Marrybrown Salted Egg : EGG-STRA PADU Buat Peminat Telur Masin
Hans Hanis
Ahad, Mei 31, 2020
46
Assalammualaikum dan Salam Syawal buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah dan tahniah buat anda semua yang berjaya berpuasa penuh selama 30 hari serta yang menyambung dengan berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini. Jadi, kalau anda melihat kepada tajuk artikel blog kali ini pun, semestinya anda dah tahu bahawa Hans hendak berkongsi makanan-makanan sedap yang anda perlu cuba pada bulan ini.
Untuk pengetahuan semua, Marrybrown telah kembali dengan memperkenalkan menu terbaru yang merupakan gabungan Telur Masin dimana mereka telah menyajikan dua pilihan buat anda untuk dicuba iaitu Salted Egg Burger dan Salted Egg Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang begitu padu dan memikat hati ini. Sebenarnya, menu ini sepatutnya dilancarkan sekitar bulan Mac yang lepas tetapi disebabkan PKP maka pelancarannya telah dianjakkan kepada bulan Mei ini. Alhamdulillah! Dapatlah anda turut sama merasa menu sedap ini yang Hans telah nikmati lebih awal lagi sebelum ini.
Hans sebenarnya sangat suka dengan menu terbaru daripada Marrybrown ini kerana pihak mereka telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia dimana mereka telah menggunakan Telur Masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini. Sememangnya sentuhan egg-stra yang sangat padu ini membuatkan sos telur masin yang ada pada menu ini bukan sahaja likat, pekat tetapi juga menyebabkan Hans dan anda semua terpikat dengan kehebatan rasanya yang penuh nikmat.
Marrybrown Salted Egg ini didatangkan dengan dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari serta Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma dimana ianya sangat sesuai dengan cita rasa tempatan.
Sebagai peminat burger Marrybrown, Hans sendiri telah jatuh cinta dengan menu kombo Salted Egg Burger yang memang cukup menggiurkan dan sangat kena dengan citarasa Hans sendiri. Buat anda yang merupakan penggemar ayam goreng pula, anda boleh mencuba menu Salted Egg Ayam yang baru nih. Memang terangkat beb rasa sos telur masin tu! Harga untuk menu terbaru ni Marrybrown Salted Egg ini pun memang murah sangat iaitu:
Salted Egg Burger:
Bermula daripada RM 15.00
2 Ketul Salted Egg Ayam:
Bermula daripada RM 15.90
3 Ketul Salted Egg Ayam:
Bermula daripada RM 18.80
Kepada yang masih takut-takut atau rasa malas nak keluar rumah, anda tidak perlu risau kerana anda boleh memesan menu ini terus ke rumah anda melalui aplikasi Grab Food seperti mana yang Hans selalu amalkan sekarang. Jadi, selamat mencuba menu terbaru Marrybrown Salted Egg yang betul-betul EGG-STRA PADU ini. Pasti puas hati punya!
Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba set Marrybrown Salted Egg : EGG-STRA PADU ini memandangkan selain ianya merupakan menu edisi terhad, rasanya juga memang betul-betul lazat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #EggstraPadu #MBSaltedEggMeal