Selasa, 21 Julai 2020

Vivo X50 Series Tawarkan Teknologi Kamera Gimbal

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 16 Julai 2020 yang lepas, pihak vivo Malaysia telah memperkenalkan model telefon terbaru mereka yang lebih hebat untuk pasaran Malaysia iaitu siri vivo X50 dimana terdapat dua jenis model yang ditawarkan iaitu vivo X50 dan vivo X50 Pro.

Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan Vivo X50 Pro

Majlis pelancaran ekslusif untuk media yang berlangsung dengan cukup meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya ini telah memberi Hans peluang untuk melihat dengan lebih dekat serta mencuba sendiri fungsi-fungsi yang ditawarkan pada model vivo X50 Series kali ini. Apa yang Hans boleh nyatakan ialah model terbaru keluaran Vivo Malaysia ini bukan calang-calang tetapi cukup hebat dan luar biasa.


Apa yang membuatkan Hans cukup tertarik dengan siri vivo X50 ini adalah disebabkan oleh pelbagai spesifikasi yang cukup menarik telah ditawarkan dari sudut teknologi kamera terkini pada model ini dan semestinya memberikan fokus kepada bidang fotografi. Jadi, Hans yakin memang hasil yang bakal diperoleh melalui gambar mahu pun video yang anda ambil akan kelihatan cukup cantik, berkualiti dan semestinya sangat hebat dipandang. 


Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah teknologi gimbal yang terdapat pada fungsi kamera untuk siri vivo X50 kali ini yang membantu menstabilkan video serta imej yang kita ambil atau rakam walaupun dalam keadaan yang sukar seperti berlari. Dijana pula oleh Snapdragon 765G menjadikan vivo X50 ini sememangnya model yang cukup luar biasa pernah dihasilkan oleh mereka setakat ini.


Selain diperkukuhkan dengan sokongan 5G yang ternyata akan membuatkan segala urusan atau permainan di dalam talian menjadi sangat pantas dan mudah, siri vivo X50 ini juga turut dilengkapi dengan 4 lensa kamera di bahagian belakang yang menyokong hasil kualiti rakaman yang anda inginkan serta turut membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar yang cukup menarik pada waktu malam melalui fungsi seperti Extreme Night Vision dan Super Macro.


Dibawah merupakan 4 lensa kamera yang terdapat pada model terbaru vivo X50 Series ini:
- Kamera 48MP + 8MP (Super Ultra Lebar)
- Kamera 13MP (Lensa Potret)
- Kamera 8MP (5x Teleskopik)
- Kamera 32MP (Swafoto)


Selain itu, Hans juga cukup tertarik dengan keupayaan model vivo X50 Series ini yang menawarkan fungsi 3D Sound Tracking dimana model ini mampu merakam suara seseorang walaupun dari jauh dengan cukup jelas melalui fungsi yang ditawarkan. Memang cukup mengagumkan! 


Model vivo X50 ini menampilkan dua pilihan warna menarik yang anda boleh pilih iaitu Frost Blue dan Glaze Black. Manakala model vivo X50 Pro pula hanya menawarkan pilihan warna Alpha Grey. Tetapi, setiap pilihan warna ini boleh Hans katakan tampak cukup ekslusif dan mengangkat imej pengguna model ini ke tahap yang cukup elegan. 

SENARAI FUNGSI PENUH MODEL VIVO X50
HARGA : RM2399

SENARAI FUNGSI PENUH MODEL VIVO X50 PRO
HARGA : RM3199


Dengan pengecasan pantas sebanyak 33W Flash Charge 2.0, anda boleh mengetahui harga rasmi model vivo X50 ini pada hari pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 21 Julai 2020 ini melalui laman Facebook mereka seperti dibawah: 

Laman Facebook:


12 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com