Khamis, 23 Julai 2020

Marrybrown Nasi Kandar : Kembali Dengan Dua Ketul Crispy Chicken

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini peminat nasi kandar? Berita baik untuk anda semua kerana kini anda boleh menikmati nasi kandar yang padat dengan ayam dan kuah kari di semua cawangan Marrybrown sekarang.



Untuk pengetahuan semua, Marrybrown telah kembali membawakan semula menu yang disukai ramai iaitu Marrybrown's Nasi Kandar dimana kali ini ianya lebih istimewa apabila set ini didatangkan dengan 2 ketul Crispy Chicken berbanding hanya 1 ketul sebelum ini untuk menepati apa yang mereka katanya sebagai ekstra 'PUAS-NESS'.


Apa yang menarik tentang menu terbaru daripada Marrybrown ini kerana ia betul-betul membuatkan sesiapa yang menikmatinya berasa sangat kenyang, berpuas hati dan memang betul-betul puas. Bukan sekadar dapat menikmati nasi kandar bersama 2 ketul Crispy Chicken tetapi menariknya kerana Marrybrown memberikan kuah kari yang melimpah-limpah. Memandangkan Hans ini memang sejenis manusia yang suka makan nasi dengan kuah kari yang banjir jadi Hans sememangnya betul-betul setuju dengan apa yang dinyatakan sebelum ini iaitu ekstra 'PUAS-NESS'. 



Marrybrown Nasi Kandar ini didatangkan dengan dua pilihan yang enak dimana anda boleh memilih untuk menikmati Nasi Kandar dengan 2 ketul ayam atau Nasi Kandar dengan 1 ketul ayam. Dibawah Hans senaraikan menu-menu yang terdapat di dalam setiap set ini.

NASI KANDAR 2-PCS CHICKEN COMBO 
(HARGA BERMULA DARIPADA RM16.20)
- 2 ketul MB Crispy Chicken
- Nasi
- 1 biji telur rebus
- Kuah Kari
- Bendi
- Papadom
- Heaven and Earth Ice Lemon Tea (R)

NASI KANDAR 1-PC CHICKEN COMBO 
(HARGA BERMULA DARIPADA RM12.70)
- 1 ketul MB Crispy Chicken
- Nasi
- 1 biji telur rebus
- Kuah Kari
- Bendi
- Papadom
- Heaven and Earth Ice Lemon Tea (R)


Sebagai peminat menu-menu menarik di Marrybrown, Hans sendiri gembira dapat menikmati menu Nasi Kandar 2 PCS Chicken Combo yang memang cukup mengenyangkan ini. Jadi, anda harus segera mencuba menu ini di cawangan Marrybrown berdekatan dengan tempat tinggal anda kerana menu ini hanya dijual dalam tempoh waktu yang terhad iaitu bermula daripada 16 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020 sahaja. Namun, jika anda terlepas peluang keemasan ini jangan risau kerana anda masih dapat menikmati Nasi Kandar 1 PC Chicken yang akan dijadikan sebagai menu tetap di Marrybrown selepas tamat promosi ini nanti.


Buat anda yang lebih selesa untuk menikmati Marrybrown Nasi Kandar ini di rumah maka Hans turut ada satu berita baik buat anda semua. Anda boleh memesan menu ini terus ke rumah anda melalui aplikasi Food Panda dimana terdapat tawaran ekslusif yang cukup menarik pada Foodpanda Deal. Anda boleh menikmati 2 Set Nasi Kandar 1 PC Chicken Combo dengan harga bermula pada RM22 sahaja pada tarikh 16 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020. Jimat bukan?

Jadi, selamat mencuba set Marrybrown Nasi Kandar 2 Pcs Ayam ini secepat mungkin kerana anda pasti sangat berpuas hati. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #NasiKandarMB #KiniKembaliLagi 

20 ulasan:

  1. Waaaa ada menu nasi kandaq le pulakkk ekkk...
    Nak kena cuba ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      cuba-cuba
      mana tahu kena dengan selera kan

      Padam
  2. WOW MENYELERAKAN NASI KANDAR MARRY BROWN

    BalasPadam
  3. Rindu ayam goreng marrybrown!

    BalasPadam
  4. Nak kena cuba try test rasa juga ni

    BalasPadam
  5. Salam, blogwalking here. Menu Marrybrown selalu sedap sedap. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      cuba lah
      mana tahu suka
      ayam dua ketul tu
      kenyang

      Padam
  6. wahhhh sama seperti di iklan... menariknya ayam pun nampak besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam dia besar-besar juga lah makan hari tu
      kenyang jadinya

      Padam
  7. Aduh, nampak sedap jea menu kali nie.. tergugat iman akak jap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      wah..suka nasi kandar ker?
      dah try belum?

      Padam
  8. Lepas ni x yah beratur kat mana- mana restoran Nasi Kandar dh kan..Marrybrown pun ado...nampak besar2 ayam dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      makan hari tu memang ayam besar-besar
      kenyang dibuatnya

      Padam
  9. sempat rasa last week lepas beli brg dapur du mydin...alg2 dah tengah hr....terus tapau MB...portion dia agak byk bg rietta...kenyang makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      portion dia boleh tahan banyak lah
      memang kenyang perut dibuatnya
      hahaha

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com