Review Filem Jodoh Syaitan
Hans Hanis
Selasa, Mac 10, 2020
16
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem tempatan terbaru berjudul Jodoh Syaitan bertempat di MMCineplex eCurve Mutiara Damansara pada 9 Mac 2020 yang lepas. Mempertaruhkan genre komedi seram, filem tempatan terbaru ini seakan-akan membawa Hans kembali ke era kemegahan syarikat penerbitan Metrowealth suatu ketika dahulu yang gemar menghasilkan filem seram komedi sebegini dan ianya mendapat sambutan yang cukup hebat oleh penonton tempatan pada waktu tersebut. Masih mengekalkan kisah serta ciri-ciri hantu pontianak yang sudah kerap kali difilemkan, apa yang Hans boleh nyatakan ialah keseluruhan plot filem ini sudah boleh dijangka dan tiada sebarang kejutan daripada sudut tersebut. Jodoh Syaitan ini lebih bersifat sebagai sebuah filem seram komersial yang ditonton kerana pengaruh pelakonnya serta elemen humor yang boleh dikatakan menjadi.
P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem komedi seram tempatan yang terkini ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem JODOH SYAITAN dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)