Membeli Juadah Berbuka Lebih Mudah Untuk Rakyat Selangor Dengan E-Bazar PLATS

Assalammualaikum dan Salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan Ramadan tahun ini sangat berbeza buat Hans dan juga ramai pembaca di luar sana disebabkan tiada sebarang Bazar Ramadan di Selangor beroperasi seperti tahun-tahun sebelumnya akibat gejala virus Covid-19Jadi, bayangkan bagaimana orang seperti Hans yang kaki bazar ini terpaksa menghadapi Ramadan tahun ini tanpa berbuka dengan makanan yang enak-enak dan digemari ramai seperti murtabak, ayam percik dan pelbagai makanan serta minuman yang sedap-sedap belaka seperti tahun sebelumnya? Mencabar betulkan? 


APA SEBENARNYA PLATS NIH?
Namun, Alhamdulillah Hans sangat bersyukur kerana kedukaan dihati ini nampak gayanya kembali terubat. Kalau anda nak tahu, kesedihan ini telah berubah menjadi kegembiraan. Dasyat betul kan ayat-ayat Hans masa bulan puasa ini? Hahaha! Apa yang membuatkan hati ini begitu seronok sekali tu apabila Hans mendapat satu info yang sangat berguna dimana pada bulan Ramadan tahun 2020 ini Hans masih boleh membeli dan menikmati makanan-makanan kesukaan Hans ini melalui laman sesawang PLATS. Mesti ramai tertanya-tanya kan apa benda pula PLATS nih? Cuba anda klik disini sekarang -  ​www.plats.com.my

Anda dah lihat pautan yang Hans kongsikan tadi? Terkejut kan? Tetapi mesti suka kan? Hans yakin anda mesti senyum sampai ke telinga punya sebab laman web tersebut akan membantu anda untuk berbuka puasa dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran selepas ini.

Jadi, buat sesiapa yang masih belum tahu tentang hal ini, PLATS ini sebenarnya adalah sebuah platform e-bazar yang telah pun dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dimana ianya bertujuan untuk menyediakan juadah Ramadan di seluruh negeri Selangor. PLATS telah menubuhkan satu konsep ​e-Kitchen dimana ianya berfungsi sebagai satu platform bagi mengumpulkan pesanan tempahan daripada anda sahaja. Memang mudah dan sangat berguna buat rakyat-rakyat serta sesiapa yang tinggal di negeri Selangor.


KENAPA PLATS DITUBUHKAN?
Bagi Hans, penubuhan PLATS ini adalah satu inisiatif yang cukup bagus daripada kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini. Selain itu, ianya sangat lah bagus dan membantu kepada manusia-manusia seperti Hans ini yang sememangnya tidak terlalu pakar memasak dan mudah untuk mendapatkan makanan kesukaan masing-masing. Senang cakap win-win situation lah buat semua. Peniaga boleh berniaga dan untung. Hans pula boleh makan dan kenyang kesedapan.  

Jadi, anda jangan fikir pula yang PLATS ini memberikan anda peluang untuk membeli secara terus (walk in) kerana ianya sama sekali tidak dibenarkan. Mana tak nya sebab sekarang ini kita kan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain daripada itu, semua e-Kitchen yang terlibat perlu sentiasa mengamalkan kebersihan yang ketat dan mematuhi jarak yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi, hal ini menjamin aspek keselamatan buat para peniaga dan juga para pembeli daripada virus Covid-19. Alhamdulillah!

Apa yang lebih menggembirakan Hans ialah semua peniaga yang terlibat di dalam PLATS ini juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum terpilih di dalam platform ini. Jadi, Hans tidak perlu risau lagi dari sudut kesihatan kerana peniaga-peniaga yang terlibat sudah mendapat suntikan. 


DIMANAKAH LOKASI PLATS INI BEROPERASI?
Memang bertuah rasanya Hans sebab bekerja dan tinggal di negeri Selangor Darul Ehsan sebab e-Kitchen PLATS ini beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Antara lokasi-lokasi yang terlibat ialah: 
 AMPANG GUYS! MERIAH BERBUKA ORANG AMPANG BULAN NIH!
 BANDAR UTAMA PUN ADA YER PLATS NIH!
 BANGI WEH! DEKAT DENGAN RUMAH HANS! HAHA!
 SALAK TINGGI PUN ADA YER!
 SERONOK LAH ORANG SEMENYIH!
MELOMPAT KERIANGAN LAH WARGA SHAH ALAM SEKALIAN!

Mesti anda tertanya-tanya kan? Tadi, Hans kata ada 12 buah lokasi. Tetapi, kenapa hanya ada 6 lokasi sahaja yang Hans kongsikan? Sebenarnya memang ada 12 lokasi. Kalau anda nak tahu lokasi selebihnya maka anda kenalah rujuk laman rasmi media sosial PLATS di laman Facebook dan Instagram mereka kerana pihak PLATS akan umumkan 6 lagi lokasi ini di laman sosial rasmi mereka.

MENU APA YANG ANDA BOLEH BELI MELALUI PLATS?
Seperti yang Hans bagitahu dari awal perkongsian info menarik tentang PLATS ini, Hans sangat teringin nak makan murtabak. Al-maklumlah lama sangat tak melantak murtabak ini sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Hans bukan apa para pembaca sekalian. Berbuka puasa dengan makan murtabak nih, dia punya feel tu memang lain macam sikit!

Jadi, Hans memang seronok melompat-lompat lah apabila hajat di hati nak menikmati murtabak pada bulan Ramadan kali ini akhirnya tercapai dengan bantuan PLATS ini. Selain murtabak, memang ada macam-macam lagi menu lain yang anda semua boleh beli dan makan sewaktu berbuka puasa nanti. Nama pun e-Bazar kan? Mestilah macam-macam makanan dijual untuk para pelanggan. Antaranya menu yang terdapat di dalam e-Kitchen PLATS ialah: 
AYAM PERCIK! YUMMY!
BUBUR CHA CHA YANG SEDAP DAN MANIS
CENDOL GUYS! GULP! TABAHKAN IMANKU!
HILANG KEMPUNAN DAPAT MAKAN MURTABAK!
KAMBING BAKAR WEHHHH!! SEDAPNYA YA ALLAH!
TERLIUR BEB TENGOK NASI KERABU! FUH!
PELBAGAI KUIH-MUIH DIJUAL! CONFIRM PUAS HATI PUNYA!


BAGAIMANA NAK MEMBELI MAKANAN DI PLATS?

Waktu-waktu PKP ini, orang yang tak pandai beli atau tempah makanan secara atas talian atau online pun boleh jadi pakar. Contoh terdekat ialah Hans sendiri. Hahaha! Kalau  sebelum ini memang Hans adalah sejenis manusia yang tidak pernah langsung membeli atau menempah makanan secara online. Tetapi, sejak PKP ini Hans mulai belajar dan sebenarnya ianya lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga. Jadi, bagaimana nak membuat tempahan atau nak membeli makanan kesukaan anda untuk berbuka nanti di PLATS? Memang tak susah langsung! Anda boleh lihat gambar dibawah untuk melihat cara-cara yang mudah untuk menempah makanan anda melalui PLATS.
Sangat mudah kan? Anda boleh membuat pesanan melalui laman web PLATS iaitu https://www.plats.com.my bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Jangan lewat kerana risau makanan yang anda inginkan habis pula nanti.


WAKTU PENGHANTARAN DAN SIAPA PENGHANTAR MAKANAN? 
Penghantaran makanan anda pula akan bermula pada pukul 3.30 petang hingga pukul 7.00 malam. Anda mesti risau memikirkan siapa pula yang akan hantar makanan anda selepas anda membuat tempahan kan? Jangan risau lah! Tidak perlu takut kerana PLATS mempunyai rakan penghantaran yang hebat-hebat dan boleh dipercayai seperti Grab, Mr. Speedy, ZeptoExpress, Slurp!, Bungkusit dan MatDespatch. Semua rakan penghantar ini sudah dikenali ramai dan Alhamdulillah sememangnya makanan akan sampai dengan selamat dan sempurna. Jadi, buat anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang PLATS atau ingin segera menempah makanan, minuman serta pencuci mulut kesukaan anda, apa kata layari laman sesawang dibawah sekarang. 

Laman Web:

Instagram:

Facebook:

P/S : Selamat Berbuka Puasa Dengan Menu-Menu Yang Sedap Daripada PLATS Selepas Ini!


34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Murtabak tu sedapnya... tapi lepas tengok kat buletin utama ada yang jual karipap angin jadi berbelah nk cuba membeli

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu karipap angin..haha
      murtabak xboleh buat jadi murtabak angin
      hehehe

      Padam
  2. Ampang ada... Itu yg penting! Lepas ni kalau teringin mmg order la... Gigihnya rasa nak keluar beli brg semata nak masak 😂😂 hopefully harga berbaloi dgn rasa 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tahu xper
      tak ada lah rasa kempunan bulan puasa tahun nih
      hehehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. memang naiseeee
      selamat menggunakan PLATS mulai hari ini

      Padam
  4. Mudah sangat bila online..tak payah nak keluaq beli..menu pun nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah jimat masa nak cari parking
      jimat tenaga nak berjalan
      hehehehe

      Padam
  5. Memang nampak sedap la semua hidangan dari Plats.. Thanks hans sharing this info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama
      selamat membeli makanan dekat Plats

      Padam
  6. Peegh semua ada.. Senang nak membeli ni.. Nak usha la.. Harap harga semua ok

    BalasPadam
  7. Saya ni pun tak terer sangat bab memasak haha. Ada masa kalau malas, memang beli je lah lauk pauk, so senang. Nasi kerabu tu nampak sedap sangat 😆

    Time pkp ni, benda macam ni memang berguna sebab nak keluar rumah beli makanan kat luar pun cuak, so beli secara online je lah senang 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe betul lah tu
      lagi pun yang meniaga orang-orang yang jual dekat bazar sebelum nih juga
      so mesti sedap-sedap

      Padam
  8. puchong cover tak ? kalau cover senang dah nak oder ni.. terliur tengok semuanya.. adei..

    BalasPadam
  9. ada cendol tuuuu. hmmm kat salak tinggi? T_T

    BalasPadam
  10. Wah senang untuk orang Selangor kalau nak order food delivery just go to app ni

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. alhamdulillah
      memudahkan nak mencari dan membeli juadah berbuka :)

      Padam
  12. Wow...kambing bakar...memang dekat dengan tempat tinggal saya... platform yang memudahkan...

    BalasPadam
  13. Salam, good info. At least boleh share dengan boss besar sbb ada orang suggest kat dia pasal e-kitchen ni.

    On my side..tepu dah otak ni start dari mula pkp sampai la ni dok fikir nak masak apa. It's time untuk menggunakan hujung jari. yezzaaa..

    BalasPadam
  14. Bangi pun ada tu. Lebih mudah untuk membeli...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama