Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 : Larian Pertama Di Tahun 2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Permulaan minggu tahun baru Hans dimulakan dengan aktiviti yang sangat sihat dan juga merupakan pengalaman pertama Hans menyertai Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 bersama dengan 3,783 rakyat Malaysia yang lain. Rupa-rupanya memang seronok berlari di waktu pagi ini secacra beramai-ramai dan lebih menarik larian ini turut disertai oleh pelakon Hairul Azreen yang merupakan duta jenama Sun Life Malaysia.


Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 ini yang dianjurkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad yang mana masing-masing menyediakan insurans hayat dan penyedia Takaful Keluarga sebenarnya telah memasuki edisi keempat penganjurannya. Bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia agar menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan mengamalkan amalan berlari dan menjaga kesihatan daripada penyakit seperti kencing manis dan obesiti, aktiviti larian yang berlangsung di Zon D 'Sun, Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur ini menyediakan dua kategori iaitu larian 12KM untuk orang dewasa (kategori terbuka dan ditambah untuk lelaki dan wanita) dan larian 5KM untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menyertainya untuk bergembira dan bersantai.


Mengetahui bahawa lebih daripada 3 ribu orang yang menyertai Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 kali ini maka Hans sangat berterima kasih kepada pihak penganjur yang menyediakan pengangkutan bas di beberapa lokasi terpilih untuk membawa peserta ke kawasan acara larian. Seperti Hans memilih untuk menaiki bas daripada kawasan NU Sentral ke Zon D 'Sun, Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur dan sememangnya perjalanan ini berjalan dengan lancar dan sangat selesa. 


Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 dimulakan dengan senaman aerobik serta regangan badan untuk peserta-peserta kategori 12KM terlebih dahulu tetapi terdapat ramai juga peserta kategori 5KM yang turut sama menyertai acara senaman ini. Memang meriah dan dapat dilihat masing-masing tidak sabar untuk memulakan larian.


Selepas lima minit peserta-peserta kategori 12KM memulakan larian maka tiba pula giliran semua peserta kategori 5KM untuk melakukan senaman serta regangan badan. Fuh! Memang menyegarkan sebab dah berpeluh habis dah satu badan. Macam-macam langkah yang Hans serta peserta lain perlu ikut dan buat tetapi memang seronok lah! Serius rasa berzumba pun ada. Hahaha!


Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 untuk kategori 5KM dimulakan selepas selesai aktiviti senaman dan regangan badan. Memang ramai sangat yang menyertai larian untuk edisi ke-4 ini. Hans pun sangat teruja sebab ini adalah kali pertama Hans berada di kawasan ini. Jadi, marilah ramai-ramai berlari sambil menghayati keindahan alam.

 

Sebenarnya ramai yang takut untuk menyertai acara larian seperti Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 ini kerana masing-masing beranggapan yang mereka wajib berlari. Sebenarnya ramai sahaja yang sekejap berlari dan sekejap berjalan. Ada yang daripada mula sehingga akhir berjalan laju. Ada yang berjalan perlahan-lahan mengikut kemampuan diri. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu risau untuk menyertai acara lain seperti ini selepas ini kerana kita berlari serta berjalan mengikut kemampuan diri. Makin banyak kita sertai maka makin laju kita berlari mahu pun berjalan. Apa yang penting kita kena amalkan kehidupan yang sihat dengan selalu melakukan senaman. 


Hans sebenarnya sangat tertarik dengan lokasi berlangsungnya Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 ini kerana setiap kawasan laluannya sangat menarik perhatian. Bukan sahaja disebabkan keindahan flora dan fauna semata tetapi laluan-laluan ini membawa para pesertanya ke kawasan tarikan pelancongan negara yang terdapat di sini dan sememangnya dikenali oleh para pelancong tempatan dan luar negara. Jadi, larian yang mengambil masa hampir satu jam lebih untuk Hans langsung tidak terasa kerana Hans sendiri leka menikmati pemandangan menarik sepanjang laluan 5KM yang dilalui Hans disini. Hans harap lokasi ini dikekalkan pada penganjuran di tahun yang akan datang sebab memang sangat seronok berlari di kawasan ini.


Antara kawasan perhentian untuk acara Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 ini yang disukai ramai semestinya Stesen Air dimana para peserta berpeluang untuk menikmati minuman sama ada air mineral atau air isotonik. Memang gembira sungguh Hans sebab rasa semakin bertenaga selepas dapat minum air isotonik selepas hampir 3KM berlari dan berjalan.


Selain itu, Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 juga tidak ketinggalan menyediakan beberapa cabaran yang menarik dan menghiburkan yang membuatkan larian para peserta dirasakan lebih bermakna. Jadi, jika anda terasa bosan berlari atau berjalan di atas jalan sahaja maka anda mempunyai pilihan untuk mencuba halangan-halangan ini. Memang menghiburkan terutama melihat gelagat anak-anak kecil yang melalui kawasan-kawasan seperti ini.


Hans sendiri sebenarnya tidak menyangka sama sekali yang Hans mampu menghabiskan larian 5KM Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 ini dalam waktu yang agak singkat berbanding sasaran Hans sendiri. Maklum sahaja lah kerana Hans jarang menyertai acara larian sebegini dan ini membuatkan Hans rasa lebih bersemangat untuk menyertai acara larian sebegini selepas ini. Memang rasa sangat berpuas hati apabila berjaya sampai ke penamat dan menerima medal tanda Hans berjaya menghabiskan cabaran 5KM ini dengan jayanya. 


Apabila semua peserta berjaya menamatkan larian masing-masing, baru Hans dapat melihat betapa ramainya yang menyertai acara Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 kali ini seperti mana yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Memang meriah ditambah lagi dengan pembukaan booth-booth di sekitar yang menyediakan pelbagai permainan tambahan, jualan amal serta paling menarik ialah air milo daripada lori milo. Hahaha! Sedap!


Hans mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang kategori terbuka 12KM Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 kali ini yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 serta trofi iaitu:

Kategori Lelaki 12KM
Terbuka: Muhammad Ramzan Jani Bin Mohd Pittli
Plus: Shaharudin Bin Hashim

Kategori Wanita 12KM
Terbuka: Tan Li Jun
Plus: Pong Chiew Ping


Jadi, kepada para pembaca sekalian yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Sun Life Malaysia yang lain, anda boleh layari laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama