Volkswagen Dan Tarik Jeans Lancar Koleksi Modern Nostalgia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Ada tak di kalangan para pembaca dan pengunjung blog ini yang menggemari jenama pakaian denim jalanan tempatan yang bernama Tarik Jeans? Hans yakin pasti ramai yang menggemari jenama tersebut disebabkan kualiti pakaiannya yang memang bagus. Membuktikan lagi jenama ini cukup dikenali dan diyakini ramai apabila Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalinkan kerjasama dengan Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif. Koleksi itu dilancarkan hari ini dan sudah boleh dibeli.


Untuk makluman semua, koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaianMenurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, beliau menyatakan rasa terujanya kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini dimana kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia dan berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Malayan Tapir pula dipilih disebabkan haiwan ini merupakan spesis terancam di Malaysia selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orang utan. 


Malayan tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok.


Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar pula yang menyatakan Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik. Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) dimana kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama Tarik Jeans. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, pihak syarikat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen.


Sebagai satu kapsul koleksi, ‘Modern Nostalgia’ banyak berkisar tentang model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurism Malaysia. Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Retail Outlets:

Volkswagen: 

Tarik Jeans: 

Shopee: 

Zalora: 

All Volkswagen dealers nationwide (selected items)

#VWTarikModernNostalgia
#VWTarikSaveTheTapir

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama