Khamis, 23 Julai 2020

Marrybrown Nasi Kandar : Kembali Dengan Dua Ketul Crispy Chicken

Khamis, Julai 23, 2020 20
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini peminat nasi kandar? Berita baik untuk anda semua kerana kini anda boleh menikmati nasi kandar yang padat dengan ayam dan kuah kari di semua cawangan Marrybrown sekarang.



Untuk pengetahuan semua, Marrybrown telah kembali membawakan semula menu yang disukai ramai iaitu Marrybrown's Nasi Kandar dimana kali ini ianya lebih istimewa apabila set ini didatangkan dengan 2 ketul Crispy Chicken berbanding hanya 1 ketul sebelum ini untuk menepati apa yang mereka katanya sebagai ekstra 'PUAS-NESS'.


Apa yang menarik tentang menu terbaru daripada Marrybrown ini kerana ia betul-betul membuatkan sesiapa yang menikmatinya berasa sangat kenyang, berpuas hati dan memang betul-betul puas. Bukan sekadar dapat menikmati nasi kandar bersama 2 ketul Crispy Chicken tetapi menariknya kerana Marrybrown memberikan kuah kari yang melimpah-limpah. Memandangkan Hans ini memang sejenis manusia yang suka makan nasi dengan kuah kari yang banjir jadi Hans sememangnya betul-betul setuju dengan apa yang dinyatakan sebelum ini iaitu ekstra 'PUAS-NESS'. 



Marrybrown Nasi Kandar ini didatangkan dengan dua pilihan yang enak dimana anda boleh memilih untuk menikmati Nasi Kandar dengan 2 ketul ayam atau Nasi Kandar dengan 1 ketul ayam. Dibawah Hans senaraikan menu-menu yang terdapat di dalam setiap set ini.

NASI KANDAR 2-PCS CHICKEN COMBO 
(HARGA BERMULA DARIPADA RM16.20)
- 2 ketul MB Crispy Chicken
- Nasi
- 1 biji telur rebus
- Kuah Kari
- Bendi
- Papadom
- Heaven and Earth Ice Lemon Tea (R)

NASI KANDAR 1-PC CHICKEN COMBO 
(HARGA BERMULA DARIPADA RM12.70)
- 1 ketul MB Crispy Chicken
- Nasi
- 1 biji telur rebus
- Kuah Kari
- Bendi
- Papadom
- Heaven and Earth Ice Lemon Tea (R)


Sebagai peminat menu-menu menarik di Marrybrown, Hans sendiri gembira dapat menikmati menu Nasi Kandar 2 PCS Chicken Combo yang memang cukup mengenyangkan ini. Jadi, anda harus segera mencuba menu ini di cawangan Marrybrown berdekatan dengan tempat tinggal anda kerana menu ini hanya dijual dalam tempoh waktu yang terhad iaitu bermula daripada 16 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020 sahaja. Namun, jika anda terlepas peluang keemasan ini jangan risau kerana anda masih dapat menikmati Nasi Kandar 1 PC Chicken yang akan dijadikan sebagai menu tetap di Marrybrown selepas tamat promosi ini nanti.


Buat anda yang lebih selesa untuk menikmati Marrybrown Nasi Kandar ini di rumah maka Hans turut ada satu berita baik buat anda semua. Anda boleh memesan menu ini terus ke rumah anda melalui aplikasi Food Panda dimana terdapat tawaran ekslusif yang cukup menarik pada Foodpanda Deal. Anda boleh menikmati 2 Set Nasi Kandar 1 PC Chicken Combo dengan harga bermula pada RM22 sahaja pada tarikh 16 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020. Jimat bukan?

Jadi, selamat mencuba set Marrybrown Nasi Kandar 2 Pcs Ayam ini secepat mungkin kerana anda pasti sangat berpuas hati. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #NasiKandarMB #KiniKembaliLagi 

Selasa, 21 Julai 2020

Vivo X50 Series Tawarkan Teknologi Kamera Gimbal

Selasa, Julai 21, 2020 12
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 16 Julai 2020 yang lepas, pihak vivo Malaysia telah memperkenalkan model telefon terbaru mereka yang lebih hebat untuk pasaran Malaysia iaitu siri vivo X50 dimana terdapat dua jenis model yang ditawarkan iaitu vivo X50 dan vivo X50 Pro.

Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan Vivo X50 Pro

Majlis pelancaran ekslusif untuk media yang berlangsung dengan cukup meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya ini telah memberi Hans peluang untuk melihat dengan lebih dekat serta mencuba sendiri fungsi-fungsi yang ditawarkan pada model vivo X50 Series kali ini. Apa yang Hans boleh nyatakan ialah model terbaru keluaran Vivo Malaysia ini bukan calang-calang tetapi cukup hebat dan luar biasa.


Apa yang membuatkan Hans cukup tertarik dengan siri vivo X50 ini adalah disebabkan oleh pelbagai spesifikasi yang cukup menarik telah ditawarkan dari sudut teknologi kamera terkini pada model ini dan semestinya memberikan fokus kepada bidang fotografi. Jadi, Hans yakin memang hasil yang bakal diperoleh melalui gambar mahu pun video yang anda ambil akan kelihatan cukup cantik, berkualiti dan semestinya sangat hebat dipandang. 


Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah teknologi gimbal yang terdapat pada fungsi kamera untuk siri vivo X50 kali ini yang membantu menstabilkan video serta imej yang kita ambil atau rakam walaupun dalam keadaan yang sukar seperti berlari. Dijana pula oleh Snapdragon 765G menjadikan vivo X50 ini sememangnya model yang cukup luar biasa pernah dihasilkan oleh mereka setakat ini.


Selain diperkukuhkan dengan sokongan 5G yang ternyata akan membuatkan segala urusan atau permainan di dalam talian menjadi sangat pantas dan mudah, siri vivo X50 ini juga turut dilengkapi dengan 4 lensa kamera di bahagian belakang yang menyokong hasil kualiti rakaman yang anda inginkan serta turut membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar yang cukup menarik pada waktu malam melalui fungsi seperti Extreme Night Vision dan Super Macro.


Dibawah merupakan 4 lensa kamera yang terdapat pada model terbaru vivo X50 Series ini:
- Kamera 48MP + 8MP (Super Ultra Lebar)
- Kamera 13MP (Lensa Potret)
- Kamera 8MP (5x Teleskopik)
- Kamera 32MP (Swafoto)


Selain itu, Hans juga cukup tertarik dengan keupayaan model vivo X50 Series ini yang menawarkan fungsi 3D Sound Tracking dimana model ini mampu merakam suara seseorang walaupun dari jauh dengan cukup jelas melalui fungsi yang ditawarkan. Memang cukup mengagumkan! 


Model vivo X50 ini menampilkan dua pilihan warna menarik yang anda boleh pilih iaitu Frost Blue dan Glaze Black. Manakala model vivo X50 Pro pula hanya menawarkan pilihan warna Alpha Grey. Tetapi, setiap pilihan warna ini boleh Hans katakan tampak cukup ekslusif dan mengangkat imej pengguna model ini ke tahap yang cukup elegan. 

SENARAI FUNGSI PENUH MODEL VIVO X50
HARGA : RM2399

SENARAI FUNGSI PENUH MODEL VIVO X50 PRO
HARGA : RM3199


Dengan pengecasan pantas sebanyak 33W Flash Charge 2.0, anda boleh mengetahui harga rasmi model vivo X50 ini pada hari pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 21 Julai 2020 ini melalui laman Facebook mereka seperti dibawah: 

Laman Facebook:


Khamis, 16 Julai 2020

Review Filem Train To Busan Presents: Peninsula

Khamis, Julai 16, 2020 10
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem dari Korea Selatan yang dinanti-nanti ramai iaitu Peninsula bertempat di GSC IOI Puchong pada 15 Julai 2020 yang lepas. Filem ini mengambil latar belakang yang sama seperti mana filem Train To Busan cuma kisah serta watak-wataknya sahaja yang 100 peratus berubah. Semuanya menampilkan kisah individu-individu yang baru dan memaparkan kejadian yang berlaku selepas 4 tahun negara Korea Selatan diserang wabak zombi dan dikuarantin daripada negara-negara jirannya.

P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem aksi seram dari Korea Selatan ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Peninsula dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)