melangsungkan perkahwinan di Riching Terrace Wedding ini untuk memasang pelamin dan bersanding di kawasan Khemah Agam ini kerana sebarang pengubahsuaian pakej boleh dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah, anda juga boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.


3) TAMAN TERBUKA (GARDEN)

Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, Taman Terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau yang damai lagi mengasyikkan. Hans memang suka dengan tema Taman Terbuka yang ditawarkan di Rinching Terrace Wedding ini terutamanya apabila menyaksikan video perkahwinan yang diadakan di kawasan ini. Sangat cantik dan ekslusif.


Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Hans diberitahu kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan di lokasi Taman Terbuka ini, anda boleh mengadakan majlis di sini tanpa mengira waktu. Maksudnya, nak buat waktu siang boleh. Nak buat waktu malam pun boleh. Bagi Hans pula, waktu malam sebenarnya adalah lebih ideal kerana kecantikan lampu-lampu serta keindahan alam semula jadi disini memang sangat menakjubkan.


EKSLUSIF UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA

Satu perkara lagi yang menarik perhatian Hans ialah jika anda mengadakan majlis perkahwinan disini, ianya menjadi sebuah majlis yang cukup esklusif dan privasi kerana ruang majlis ini hanya untuk anda sahaja. Anda tidak perlu risau lagi kerana tidak perlu berkongsi dengan pihak lain yang ingin mengadakan majlis perkahwinan juga kerana hanya ada satu majlis pada satu masaja sahaja. Selain itu, aspek keselesaan serta keselamatan juga tidak menjadi masalah kerana yang hadir hanyalah keluarga, saudara mara serta tetamu anda sahaja.


Hans tahu pasti ramai yang ingin sangat tahu tentang bagaimana pula dengan kawasan parkir kereta kan? Ya Allah! Ruang parking dia sangat luas dan bertar tahu. Jadi, tak perlu risau kasut kotor kena lumpur ke lecak ker sebab mesti selamat. Kepada tetamu wanita yang nak bergaya sakan di majlis perkahwinan dengan memakai kasut bertumit tinggi pun tidak perlu risau kerana permukaan jalannya yang rata. Buat ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda juga tidak perlu resah kerana kawasan jalan disini mesra kepada semua.


TAWARAN PAKEJ LENGKAP DAN MENARIK

Rinching Terrace Wedding juga merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu risau, pening kepada mahu pun bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk anda. Macam Hans cakap tadi, anda datang bawa badan sahaja. Hahaha!


Ranching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan mereka iaitu:

1) Pakej Silver : Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.

2) Pakej Gold : Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu. 

3) Pakej Platinum : Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.


Sempena dengan majlis pra pelancaran, Rinching Terrace Wedding telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika anda membuat tempahan sekarang. Rinching Terrace juga telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.


Anda bukan sahaja tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang lokasi perkahwinan yang ekslusif, tetapi Rinching Terrace Wedding juga memudahkan anda dari segala sudut. Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis anda berjalan dengan lancar, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (iniezipro) dan SASES (sases.official).


Ketiga-tiga rakan rasmi ekslusif Rinching Terrace Wedding ini telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis yang terbaik. Selain itu, mereka juga mempunyai pengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang kerana hari istimewa anda akan diuruskan oleh mereka yang professional sahaja.


Paling Hans nanti-nantikan ialah menu hidangan majlis perkahwinan yang disediakan dan ditawarkan oleh Afkar Katering. Ya Allah! Hans cukup suka dengan rasa nasi daging yang disediakan oleh mereka. Makan pula dengan air asam tomato. Memang dua kali lah jawabnya Hans menambah. Menu-menu lain pun sedap-sedap belaka. Senang cakap memang tidak perlu risau lagi bab makanan sebab pasti tetamu-tetamu yang hadir pulang ke rumah dengan rasa yang gembira sebab kekenyangan menjamah makanan yang enak-enak. Kepada yang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2020 nanti, apa kata anda memilih Rinching Terrace Wedding ini. Hans pasti anda dan pasangan serta keluarga kedua-dua belah pihak akan gembira dengan hasil yang diberikan oleh Pihak Rinching Terrace Wedding & Events ini nanti.


Alamat:
Riching Terrace Riching Hilir,
43500 Kajang, 
Selangor.

Telefon:
 0193908527

Email:
 rinchingterrace@gmail.com

Instagram:


Waze: 
Rinching Terrace Wedding & Events

**Rinching Terrace Wedding (Rinching Terrace) juga turut menyediakan lokasi untuk sebarang acara lain seperti majlis korporat dan sebagainya.

#rinchingterrace  #rtwedding  #rtglasshouse  #rtgardenwedding


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com