Ahad, 26 Januari 2020

FEVER 333 : Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Februari Ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca sekalian yang meminati kumpulan Fever 333? Jika anda peminat kumpulan ini maka Hans ada satu berita baik yang ingin dikongsikan dengan anda semua untuk artikel kali ini. Sebelum itu, mari kita kenali dulu siapakah ahli-ahli kumpulan Fever 333 ini terlebih dahulu.


Kumpulan Fever 333 dari Los Angeles ini yang digelar sebagai ‘Rage of the Machine' dianggotai oleh vokalis Jason Aalon Butler (bekas ahli kumpulan letlive.), pemain dram Aric Improta (dari kumpulan Night Verses), dan gitaris Stephen Harrison (bekas ahli kumpulan the Chariot). Trio hebat ini sememangnya sangat dikenali dengan mainan gitar yang padu, melodi yang keras dan bait-bait lirik yang menyentuh pelbagai isu semasa dalam gabungan muzik genre hip-hop, punk dan aktivisme. Fever 333 bakal mengadakan persembahan sulung mereka buat satu malam sahaja di The Bee, Publika dimana hal ini telah disahkan sendiri oleh promoter konsert, Skesh Entertainment pada minggu lepas. 


Menurut vokalis kumpulan ini iaitu Butler yang turut bertanggungjawab di dalam menubuhkan Fever 333, dia menyatakan kumpulan ini bermula sebagai satu gerakan dan ini adalah lebih penting dari muzik itu sendiri. Segalanya bermula secara organik selepas satu pertemuan yang tidak disengajakan dengan Travis Barker dari kumpulan blink-182 yang pada ketika itu telahpun mempunyai reputasi global. Butler kemudiannya menghabiskan banyak masa dengan Travis Barker dan juga rakannya, John Feldman, seorang produser muzik. Perbualan-perbualan di antara mereka lantas mencetuskan inspirasi bagi album EP Fever 333 yang pertama pada tahun 2018 bertajuk Made an America.


Selain banyak berbual tentang black punk rock, Butler turut menyatakan punk rock dan hip-hop adalah serupa dari pelbagai segi. Kedua-duanya adalah seni yang lahir dari ketidakselesaan dan perasaan yang membara. Travis dan John amat menyokong hasrat Butler untuk mencipta sesuatu yang unik dan sedikit bahaya dalam pendekatan terhadap muzik dan etos. Mereka juga bersetuju bahawa apa sahaja yang lahir dari kumpulan ini harus mempunyai impak dan boleh dijadikan aspirasi untuk suatu perubahan. Mereka ingin melahirkan satu runut bunyi bagi sebuah revolusi yang pasti akan berlaku tidak lama lagi.


Di dalam tempoh ini juga Butler telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan membubarkan kumpulan Letlive yang ditubuhkan 15 tahun sebelum itu kerana dia ingin bergerak ke arah sesuatu yang lebih spesifik dari segi visi muzik dan mesej yang disampaikan. Fever 333 mula menulis lagu-lagu dan pada tanggal keramat 4 Julai 2017 dimana kumpulan ini telah membuat persembahan secara langsung buat kali pertama. Setiap elemen bagaikan satu tamparan kepada situasi politik Amerika pada ketika itu. Made an America telah dilancarkan tanpa sebarang pengumuman rasmi dan dengannya juga, sebuah single bertajuk, Trigger iaitu tentang isu kontroversi keganasan senjata api di Amerika Syarikat. Pada November 2018, kumpulan ini telah melancarkan Burn It sebagai single dan justeru mengumumkan butir-butir album penuh pertama kumpulan ini iaitu Strength in Numb333rs yang kemudiannya dilancarkan pada 18 Januari 2019. Fever 333 mula mencipta tapaknya sendiri dan menerima pencalonan anugerah Grammy bagi kategori Persembahan Rock Terbaik bagi album Made an America dan Burn It pula menerima anugerah Lagu Terbaik di penganugerahan Kerrang! Awards.


Berita baik buat peminat kumpulan Fever 333 yang dikenali dengan gabungan muzik genre hip-hop, punk dan aktivisme ini dimana trio ini bakal menjanjikan persembahan penuh bertenaga dalam konsert pertama mereka di Malaysia pada tanggal 5 Februari 2020 ini. Tiket-tiket boleh dibeli atas talian dengan melayari www.skeshmm.com dan bermula dari RM83.00 (early bird/pembeli awal), RM103.00 (advance), RM333.00 (VIP) dan RM133.00 di pintu acara konsert. Harga tiket tidak termasuk fi tiket tambahan. Lokasi rasmi bagi konsert ini adalah The Bee, Publika.

4 ulasan:

  1. peminat2 diorang mesti suka ni..
    kite baru festime tahu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      peminat diorang memang excited lah jawabnya

      Padam
  2. Belum tahu pasal group ni. Baca post ni baru tahu 😅

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com