Rabu, 15 Januari 2020

Shopee Tawarkan Promosi Hebat Sempena Tahun Baru Cina

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir di dalam satu majlis anjuran Platform e-dagang terkemuka nombor satu Malaysia iaitu Shopee yang telah mengumumkan tawaran yang cukup istimewa sempena menyambut kedatangan tahun 2020 dengan Jualan Tahun Baru Cina (CNY).


Berlangsung sehingga 28 Januari 2020, kempen ini mempamerkan pelbagai produk baharu, penghantaran percuma RM18, perkhidmatan baharu serta permainan dan hiburan baharu dimana semuanya dapat dinikmati di dalam dan luar platform sebagai permulaan kepada sebuah tahun yang lebih hebat yang penuh dengan tawaran dan diskaun untuk rakyat Malaysia. 


Hans yakin anda pasti tidak mahu terlepas RM8 prosperity deals untuk CNY Hampers, Coca-Cola 24 tin, set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik ialah anda berpeluang mendapatkan jongkong emas premium pada harga RM1. Beberapa tawaran CNY yang bakal dinikmati termasuk KIT-KAT berperisa limau Mandarin dan Eu Yan Sang Bird’s Nest Mouse Gift Box.


TAWARAN MENARIK TERMASUK:

1) Kerusi kereta kanak-kanak daripada serendah RM88'

2) Penghantaran secara PERCUMA mulai sekarang hingga 21 Januari bagi barangan rumah seperti mesin basuh, pengering, pendingin hawa, peti sejuk, televisyen, ketuhar dan banyak lagi.

3) Menangi baucar bernilai sejumlah RM88,000 dan lebih daripada 18 juta Shopee Coins melalui permainan Shopee Ang Pow dan Fortune Sticks

4) Nikmati diskaun ketika menikmati makanan di cawangan pedagang baharu Shopee - Hawker Chan yang dianugerahkan Michelin Star, Dragon-i, Purple Cane, SouperTang dan Tony Roma’s. 


Shopee juga menjangkakan peningkatan pesanan pada CNY ini, terutamanya untuk barangan besar seperti set makan, almari, katil dan sofa. Memandangkan barang-barang ini kebiasaannya berat, pelantikan rakan kongsi logistik pihak ketiga, Ninja Van, tepat pada masanya kerana mereka boleh mengendalikan penghantaran hingga 90kgJadi, buat para pembaca sekalian yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Jualan CNY Shopee, anda boleh layari laman sesawang seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Jualan CNY Shopee: 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com