Sabtu, 6 Jun 2020

Jom Makan Otak-Otak Sedap Dari Otak Boi

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau sebut tentang salah satu makanan identiti yang sedap dan wajib dimakan di negeri Johor Darul Takzim mesti perkara pertama yang terbayang difikiran Hans ialah Otak-Otak. Jadi, Hans nak tanya anda semua! Siapa disini yang suka makan otak-otak? Lazat sehingga menjilat jari kan? Rugi betul kalau anda tak makan otak-otak sebab rasanya memang sedap tambah-tambah kalau ianya dihasilkan oleh orang tempatan Johor sendiri.


Jadi, baru-baru ini Hans memang teringin sangat nak makan otak-otak dan tiba-tiba Hans diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk berkesempatan mencuba pelbagai jenis produk Otak-Otak yang dihasilkan dan dipasarkan oleh pihak Otak Boi. Serius Hans sendiri memang rambang mata sebab ada pelbagai jenis produk makanan berasaskan Otak-Otak yang dijual oleh pihak Otak Boi ini. Semua sedap pula tu! Memang bersyukur sangat dapat makan makanan sedap.


Satu perkara yang menarik tentang syarikat Otak Boi yang menghasilkan pelbagai jenis makanan sejuk beku berasaskan otak-otak ini kerana ia merupakan perniagaan keluarga Encik Marvin yang berasal dari Muar, Johor. Mula beroperasi sejak tahun 2006 lagi dengan menggunakan resipi turun-temurun yang dikekalkan untuk memastikan produk otak-otak yang dihasilkan mereka menepati kualiti serta paiwaian rasa seperti mana yang diinginkan oleh peminat makanan otak-otak ini sendiri. Memang terbaik rasa makanan-makanan keluaran mereka.


Apa yang membuatkan Hans lebih tertarik dengan produk sejuk beku Otak-Otak keluaran Otak Boi ini semestinya kerana ianya merupakan produk yang telah disahkan Halal oleh pihak JAKIM. Jadi, Hans tidak perlu risau atau ragu-ragu lagi untuk membeli produk ini apatah lagi menjamah hidangan otak-otak yang lazat ini bersama keluarga tersayang mahu pun dengan rakan-rakan di tempat kerja. 


Jadi, Hans sememangnya tidak sabar-sabar lagi nak kongsikan beberapa produk sejuk beku Otak-Otak daripada Otak Boi ini yang anda wajib cuba kerana rasanya yang sedap dan telah berjaya memikat hati Hans iaitu:

1) OTAK-OTAK IKAN (MINCED FISH)
Harga:
RM9

Ulasan:
Nikmat apa lagi yang ingin kamu dustakan? Sebagai sebuah produk sejuk beku, rasa otak-otak ikan ini memang boleh dibanggakan. Serius sedap betul weh! Lebih menarik sebab produk makanan ini menawarkan zat-zat seperti Omega 3, DHA dan EPa tanpa menggunakan sebarang pewarna tiruan. Jadi, Hans memang sangat suka dengan produk otak-otak ikan ini yang menggunakan isi ikan mackerel ini. Serius lazat! Rugi kalau hangpa semua tak cuba!

2) NUGGET OTAK-OTAK
Harga:
RM12

Kuantiti:
14 Keping

IGTV Review:

Ulasan:
Nugget Otak-Otak ini memang menarik sebab kombinasi otak-otak dengan serbuk nugget itu memang kena. Hans tak tahu citarasa anda tetapi Hans lebih suka makan nugget otak-otak ini secara terus sahaja. Tetapi, ia menjadi berganda-ganda sedap jika makan dengan sos cili. 
Hans cuba tiga kaedah untuk makan nugget otak-otak ini iaitu yang dimasak secara goreng, dimasak menggunakan air fryer dan juga dengan cicah sos cili. Bagi Hans memang nugget otak-otak ini sangat sesuai digoreng serta dimakan bersama sos. Serius sangat puas hati sebab rasa otak-otaknya betul-betul segar dan padu!

3) PIZZA OTAK-OTAK
Harga:
RM16

IGTV Review:
RASA PIZZA OTAK-OTAK

Ulasan:
Ini adalah antara produk otak-otak daripada Otak Boi yang Hans sangat teruja sekali nak makan. Sebab ini merupakan kali pertama Hans menikmati pizza yang mana toping di atasnya adalah otak-otak. Alhamdulillah! Dekat rumah Hans ada Air Fryer jadi memang seronok lah Hans sebab dapat masak pizza ini dengan jayanya. 
Panaskan Air Fryer dengan suhu 200 darjah celcius selama 4 hingga 5 minit. Kemudian panaskan Pizza Otak-Otak ini dengan suhu yang sama. Alhamdulillah memang masak dengan sekata. Rasanya serius sangat sedap! Hans makan dengan begitu nikmatnya. Sedar-sedar dah habis makan dalam masa 5 minit. Memang kenyang dan layan betul makan Otak-Otak Pizza nih. Terbaik!!

4) PAU OTAK-OTAK
Harga:
RM12

Kuantiti:
9 Biji

Ulasan:
Selalu kita makan pau kacang merah lah! Pau kaya lah! Pau coklat lah! Jadi, cuba anda bayangkan apabila inti di dalam pau yang dimakan berisi otak-otak! Hans masa mula-mula tu rasa agak skeptikal juga tetapi bila Hans sudah rasa pau otak-otak ini memang 9 biji pau ini terasa sekejap jer habis. Hahaha! Kebetulan baru beli bekas kukus jadi dapatlah masak pau ini dengan jayanya. Saiz pau boleh tahan dan isi otak-otak di dalam pau pun mewah! Senang cakap memang berbaloi sangat-sangat dengan harga produk yang dibeli ini!

5) SOTONG OTAK-OTAK
Harga:
RM10

Ulasan:
Selalu kita makan otak-otak yang isinya ikan kan? Apa kata sesekali anda ubah selera pula. Jom cuba Otak-Otak Sotong ini. Rasa sotongnya memang unik dan menawarkan rasa yang sangat segar walaupun produk ini produk sejuk beku. Jadi, kalau anda peminat menu berasaskan sotong maka memang anda akan suka dengan produk sotong otak-otak ini. Sedap!

6) MOCHI DURIAN
Harga:
RM14

Kuantiti:
6 Biji

IGTV Review:
MOCHI DURIAN : MACAM MAKAN AISKRIM

Ulasan:
Ini adalah produk Otak Boi yang tiada otak-otak tetapi istimewanya sebab ianya menawarkan isi durian yang memang anda tidak boleh tolak! Pakai durian Musang King weh! Gila tak sedap! Mochi Durian ini boleh dimakan melalui dua cara iaitu dengan menyahbekukan @ defrost Mochi Durian ini lebih kurang dalam 5 minit ke 10 minit macam tu. Selepas itu, anda boleh nikmatinya dengan gembira sekali sebab rasanya macam makan aiskrim durian yang tersangat mewah rasanya. Kalau nak bakar di dalam oven pun boleh dalam 3 hingga 4 minit macam itu pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Apa-apapun, memang tidak rasa rugi langsung kalau beli produk Mochi Durian ini. Terbaik!


Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk sejuk beku Otak-Otak dari Otak Boi yang hebat ini, anda boleh melayari laman sesawang dan laman sosial Otak Boi seperti yang Hans kongsikan dibawah. Hans pasti anda semua akan berpuas hati bukan sahaja kerana rasanya yang sedap tetapi juga dengan harganya yang sangat berpatutan dan penyediaannya yang sangat mudah. Selamat mencuba dan menjamu selera!

OTAK BOI
FROZEN MUAR OTAK-OTAK

Operasi Perniagaan:
10.00 Pagi - 6.00 Petang 

Hari Penghantaran:
Sabtu & Ahad 

Waktu Penghantaran:
12.00 Tengahari - 2.00 Petang 

Whatsapps: 
0178875329

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

52 ulasan:

  1. Otak-otak dipelbagaikan dalam makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. variasi kan
      macam-macam jenis makanan ada

      Padam
  2. OTAK2 PELBAGAI JENIS..SEDAP TU MENJAMU SELERA

    BalasPadam
  3. Waaa nampak sedapnyaaa, peberet Sis makanan berasaskan otak-otak ni...nak gak laaa cari nanti...kecurr sudah...

    BalasPadam
  4. Fav kita ni otak²... lg dapat lepas di panggang tu...

    Pau tu mcm menarik je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua sedap-sedap
      Hans dah makan banyak dah
      hahahaha

      Padam
  5. That looks super delicious! I love tasting different dishes from different places! I haven't tasted Otak Otak yet but I am sure it is delicious and very tasty!

    BalasPadam
    Balasan
    1. absolutely very delicious.
      U must try it at least once in your life :)

      Padam
  6. terbaik... semoga maju perniagaan mereka.

    BalasPadam
  7. memang nampak sedap betul tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang sedap
      puas hati masak dan makan
      sebab sedap

      Padam
  8. Dah pelbagai jenis..tapi memang sedap

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. yeahh
      memang padu
      puas hati makan
      sedap-sedap belaka

      Padam
  10. Otak2 yang dipelbagaikan... menarik dan nampak sedap tuuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sedap-sedap
      memang seronok makan
      hehehe

      Padam
  11. waaa sedap tu otak-otak. Musim PKP ni kena ada frozen food. Lagi lagi makanan rare macam ni yang susah nak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah
      itulah
      bila lapar jer boleh masak terus
      memang seronok makan otak-otak

      Padam
  12. wah, dah dipelbagaikan otak-otak ni. Biasa makan yang tradisi tu je. ada rezeki ke muar boleh cuba, mana tahu kena dengan selera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang frozen food otak Boi nih tak perlu pergi Muar dah
      hehehe

      Padam
  13. kita suka otak2..tapi yang tradisi dalam daun tu je lah...dengan yang popia...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah
      kena try nugget dan lain2
      memang otak-otak ni masuk semua resipi

      Padam
  14. Sedap tu otak2. Paling tertarik otak2 pau dan pizza tu..nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap-sedap
      seronok jer Hans makan

      Padam
  15. Otak otak memang favourite. Lamanya tak makan otak otak. Ni yang rasa gatal tapak tangan nak beli ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      hilang rindu Hans nak makan otak-otak sebab dapat makan Otak-Otak dari Otak Boi nih

      Padam
  16. Baru tau rupanya otak-otak boleh jadi buat pelbagai jenis menu lain. Selalu jumpa yg versi otak-otak bakar je 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      macam-macam ada
      ada nugget
      ada pau
      ada pizza
      semua sedap-sedap :)

      Padam
  17. banyak produk nya..mochi durian tu yg paling nak cuba..

    BalasPadam
  18. kalau jumpe kt sini, memang try dah

    BalasPadam
  19. Macam2 produk otak2 dia keluarkan. Mochi durian pun ada. Dapnya.

    BalasPadam
  20. Wah, bermacam jenis otak-otak sekarang nie yea.. Yang perisa durian pun ada..

    BalasPadam
  21. Banyak variasi & menarik. Bleh try

    BalasPadam
  22. Wah,sepertinya otak ikan itu lezat sekali, Hans.
    Apakah dipasarkan di Indonesia juga ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya setakat ini masih di Malaysia
      kena datang Malaysia lah untuk makan :)

      Padam
  23. Woww....banyaknya produk dr otak otak

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang seronok makan sebab semua sedap-sedap

      Padam
  24. Assalamualaikum... wow.. otak2 dah melalui revolusi. Boleh terjah pasaran antarabangsa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam
      itulah
      sekarang tengah nak perkenalkan dekat market Malaysia dulu
      hehehe

      Padam
  25. Rotiboy dah ada, ni otak boi pulak. Banyak pilihan 👍👍😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yes.
      otak boi pula dan memang diorang banyak produk
      semua pun sedap-sedap belaka

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com