Ahad, 31 Mei 2020

Marrybrown Salted Egg : EGG-STRA PADU Buat Peminat Telur Masin

Assalammualaikum dan Salam Syawal buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah dan tahniah buat anda semua yang berjaya berpuasa penuh selama 30 hari serta yang menyambung dengan berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini. Jadi, kalau anda melihat kepada tajuk artikel blog kali ini pun, semestinya anda dah tahu bahawa Hans hendak berkongsi makanan-makanan sedap yang anda perlu cuba pada bulan ini.


Untuk pengetahuan semua, Marrybrown telah kembali dengan memperkenalkan menu terbaru yang merupakan gabungan Telur Masin dimana mereka telah menyajikan dua pilihan buat anda untuk dicuba iaitu Salted Egg Burger dan Salted Egg Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang begitu padu dan memikat hati ini. Sebenarnya, menu ini sepatutnya dilancarkan sekitar bulan Mac yang lepas tetapi disebabkan PKP maka pelancarannya telah dianjakkan kepada bulan Mei ini. Alhamdulillah! Dapatlah anda turut sama merasa menu sedap ini yang Hans telah nikmati lebih awal lagi sebelum ini.


Hans sebenarnya sangat suka dengan menu terbaru daripada Marrybrown ini kerana pihak mereka telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia dimana mereka telah menggunakan Telur Masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini. Sememangnya sentuhan egg-stra yang sangat padu ini membuatkan sos telur masin yang ada pada menu ini bukan sahaja likat, pekat tetapi juga menyebabkan Hans dan anda semua terpikat dengan kehebatan rasanya yang penuh nikmat.


Marrybrown Salted Egg ini didatangkan dengan dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari serta Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma dimana ianya sangat sesuai dengan cita rasa tempatan.


Sebagai peminat burger Marrybrown, Hans sendiri telah jatuh cinta dengan menu kombo Salted Egg Burger yang memang cukup menggiurkan dan sangat kena dengan citarasa Hans sendiri. Buat anda yang merupakan penggemar ayam goreng pula, anda boleh mencuba menu Salted Egg Ayam yang baru nih. Memang terangkat beb rasa sos telur masin tu! Harga untuk menu terbaru ni Marrybrown Salted Egg ini pun memang murah sangat iaitu:

Salted Egg Burger: 
Bermula daripada RM 15.00

2 Ketul Salted Egg Ayam:
Bermula daripada RM 15.90

3 Ketul Salted Egg Ayam:
Bermula daripada RM 18.80


Kepada yang masih takut-takut atau rasa malas nak keluar rumah, anda tidak perlu risau kerana anda boleh memesan menu ini terus ke rumah anda melalui aplikasi Grab Food seperti mana yang Hans selalu amalkan sekarang. Jadi, selamat mencuba menu terbaru Marrybrown Salted Egg yang betul-betul EGG-STRA PADU ini. Pasti puas hati punya!



Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba set Marrybrown Salted Egg : EGG-STRA PADU ini memandangkan selain ianya merupakan menu edisi terhad, rasanya juga memang betul-betul lazat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #EggstraPadu #MBSaltedEggMeal 

46 ulasan:

  1. wow depa tuang terus kuah salted egg tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita beli yang extra sauce, rupa dia macam tu lah..hehehe
      sedap sos telur masin dia

      Padam
  2. burger tu nampak macam sedap. harga boleh tahannnn.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap
      Hans dah dua kali makan
      hahaha

      Padam
  3. MEMANG TERLAJAK SEDAP TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang terlajak lajak sedap
      dua kali dah Hans repeat

      Padam
  4. menggodanya... tak pernah try lagi nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah sis
      kalau suka telur masin mesti akan repeat punya

      Padam
  5. Telur masin memang sedap! Sekarang ni macam2 resipi yang ada telur masin, termasuk kuih raya, biskut telur masin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tapi sos telur masin untuk burger nih memang masuk gila
      kena betul dengan selera
      dua kali dah Hans repeat

      Padam
  6. sedapppp. rasa nak beli lagi !

    BalasPadam
  7. u.. aku menyelongkar rak buku aku cari voucher MarryBrown.. esok nak repeat.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ar ar lah
      aku ada voucher tu
      lama aku tak pergi mall
      nak kena beratur kan?
      hahaha

      Padam
  8. Sedap gayanya....tapi Mama Yan kennot makan yang masin2. HPT go upstairs nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia masin pedas manis
      so memang sedap :)

      Padam
  9. Woowww Thanks for sharing nak kena try ni nampak sedap sangat

    BalasPadam
  10. Pergghhhh...mcm sedap tapi memang jarang makan di MB selalunya ke KFC

    BalasPadam
    Balasan
    1. ciba makan dekat MB pula
      KFC kalah kali nih
      memang sedap MB Salted Egg

      Padam
  11. beratur panjanglah di marrybrown pula selepas ini.

    BalasPadam
  12. teringin pulak rasa nak mencuba..

    rasa macam best tu..

    in shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah pasti puas hati
      cuba lah :)

      Padam
  13. Memang eggstra padu sos telur asin dia.

    BalasPadam
  14. Nampak sedap. Boleh cuba dua-dua menu nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      selamat mencuba
      confirm suka punya

      Padam
  15. aduh melepas. baru ari tu order MB thru wasap tapi guna menu yg lama. taktau pula ada ke tak menu telur masin tu kat miri ni. next trip try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      adoiiii
      rugi-rugi
      lepas nih order menu nih pula

      Padam
  16. terliur tgk ayam goreng dilimpahi sos telur masin tu..harus cuba nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila cuba
      kalau nak melimpah nih kena ambil yang extra sauce
      hehehe

      Padam
  17. ayam goreng dengan salted egg memang padu. Boleh makan 3,4 ketul ni..

    BalasPadam
  18. Sis pun suka! Sanggu beli nak rasa sebab nampak korang semua makan...Sis pengemar saletd egg, so menu ni memang terbaekkk ar, sedap...siap dapat extra sos lagi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap
      sebab tu Hans repeat 2 kali
      maybe kali ketiga sebab rasa nak makan lagi
      hahahaha

      Padam
  19. nampak sedap...tpi MB jauh dr rumah....maybe next time boleh cuba....

    PS: insyALLAH suatu hr nnti hans juga akan raya berdua bertiga dan seterusnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      cuba lah
      mesti tak menyesal
      doakan yer. Amin!

      Padam
  20. Nampak menggoda pula dah MB. Lama tak makan fast food

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah dah boleh makan dah
      sedap tau
      rugi tak cuba

      Padam
  21. Sedap ni. Padu betul salted egg dengan ayam tu ha..nak cubalah nanti. Tq share this.

    BalasPadam
  22. Akk paling suka bila dapat cicah sos dia ngan ayam.. heheheh heaven betul...burger dia ayam besar betul

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com