Isnin, 11 Mei 2020

Nikmati Sebelas Menu Berbuka Yang Lazat Daripada Connexion Conference & Event Centre

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi pakej makanan berbuka puasa yang anda boleh cuba kerana Hans sendiri dah mencubanya dan terbukti kesemua menu tersebut lazat dan menyelerakan. Menu-menu ini datangnya daripada Connexion Conference & Event Centre sempena 2020 Ramadan Family Meals yang menawarkan pelbagai hidangan berbeza setiap hari.

2020 RAMADAN FAMILY MEALS
CONNEXION CONFERENCE & EVENT CENTRE 
,
Set Untuk 2 Orang (9 Menu):
RM70

Set Untuk 5 Orang (11 Menu):
RM110

Senarai Menu Mengikut Hari:


Instagram:

Facebook:

Sebenarnya pada tahun lepas, Hans memang berkesempatan menikmati Buffet Ramadan di Connexion Conference & Event Centre ini dan diakui menu-menu memang menarik dan menyelerakan. Alhamduillah, Hans memang tidak sangka masih berpeluang untuk menikmati juadah pilihan yang sedap-sedap belaka dimana Hans memilih untuk mencuba pakej menu untuk Hari Sabtu yang kuantiti makanannya bersesuaian untuk 5 orang makanPakej ini menawarkan 11 menu untuk Hans cuba iaitu:

1) AYAM PERCIK

2) DAGING MASAK SOS TIRAM

3) KARI KAMBING UTARA

4) ASAM PEDAS IKAN HALIBUT

5) SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN

6) PAJERI TERUNG

7,8,9) ULAM PLATTER WITH ANEKA SAMBAL, KURMA & NASI PUTIH

10&11) CHEF'S CHOICE DESSERT & CAKE :
DURIAN SWISS ROLLED & CHOCOLATE BANANA BUTTERSCOTCH

Serius memang kuantiti makanan yang diperoleh betul-betul cukup untuk 5 orang makan. Lepas tu menu Kari Kambing memang terbaik bak hang sebab langsung tidak berbau hamis! Dagingnya pula sangat lembut dan sedap! Selain itu, Hans memang rasa seronok dapat makan sayur asparagus sebab dah lama Hans mengidam nak makan asparagus sewaktu PKP nih. Hahaha! Paling memukau semestinya Durian Swiss Rolled dia. Sumpah sedap! Rasa durian yang padu tetapi yang bagusnya Hans langsung tak rasa muak bila makan kek nih! Kek ini hanya boleh disimpan selama 3 hari di dalam peti sejuk tetapi jangan risau sebab hanya berbaki suku sahaja lagi. Hahaha! Sumpah anda kena cuba! Rugi sangat kalau tak makan kek durian yang sedap nih!


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa dengan menu yang lain daripada kebiasaan anda, maka Hans sangat mencadangkan untuk anda menempah Pakej 2020 Ramadan Family Meals daripada Connexion Conference & Event Centre mengikut hari kesukaan anda. Selain lazat, Hans merasakan ianya sangat berbaloi kerana kuantitinya yang sangat banyak dan boleh dimakan seisi keluarga sewaktu berbuka sehingga waktu bersahur. Selamat mencuba dan berbuka puasa dengan juadah-juadah yang terdapat di dalam 2020 Ramadan Family Meals daripada Connexion Conference & Event Centre!

46 ulasan:

  1. Nampak menarik semua menu ni, puasa kali ni tidak dapat nak berbuka secar buffet di luar.

    Jemput baca dan komen,
    https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      memang menarik dan sedap-sedap
      semalam makan ayam percik pula
      sedap sungguh

      Padam
  2. Huihh ok sangat ni, sorang bayaq RM22 ja paihtu dapat makan sampai 11 jenis juadah special 😎👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...
      memang berbaloi
      5 orang pun dah macam 10 orang dah kuantiti lauk dia
      banyak gila
      hahaha

      Padam
  3. waa banyak menu depan mata tu. makan berapa orang tu? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. menu ni untuk 5 orang
      tapi kalau jenis makan sikit...10 orang pun boleh makan nih..
      macam Hans lak makan berdua je dgn housemate
      dah banyak dah habis...
      housemate makan tak berhenti...hahaah

      Padam
    2. mang aihhh 2 orang? hahaha mesti bersandar je lepas tu. eh ke tak? hehe

      Padam
    3. tak adalah terus makan semua tu....
      dalam 3 hari semua habis lah...
      yang mana tak boleh simpan memang habiskan hari pertama
      hehehe

      Padam
  4. Senang makan makanan hotel di rumah. Buffet di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah kan
      hehehehe
      rasa macam masak sendiri dekat rumah pula

      Padam
  5. Wah! banyak menu untuk 2 orang tu sekali sekala oklah kot dengan harga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      kalau makan berlima lagi cepat habis

      Padam
  6. tengok sudah tahu sedap dan lazat..

    lebih-lebih masa berpuasa begini..

    terbaik la bro

    BalasPadam
  7. connexion yg dekat ioi putrajaya tu ye ... menyelerakan menu nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tahu connexion ni dekat bangsar
      yang putrajaya tak pasti pula

      Padam
  8. sedapnya kari kambing tu! durian swiss roll lagikk...aduhh! memang berbaloi2 kalo banyak tu makanannya...selamat berbuka hans!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      ayam percik dia pun sedap sungguh
      memang bertambah nasi kitaorang makan
      siap masak nasi lain lah
      hahahaha

      Padam
  9. Boleh sambung mkn Lepas Tarawih Tu Hans.. moreh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tiga hari habiskan...
      sehari habiskan satu dua lauk dulu
      hari pertama habiskan yang mana tak boleh simpan dalam peti ais
      hehe

      Padam
  10. Durian swiss roll tu yg sgt mengancam..sedapnya..blm makan kmbing bulan puasa ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang mengancam
      sehari jer dah habis
      hahahaha

      Padam
  11. set utk 2 org dgn 9 menu.. tu pon dah banyak.. kalo dekat dah order ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheeh
      silalah order
      serius tak menyesal
      sedap gila

      Padam
  12. Wuaah tampilan swiss durian dan cokelat butterscoth banana berhasil membuat air liur saya menetes melihatnya, Hans ...
    That's so yummyyyy ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      swiss roll durian tu serius sedap

      Padam
  13. wow sedap semuanya pandang saja dh terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau makan confirm bertambah nasi
      macam kitaorang siap masak balik nasi putih sebab dah habis masa round 1st
      hahaha

      Padam
  14. selalu tgok hans makan buffet kat hotel, kalini mcm lain sikit bila bungkus makan kat rumah je
    tapi nampak sedap semua makanan tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      sebab PKP kan
      tetapi sebenarnya memang feel lebih makan dekat rumah
      sebab makanan boleh simpan dan boleh pilih nak makan yang mana satu
      kalau buffet hotel, nak kena rasa semua
      hahahaha

      Padam
  15. Tengok gambar kat sini pun dah tahu sangat sedap. Takpelah, tahun ni tak dapat berbuffet iftor, masih dapat berbuka dengan menu air tangah chef kan..harga pun berbaloi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      berbaloi sangat
      portion 5 orang pun dah macak 6-7 orang dah
      hahaha

      Padam
  16. ya ampun sedapnya semua lauk pauk tu.. kenyang kot kalau makan berdua je pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      3 hari kenyang
      atur-atur nak makan yang mana dulu
      sedap semuanya

      Padam
  17. Huih kalau akak yg set 2 orang tu boleh makan 4 org, banyak pilihan lauk lak tu.... harga berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang set 5 orang nih...
      7-8 orang pun cukup
      hahahaha

      Padam
  18. uish banyaknya makanan, sangat berbaloi-baloi, ni bukan boleh buat berbuka puasa, boleh simpan untuk sahur sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      memang simpan untuk sahur
      sedap gila makan sahur
      hahaha

      Padam
  19. Wow banyak betul menu. durian swiss roll tu paling rare lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling rare dan sedap gila
      peminat durian macam Hans memang layan betul masa makak kek nih

      Padam
  20. Wah semua menu nampak sedap. Berbaloi sangat2 nih. Salam kenal dan saya follow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap-sedap belaka
      salam kenal juga
      thanks sudi follow blog Hans :)

      Padam
  21. aduh sedapnya hans ioo apesal la mama singgah waktu tgh hari hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sabarlah kerana sabar itu separuh dari iman
      hehehe

      Padam
  22. menariknya...sampai 11 ni boleh buat sahur trus....semua pun nampak sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yes memang sedap-sedap
      sangat berbaloi

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com