Rabu, 29 Januari 2020

Melihat Orang Utan Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Rabu, Januari 29, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 22 hingga 24 November 2019 yang lepas, Hans telah berkesempatan menyertai satu program menarik anjuran Tourism Malaysia Sentral dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Sarawak Tourism Board dengan melawat daerah Kuching, Sarawak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Sarawak ini sememangnya menawarkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang cukup menakjubkan. Tambahan pula ini adalah kunjungan kali pertama Hans ke negeri Sarawak. Jadi, sememangnya Hans betul-betul teruja untuk mengetahui apakah lokasi pelancongan menarik yang menanti Hans di sekitar Kuching ini.


Jadi, lokasi tarikan pelancongan seterusnya yang ditawarkan di Kuching yang Hans telah lawati pada hari kedua pula ialah Pusat Hidupan Liar Semenggoh atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Semenggoh Wildlife Centre dimana jangka masa perjalanan daripada bandaraya Kuching ke sini mengambil masa lebih kurang 30 minit. 


Untuk pengetahuan semua, Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini sebenarnya telah pun dibina sejak tahun 1920 lagi tetapi tujuan asal pembinaannya bukan lah untuk melindungi spesis orang utan seperti fungsinya pada masa kini. Sebaliknya, kawasan ini merupakan tempat untuk merawat lebih daripada 1000 ekor spesis haiwan liar. Tetapi, apabila usaha melindungi dan pembiakan orang utan dilihat berjaya dilakukan di sini maka ianya mula dijadikan kawasan perlindungan khas buat Orang Utan yang tinggal di Semenggoh ini.


Selain itu, Hans juga mendapat maklumat bahawa kawasan hutan ini merupakan simbolik terhadap usaha kerajaan menerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk memelihara flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan Sarawak. Sehingga kini terdapat 28 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang hidup bebas disini. Lebih menarik terdapat juga haiwan-haiwan liar lain serta tumbuh-tumbuhan hutan yang anda boleh lihat di kawasan ini juga.


Apa yang lebih menarik tentang orang utan yang tinggal di kawasan Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini ialah mereka mempunyai nama masing-masing seperti Ritchie, Edwin, Annuar, Minah, Ruby, Selina dan macam-macam lagi. Setiap orang utan ini juga mengetahui apa nama panggilan mereka. Jadi, tidak hairan apabila ada pekerja disini yang memanggil nama orang utan untuk sesi memberi makan dimana muncul lah orang utan dengan nama yang disebut tersebut. 


Dalam perjalanan menuju ke kawasan berkumpul, Hans berpeluang melihat pokok Keruing Utap yang cukup tinggi di sepanjang laluan hutan ini. Istimewanya tentang pokok ini ialah daun-daunnya yang berwarna merah yang menjadikan pemandangan hutan yang menghijau ini kelihatan lebih menarik dan mengagumkan. 


Selain daripada Hans dapat belajar lebih banyak tentang orang utan melalui pelbagai info menarik yang dikongsikan disini, Hans juga sangat gembira dengan harga bayaran untuk tiket masuk kerana harganya yang cukup murah iaitu:

Dewasa:
RM5

Warga Emas / OKU:
RM3

Kanak-Kanak:
RM2

Kanak-Kanak 6 Tahun Ke Bawah:
Percuma


Jadi, antara aktiviti utama yang dinanti-nantikan oleh pengunjung ialah sesi memberi makan kepada orang utan. Tetapi, bukan pengunjung yang memberi makanan sebaliknya pekerja-pekerja yang bertugas disini dimana orang utan sudah mengenali dan selesa dengan mereka. Antara makanan yang diberi kepada orang utan ialah buah-buahan seperti pisang, betik, oren, nenas dan kelapa. Selain itu, orang utan juga sangat menggemari tebu dan ubi keledek. Orang utan juga turut diberi susu serta telur ayam untuk menggantikan diet orang utan yang menyukai telur burung liar. Terdapat dua sesi di dalam sehari untuk melihat orang utan makan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini iaitu pada:

Sesi Pertama:
9.00 A.M - 10.00 A.M

Sesi Kedua:
3.00 P.M - 4.00 P.M


Seperti biasa sebelum sesi memasuki denai dan melihat orang utan makan dimulakan, terdapat taklimat keselamatan diberikan kepada semua pengunjung yang terlibat. Antara yang perlu dititikberatkan oleh para pengunjung ialah mengelakkan daripada membuat bising sepanjang perjalanan menuju ke tempat orang utan makan dan sewaktu orang utan sedang menikmati sajian mereka. Elakkan daripada bercakap kuat, ketawa, menjerit serta berjalan dalam keadaan yang perlahan untuk mengelakkan bunyi kasut anda. Ini disebabkan orang utan sangat peka kepada bunyi-bunyian dan jika terlampau bising maka orang utan akan berasa terancam dan tidak akan datang untuk makan.


Selain itu, kepada para jurugambar atau mereka yang membawa kamera sememangnya dilarang sama sekali menggunakan Flash sewaktu mengambil gambar. Ini adalah untuk mengelakkan orang utan daripada ketakutan atau berubah sikap. Selain itu, para pengunjung juga dilarang sama sekali membawa makanan sendiri untuk diberikan kepada orang utan kerana orang utan ini sejenis haiwan yang sukar dijangka. Lebih penting orang utan ini tersangat besar saiznya wahai pembaca sekalian. Jangan main-main dengan orang utan. Sekali dia lempang maka ke dalam kubur lah jawabnya nasib manusia yang dilempang tersebut. Hahaha!


Selepas selesai taklimat keselamatan, maka bermulalah perjalanan Hans dan para pengunjung yang lain melalui kawasan denai menuju ke tempat orang utan diberi makan. Kawasan laluan hutan ini sangat mudah dilalui dimana anda tidak perlu risau untuk melaluinya kerana laluannya rata. Waktu perjalanan pun sangat pendek iaitu sekitar 10 minit sahaja. Untuk maklumat semua, para pengunjung perlu keluar daripada kawasan denai ini sebelum pukul 4.00 petang.
Memang ramai betul pelancong yang datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini semata-mata untuk menyaksikan sendiri kelibat orang utan menjamah makanan yang diberi. Tetapi, harus diingat bahawa ada ketikanya jika anda tidak bernasib baik maka anda tidak dapat melihat orang utan makan. Hal ini selalu terjadi apabila pengunjung yang datang tidak mematuhi peraturan seperti membuat bising misalnya. Alhamdulillah! Hans bertuah kerana berpeluang menyaksikan sendiri kelibat orang utan di hadapan mata.


Berpeluang melihat orang utan jantan ketiga terbesar yang terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini serta orang utan betina bersama anaknya menikmati buah-buahan serta memecahkan kelapa adalah satu pengalaman menarik yang tidak akan Hans lupakan. Serius memang kita tahu orang utan ini sejenis mamalia yang bersaiz besar. Tetapi, apabila tengok sendiri depan mata memang besar betul orang utan ini. Untuk lawatan Hans kali ini, memang Hans dapat lihat orang utan di tempat yang sepatutnya. Namun, jika anda lebih bernasib baik maka berkemungkinan besar anda dapat melihat orang utan ini dengan lebih dekat di kawasan pengunjung berdiri seperti gambar Hans di bawah.


Jadi, ini adalah pengalaman Hans sepanjang melihat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terletak di Kuching, Sarawak. Kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuching maka sudi-sudikan lah diri anda untuk datang menjejakkan kaki di Pusat Hidupan Liar Semenggoh atau terkenal di kalangan pengunjung luar negara dengan nama Semenggoh Wildlife Centre ini. Jangan lepaskan peluang kerana memang banyak perkara menarik yang ditawarkan di sini. Jom ke Kuching, Sarawak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Lawatan Di Kuching, Sawarak Boleh Dilihat Pada Pautan Artikel Ini : 

Restoran Budaya Sarawak : Nikmati Hidangan Tradisional Masyarakat Sarawak

Rabu, Januari 29, 2020 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 22 hingga 24 November 2019 yang lepas, Hans telah berkesempatan menyertai satu program menarik anjuran Tourism Malaysia Sentral dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Sarawak Tourism Board dengan melawat daerah Kuching, Sarawak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Sarawak ini sememangnya menawarkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang cukup menakjubkan. Tambahan pula ini adalah kunjungan kali pertama Hans ke negeri Sarawak. Jadi, sememangnya Hans betul-betul teruja untuk mengetahui apakah lokasi pelancongan menarik yang menanti Hans di sekitar Kuching ini.


Jadi, selepas penat berjalan di Rumah Panjang Annah Rais yang sememangnya panjang maka tibalah waktunya untuk menikmati hidangan tengahari. Jadi, Hans dibawa semula ke kawasan Waterfront Sarawak untuk mencuba hidangan tengahari yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak.

RESTORAN BUDAYA SARAWAK

Alamat:
No.52,
Jalan Main Baazar,
93700 Kuching,
Sarawak.

Hari Operasi:
Isnin - Ahad

Waktu Operasi:
3.00 P.M - 11.00 P.M

Instagram:

 Ruang Makan Di Dalam Restoran Budaya Sarawak
 Ruang Makan Di Atas Restoran Budaya Sarawak
 Sudut-Sudut Yang Memaparkan Info Sejarah Negeri Sarawak
Antara Hiasan Yang Terdapat Di Dalam Restoran Budaya Sarawak

Jadi, apakah menu tengahari pilihan Hans di Restoran Budaya Sarawak ini? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis menu tidak kira menu tempatan mahu pun menu barat disediakan di sini. Tetapi, kalau dah namanya datang melancong ke Sarawak mestilah Hans nak makan hidangan-hidangan tempatan. Jadi, menu pilihan yang Hans cuba di sini ialah Sarawak Local Combo yang mengandungi pelbagai hidangan masyarakat Sarawak seperti nasi bario, umai, daging masak lada hitam, sayur midin, sup terung asam dan manuk pansuh(ayam buluh). Dihidangkan dengan persembahan makanan yang cukup unik dimana setiap penu ini diisi di dalam bekas buluh, tempurung kelapa dan juga bekas anyaman yang cantik dan bersih. Memang makin berseleralah Hans dibuatnya.

NASI BARIO
UMAI IKAN
DAGING MASAK LADA HITAM
SAYUR MIDIN
SUP TELUR ASAM
MANUK PANSUH (AYAM BULUH)

Set Sarawak Local Combo ini berharga RM35 dimana Hans merasakan ianya sangat berbaloi kerana Hans dapat menikmati pelbagai jenis hidangan Sarawak pada satu masa. Walaupun Hans telah menikmati menu-menu ini pada hari pertama tetapi rasa hidangan yang dihidangkan di Restoran Budaya Sarawak ini juga berlainan dengan yang Hans telah cuba di restoran lain pada hari pertama berada di Kuching, Sarawak. Namun, Hans boleh nyatakan ada beberapa hidangan disini yang menarik perhatian Hans seperti Daging Masak Lada Hitam, Sayur Midin dan Manuk Pansuh yang kena dengan citarasa Hans. Ditambah dengan iringan lagu yang merdu serta kesejukan penghawa dingin saat menikmati juadah ini di dalam Restoran Budaya Sarawak, Hans yakin anda pasti akan turut sama berpuas hati apabila menikmati sendiri hidangan yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak ini.


Jadi, kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuching,Sarawak maka sudi-sudikan lah diri anda untuk mencuba hidangan-hidangan yang menyelerakan yang disediakan di Restoran Budaya Sarawak ini. Jangan lepaskan peluang kerana memang banyak perkara menarik yang ditawarkan di sini. Jom ke Kuching,Sarawak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Lawatan Di Kuching, Sawarak Boleh Dilihat Pada Pautan Artikel Ini : 

Selasa, 28 Januari 2020

Annah Rais Longhouse Kuching Sarawak

Selasa, Januari 28, 2020 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 22 hingga 24 November 2019 yang lepas, Hans telah berkesempatan menyertai satu program menarik anjuran Tourism Malaysia Sentral dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Sarawak Tourism Board dengan melawat daerah Kuching, Sarawak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Sarawak ini sememangnya menawarkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang cukup menakjubkan. Tambahan pula ini adalah kunjungan kali pertama Hans ke negeri Sarawak. Jadi, sememangnya Hans betul-betul teruja untuk mengetahui apakah lokasi pelancongan menarik yang menanti Hans di sekitar Kuching ini.


Jadi, lokasi tarikan pelancongan seterusnya yang ditawarkan di Kuching yang Hans telah lawati pada hari kedua pula ialah Annah Rais Longhouse Sarawak atau dalam bahasa Melayu ialah Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di Kuching, Sarawak. Kepada sesiapa yang masih tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan rumah panjang ini, ia sebenarnya merupakan sebuah rumah tradisional masyarakat Sarawak dimana penduduk kampung akan tinggal di dalam satu rumah ini bersama-sama seperti sebuah keluarga besar tetapi dibezakan melalui bilik-bilik yang mewakili setiap keluarga tersebut. Unik bukan?


Hans turut dimaklumkan bahawa Rumah Panjang Annah Rais ini diduduki oleh masyarakat kaum Bidayuh dan merupakan rumah panjang yang paling panjang di Sarawak. Hal ini juga membuatkan Rumah Panjang Annah Rais ini sentiasa menjadi tarikan para pelancong yang berkunjung ke Sarawak terutamanya di Kuching. Selalunya, kehadiran pelancong akan disambut dengan tarian tradisonal Sarawak tetapi ia bergantung kepada nasib anda kerana tarian dipersembahkan pada hari atau waktu tertentu sahaja. Sayangnya Hans tidak bernasib baik pada kunjungan kali pertama ini kerana tidak berpeluang melihat tarian tradisional masyarakat Bidayuh.


Seperti biasa, kehadiran pelancong ke sini semestinya akan dihidangkan dengan minuman tuak buatan masyarakat disini sendiri. Bagi pelancong Muslim semestinya kita tidak boleh menikmati hidangan ini dan hal ini telah difahami oleh masyarakat disini. Kebetulan terdapat rakan media Hans yang bukan Muslim maka mereka dapat menikmati hidangan tuak yang disediakan. Bau minuman tuak ini memang kuat dan menurut rakan Hans rasanya juga agak keras. Keras macam mana tu? Wallahualam! Hahaha!


Rumah Panjang Annah Rais ini mulai dibina pada tahun 1818 dimana kini usia perkampungan ini sudah mencecah lebih 200 tahun. Bermula dengan hanya tiga pintu dan kini melebihi 150 pintu, rumah panjang yang diduduki lebih 1500 penduduk ini menjadi kebanggaan masyarakat Bidayuh terutama apabila ianya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik serta bekalan air yang bersih. 


Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan Rumah Panjang Annah Rais ini telah mengalami revolusi kemodenan walaupun tidak secara keseluruhan dimana terdapat sebahagian besar masyarakat Bidayuh disini yang melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap lantai, dinding dan atap rumah. Ada juga sebahagian daripada mereka yang kini sudah tidak lagi menggunakan dapur kayu di luar rumah sebaliknya menggunakan dapur gas yang lebih memudahkan dan menjimatkan masa untuk memasak.


Salah satu lokasi yang wajib anda singgah sepanjang melawat Rumah Panjang Annah Rais ini ialah The Headhouse atau Panggah dimana disini disimpan berbelas-belas tengkorak yang sudah berusia ratusan tahun namun masih berada di dalam keadaan baik. Tengkorak-tengkorak ini sebenarnya diperoleh berdasarkan tradisi Ngayau yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia sebagai tradisi memburu atau memotong kepala yang yang menjadi amalan masyarakat Iban pada suatu ketika dahulu. Tengkorak yang dikumpulkan ini juga melambangkan martabat serta semangat keberanian dan kekuasaan yang terdapat di dalam diri pemilik yang menyimpan tengkorak ini pada zaman tersebut. Semakin banyak tengkorak yang disimpan maka semakin tinggi pemilik tersebut mendapat penghormatan.


Dan jika mengikut kepercayaan masyarakat disini pula, tengkorak-tengkorak ini disimpan sebagai penjaga kepada rumah panjang serta penghuninya daripada gangguan anasir jahat serta turut menjadi bahan penting untuk digunakan dalam perayaan atau upacara tertentu yang berlangsung di sekitar kawasan Rumah Panjang Annah Rais ini. Jadi, disebabkan itu anda boleh lihat pada gambar di atas dimana terdapat rokok serta wang syiling yang diletakkan di bawah tengkorak-tengkorak ini disimpan dimana rokok akan dibakar untuk mengasapkan tengkorak-tengkorak tersebut. Memang menarik dan menyeronokkan buat Hans sebab dapat melihat sendiri tengkorak di hadapan mata.


Salah satu perkara yang menarik perhatian Hans sepanjang berjalan di Rumah Panjang Annah Rais yang mempunyai lebih 150 pintu ini ialah hampir kebanyakan rumah penduduk kampung akan menjemur hasil pertanian mereka seperti lada hitam, beras borneo dan jagung. Apa yang lebih unik ialah apabila melihat susunan jagung mereka yang disusun mengikut aturan warna yang sangat kreatif. Untuk pengetahuan semua, penduduk disini memanggil proses mengeringkan lada sebagai 'awah' dan lada ini juga turut dijual kepada pengunjung disini.


Mengikut pengalaman rakan Hans yang pernah datang dan menginap sendiri di perkampungan rumah panjang ini, suatu ketika dahulu kawasan ini dipenuhi dengan babi hutan yang berada di bawah rumah. Namun, arus modenisasi nampaknya telah mengubah suasana rumah panjang disini kerana sepanjang kehadiran Hans, tidak pula kelihatan langsung babi hutan atau babi yang diternak dibawah rumah. Sebaliknya, Rumah Panjang Annah Rais ini dipenuhi oleh puluhan ekor kucing yang comel-comel belaka. 


Seperti biasa, kebanyakkan penduduk Rumah Panjang Annah Rais akan menjual pelbagai barangan cenderahati yang diperbuat daripada manik seperti rantai, gelang dan topi di hadapan rumah mereka. Memang banyak pilihan yang ada dan pasti buat anda geram nak membeli terutama wanita.


Penduduk Rumah Panjang Annah Rais juga ada menjual kerepek dimana anda boleh melihat sendiri pembuatan kerepek tersebut dan bagaimana ianya dihasilkan. Memang nampak menarik.


Kalau sesiapa yang mengenali Hans pasti tahu Hans sangat berani untuk mencuba sesuatu makanan yang belum pernah dilihat atau pelik. Janji makanan tersebut halal! Antara yang mencuri tumpuan Hans ialah salah satu jenis buah yang dijual oleh penduduk Rumah Panjang Annah Rais ini iaitu buah kristal atau turut juga dipanggil sebagai kasai, matoa dan buah tiga rasa. Kulit buah kristal ini memang keras tetapi ada cara macam mana nak membukanya. Kalau dah tahu cara memang senang sangat nak makan buah kristal ini. Rasanya sangat unik dimana Hans seperti menikmati rambutan, laici dan kelapa dalam satu masa. Sedap gila weh! Masa datang dekat sini Hans memang agak menyesal sebab tak beli buah nih awal-awal sebab ingatkan lepas selesai melawat Rumah Panjang Annah Rais ini, Hans akan berpatah balik ke tempat mula-mula Hans sampai. Sekali van sudah menanti di kawasan akhir lawatan Hans di rumah ini. Apakan daya! Hahaha!


Rumah Panjang Annah Rais juga adalah syurga bagi manusia yang cintakan hasil kreativiti lukisan mural mahu pun kepada mereka yang suka mengambil gambat atau berswafoto. Terdapat beberapa lukisan mural yang sangat cantik dan kreatif yang pastinya membuatkan anda tidak dapat lari daripada keinginan untuk bergambar atau mengambil gambar lukisan-lukisan yang terdapat di sepanjang perkampungan rumah panjang ini.


Selain itu, Hans juga turut dihiburkan dengan alunan merdu yang dihasilkan daripada sebuah alat muzik tradisional masyarakat Sarawak iaitu Silatong yang diperbuat daripada buluh. Alat muzik Silatong ini dimainkan oleh Mr Rambo seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Alunan irama yang terhasil sememangnya sangat merdu dan membuatkan Hans asyik melayan sehingga selesai permainan ini dimainkan. 


Kehadiran Hans di Rumah Panjang Annah Rais juga memberikan Hans peluang untuk melihat ruang dalaman rumah panjang masyarakat Bidayuh ini. Terdapat beberapa bahagian yang anda boleh lihat seperti dapur, ruang tamu, tempat tidur dan sebagainya. Satu perkara yang paling menarik ialah reka bentuk tanggannya yang sangat halus dan hanya muat untuk sebelah kaki sahaja. Tengok orang Bidayuh naik guna tangga itu sangat senang. Hans nak naik punyalah menggeletar kaki sebab licin dan halus sahaja ruang untuk tapak kaki. Hahaha!


Jadi, ini adalah pengalaman Hans sepanjang melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di Kuching, Sarawak. Kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuching\ maka sudi-sudikan lah diri anda untuk datang menjejakkan kaki di Rumah Panjang Annah Rais atau terkenal di kalangan pengunjung luar negara dengan nama Annah Rais Longhouse Kuching Sarawak ini. Jangan lepaskan peluang kerana memang banyak perkara menarik yang ditawarkan di sini. Jom ke Kuching,Sarawak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Lawatan Di Kuching, Sawarak Boleh Dilihat Pada Pautan Artikel Ini :