Selasa, 12 Mei 2020

Kad ATM Kena Telan : Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Lama sudah sebenarnya Hans tak menulis tentang pengalaman hidup dekat blog Kali ini Hans nak berkongsi tentang satu situasi dimana Hans yakin masih ramai yang tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman ini tetapi seandainya anda mengalaminya maka apa yang anda perlu lakukan iaitu apabila kad ATM anda ditelan dengan lahapnya oleh mesin ATM. 


Hans pernah sebelum ini mengalami kejadian ini tetapi sudah lama. Maka tidak disangka-sangka sejarah lama kembali berulang. Kejadian berlaku pada hari Ahad yang jatuh pada hari Nuzul Al-Quran bersamaan 10 Mei 2020. Memandangkan sudah agak lama tidak mengeluarkan wang daripad ATM kerana kebanyakan urusan berlaku di dalam talian maka Hans terdetik hati nak mengeluarkan duit untuk membeli sedikit barangan dapur terutama air mineral untuk ditunggang pada waktu sahur nanti. Hahaha!

Jadi, Hans pun menuju ke sebuah cawangan Maybank berdekatan dengan kawasan Seri Kembangan. Sampai sahaja di lokasi, Hans nampak ada seorang mamat ini dekat depan ATM tetapi agak lama juga menunggu urusannya selesai. Akhirnya, tak ada pula duit keluar dan si mamat nih pun berlalu pergi dengan kecewanya. Hans pun mencuba nasib! Nampaknya semua berjalan lancar sampailah urusan terakhir sewaktu mesin atm ini mengira wang. Punya lama dengan bunyi mesin atm nih sampai akhirnya tiba-tiba kad ATM Hans tidak keluar. Lebih malang lagi apabila wang yang nak dikeluarkan pun tidak muncul-muncul ditempat sepatutnya. 

Skrin ATM memaparkan ayat yang lebih kurang berbunyi Kad ATM Anda Mempunyai Masalah Dan Ditahan.....Bla Bla Bla! Resit pula muncul dan disitu tertera jumlah baki wang yang telah ditolak dengan pengeluaran wang yang tidak muncul itu. Kesabaran Hans pada waktu itu semakin di hujung tanduk. Rasa menyesal pula keluarkan wang pada waktu tu. Dengan dahaganya! Laparnya! Duit tak keluar! Nak beli air mineral pun tak boleh! Hahaha!


Jadi, inilah langkah-langkah wajib yang anda perlu lakukan apabila kejadian KAD ATM KENA TELAN MESIN ATM ini berlaku terhadap diri anda. Ini untuk pengguna kad ATM Maybank lah yer.

1) Terus hubungi pusat panggilan Maybank untuk melaporkan kejadian kad ATM anda ditelan atau hilang. Hubungi 1-300-88-6688

2) Seterusnya anda perlu mendengar suara manja operator yang menerangkan pelbagai perkara yang anda tidak mungkin mahu dengar sebelum tiba pada peringkat yang sebetulnya. Saat operator menyebut tekan nombor 2 untuk melaporkan tentang kehilangan kad ATM anda maka segeralah tekan nombor 2.

3) Selepas itu, anda perlu bercakap dengan operator yang bertugas dan berikan maklumat penting yang diminta seperti:
- Punca kehilangan kad ATM atau kad ATM di telan.
- Waktu kejadian dan di mana berlaku kejadian (Simpan Resit Sebab Dekat Resit Ada Info-Info Ini)
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan
- Jenis akaun serta nombor akaun (Tetapi, Kalau Anda Lupa Tiada Masalah)

4) Jangan lupa juga untuk melaporkan kepada operator jika wang yang anda keluarkan sewaktu kad ATM anda ditelan tidak keluar di mesin ATM kerana kes ini adalah kes yang berasingan dengan kes kehilangan kad ATM. Operator akan membuka laporan lain untuk wang anda yang tidak diperoleh sebentar tadi. Wang akan dikembalikan dalam tempoh 2 hari hingga 4 hari ke dalam akaun anda tetapi Alhamdulillah Hans dapat balik wang Hans dalam tempoh 2 hari sahaja.

5) Selepas itu, anda sudah boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan untuk membuat dan mendapatkan kad ATM anda yang baru tanpa sebarang caj bayaran dikenakan.

6) Bertabahlah jika kejadian ini berlaku kepada anda pada waktu seperti sekarang (PKP) dimana urusan ini mengambil masa yang agak lama kerana anda perlu beratur panjang pada jarak 1 meter, menunggu giliran untuk masuk ke dalam dan kerap memberi laluan kepada warga emas untuk menyelesaikan urusan mereka dahulu.


Alhamdulillah! Hans sudah dapat kad ATM Maybank yang baru dan segala proses berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak Maybank Sri Petaling atas layanan yang bagus pada 12 Mei 2020. Semoga kejadian kad ATM ditelan ini tidak lagi terjadi kepada Hans selepas ini. Mudah-mudahan! Hahaha! 

30 ulasan:

  1. Nice sharing~ tak pernah terjadi kat diri lagi, yang penting jangan panik la. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      cuma sadis nya kalau jadi waktu kita betul-betul nak pakai duit
      nasib masa tu Hans tak berapa perlu sangat nak guna duit
      haha

      Padam
  2. Dugaan bulan puasa. But at the end of the day, Alhamdulillah selesai semua.

    BalasPadam
  3. Tq sharing ye hans. Yg penting takleh panik kan, cool dan istigfar bebanyak dan ambillah langkah seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome
      saja share sebab sometimes orang panik bila terjadi dekat diri sendiri

      Padam
  4. kesian kalau kad kena telah zaman pkp.. dah tentu sgt risau alhamdulillah mama x penah kena

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      minta dijauhkan daripada kena
      hahaha

      Padam
  5. kalau pengalaman, pernah nampak orang lain kena situasi macam ni. sudah main telan2 yaa haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kalau nampak kita dah tahu mesin atm tu problem
      so dah boleh elakkan dah

      Padam
  6. haha mesin atm telan dengan lahapnya. dia tengah buka puasa la tu.

    BalasPadam
  7. fuhh..kalau jadi macam ni memang gelabah tak tahu nak buat apa. menduga betul diuji macam ni dibulan puasa dalam tempoh pkp. syukur dah settle dan dipermudahkan urusannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      Hans sebab dah pernah ada pengalaman so tak lah nervous
      cuma rasa malas gila nak pergi bank buat kad atm baru
      hahaha

      Padam
  8. Tak pernah lagi kad kena telan. Tapi kalau guna mesin CDM tapi ada tulis cash retract and tak sampai dekat orang yang kita send, itu pernah.

    Tu pun sekali seumur hidup buat masa ni. Haha.

    BalasPadam
  9. cerita yang mendebarkan

    nasib baik semuanya jadi ok..

    panduan yang bagus juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      mendebarkan ker?
      alhamdulillah. semoga dapat bantu sesiapa yang google cari pasal benda nih nanti

      Padam
  10. aduhhh, seram jugak ek kalau kena telan macam ni..nasib baik lah Hans dapat balik duit yang ditelan dan dapat kad yang baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      yang penting bila jadi macam nih memang kena cepat-cepat call pihak bank

      Padam
  11. panik rasanya baca tajuk ni. Alhamdulillah nasib semua dapat balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      alhamdulilah semuanya selesai dengan lancar

      Padam
  12. baru tahu.. kena bookmark ni utk nanti2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      so kalau nanti kad kena telan jangan risau
      terus call bank

      Padam
  13. kad saya dia hantar ke rumah. Kena aktifkan kat ATM, tapi sejak PKP ni tak sempat lagi nak pergi ATM.

    BalasPadam
  14. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much 💋

    BalasPadam
  15. Terima kasih di atas perkongsian ini.
    Moga dijauhkan dari kejadian ini, mahu panik seharian dibuatnya. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      In Sha Allah
      kalau dah baca nih tak payah panik dah
      cuma kalau jadi hanya call bank jer
      hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com