Jumaat, 28 Ogos 2020

Filem 'KITA' Dirakam Sepenuhnya Menggunakan vivo X50 Pro

Jumaat, Ogos 28, 2020 24

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 27 Ogos 2020 yang lepas, Hans berkesempatan menonton sebuah filem pendek berjudul 'KITA' yang berdurasi selama 9 minit. Filem pendek yang bertemakan perpaduan di Malaysia yang dihasilkan berdasarkan kisah sebenar 4 pelajar ini bukan hanya unik disebabkan jalan ceritanya tetapi apa yang menjadikan filem ini lebih istimewa kerana ianya dirakam sepenuhnya menggunakan peranti terbaru vivo X50 Pro.



Filem 'KITA' yang merupakan buah tangan pengarah terkenal Ho Yuhang sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dilihat menampilkan kualiti visual setanding dengan filem-filem pendek yang lain walaupun hanya dengan menggunakan peranti vivo X50 Pro. Ho Yuhang sendiri memberitahu bahawa ini merupakan pengalaman kali pertama beliau mengarahkan sebuah filem dengan menggunakan peranti telefon untuk menggantikan kamera. Jadi, filem ini telah membuktikan bahawa peranti hebat ini mampu memberikan satu kualiti yang bukan calang-calang kerana fungsi peranti ini yang cukup canggih.



Peranti vivo X50 Pro ini menawarkan teknologi sistem kamera Gimbal yang cukup hebat yang membolehkan setiap adegan dirakam dengan lebih jelas tanpa sebarang gegaran. Selain itu juga, model peranti terbaru ini turut menawarkan fungsi Extreme Night Vision (Super Night Mode) yang sangat membantu di dalam memberikan kualiti yang cukup menakjubkan sewaktu merakan adegan-adegan filem ini pada waktu malam. Terdapat lagi fungsi-fungsi lain seperti Super Wide Angle, Super Macro Functions serta kemampuan pemfokusan imej sehingga 60 Kali Hyper Zoom yang membuatkan kualiti keseluruhan filem 'KITA' bertaraf luar biasa.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia iaitu Mike Xu yang menyatakan bahawa filem 'KITA' telah berjaya menunjukkan satu inovasi daripada teknologi baru yang terdapat pada peranti vivo X50 Pro ini yang berjaya memberikan satu pengalaman fotografi dan videografi yang cukup lengkap. Kualiti rakamannya juga dilihat cukup menakjubkan walaupun terdapat adegan yang dirakam pada waktu malam.



Berbalik kembali kepada filem 'KITA', Hans cukup gembira menyaksikan kisah benar persahabatan para pelajar yang berbilang kaum dimana pada akhirnya ia memaparkan tentang keindahan perpaduan yang wujud di Malaysia. Hans sendiri merasakan betapa pentingnya setiap daripada kita sentiasa menjaga, memahami dan menghormati antara satu sama lain agar negara tercinta kita iaitu Malaysia sentiasa kekal harmoni. Buat anda yang ingin menonton filem pendek 'KITA' ini, anda boleh menonton filem ini di saluran Youtube dan Iflix bermula pada 27 Ogos 2020 ini. Selamat menonton!

Laman Facebook:


#vivoKita2020 #vivoX50Series #vivoX50Pro #photographyredefined 


Review Filem Tenet

Jumaat, Ogos 28, 2020 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem daripada pengarah Christopher Nolan yang amat dinanti-nantikan iaitu Tenet bertempat di GSC One Utama pada 26 Ogos 2020 yang lepas. Hans sememangnya menyukai beberapa filem arahan Christopher Nolan sebelum ini seperti Memento, Inception dan Interstellar yang pada Hans mempunyai keunikan dan misterinya yang tersendiri. Jadi, Hans mengharapkan perkara yang sama untuk filem Tenet ini dan terbukti filem Tenet juga menawarkan satu perkara yang serupa. Cumanya ia boleh dilihat terlalu bercita-cita tinggi sehingga adakalanya meninggalkan beberapa lompong besar pada keseluruhan penceritaannya kali ini.




P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem TENET dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca dan menonton :)


Rabu, 26 Ogos 2020

Jom Beli Milo Vintage Limited Editon Di PG Mall

Rabu, Ogos 26, 2020 18

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini yang gemar minum minuman Milo? Hans pasti majoriti pernah merasai hidangan ini dan ramai yang suka dengan rasanya yang sangat sedap. Macam Hans sendiri memang sejak kecil lagi sudah diperkenalkan dengan minuman Milo yang dinikmati bersama biskut atau pun roti. Paling seronok bila datangnya lori Milo ke sekolah sampaikan Hans sanggup beratur dua hingga tiga kali semata-mata nak minum Milo yang sedap ini.



Bila dah menginjak dewasa ini memang Milo digunakan di dalam pelbagai sajian mahu pun minuman. Macam Hans sendiri sukakan minuman milo tabur, kek batik milo, ais kepal milo dan ada sesetengah produk Milo itu yang Hans gunakan serbuknya untuk dimakan dengan roti. Nampak tak betapa sukanya Hans dengan produk Milo sebab Hans mengikut tagline Milo iaitu 'Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat'. Hehehe!



Tetapi, kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan produk terbaru Milo yang cukup istimewa. Apa yang istimewa kali ini ialah ianya didatangkan dengan rekaan bentuk tin terbaru buat generasi BBNU seperti Hans dimana mereka kembali memperkenalkan edisi terhad rekaan Milo Vintage Tahun 1950 yang menampilkan logo jenama Milo pada zaman dahulu. Jika anda merupakan generasi yang lahir sekitar tahun 50-an atau 70-an pasti tidak asing lagi dengan rekaan ini yang sememangnya rekaan yang sama seperti dahulu. Rekaan logo Milo pada zaman tersebut memaparkan imej seorang lelaki yang gagah dimana lelaki tersebut sedang mengangkat seekor kerbau di atas bahunya.



Hans saja lah buat kajian tentang logo edisi terhad Milo Vintage ini dan rupa-rupanya nama Milo ini adalah nama seorang atlet gusti yang sangat terkenal pada zaman Yunani purba. Milo ini sememangnya telah menjuarai pelbagai kejohanan gusti Olimpik pada zaman tersebut dan dikatakan Milo ini mengangkat seekor anak lembu atau kerbau yang baru lahir di atas bahunya dan membawa anak haiwan tersebut ke merata tempat setiap hari selama 4 tahun. Jadi, Milo menjadi sangat gagah dan kuat sehingga ianya menjadi inspirasi kepada minuman Milo untuk mengabadikan logo tersebut pada produk Milo sewaktu era 1950-an. Menarik bukan? Jadi, macam mana Hans dapatkan edisi terhad Milo Vintage ini? Mana lagi kalau bukan di PG Mall.



Untuk makluman anda semua, PG MALL merupakan satu-satunya platform e-commerce serta pusat membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Platform yang mesra pengguna ini bukan sahaja ada banyak pilihan barangan bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, PG Mall juga turut dikenali sebagai platform membeli-belah dalam talian nombor 1 buatan Malaysia yang kerap dikunjungi dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan disini disebabkan tawaran harga yang sangat memikat serta pelbagai promosi yang cukup menarik buat pengguna.



Berbalik kepada produk Milo Vintage Limited Edition, Hans telah menikmati minuman tersebut dan apa yang Hans boleh katakan rasanya memang tidak pernah mengecewakan. Sangat lazat! Selain itu, Hans juga bercadang untuk menyimpan tin Milo Vintage Limited Edition 1950 ini sebagai salah satu koleksi sebab Hans sendiri mempunyai ramai rakan yang gemar mengumpul barangan Milo serta barang-barang antik. Untung-untung nanti boleh jual balik dengan harga yang lumayan. Hehehe!


Selain MILO, Hans juga turut tidak ketinggalan memborong produk-produk minuman serta makanan Nestle yang lain seperti Nescafe Original dan Nescafe Kopi Latte kerana ia memberi peluang kepada Hans untuk menyertai peraduan NESTLE AUGUST TOP SPENDER yang kini sedang berlangsung iaitu bermula sejak 1 Ogos 2020 lagi dan akan tamat pada 31 Ogos 2020. Jadi, anda semua kena cepat-cepat serta peraduan menarik ini yang dianjurkan bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini. Apa yang seronoknya kerana pelbagai hadiah menarik ditawarkan buat pemenang bertuah. Nak tahu apa hadiahnya? 



Peraduan NESTLE AUGUST TOP SPENDER menampilkan dua kategori iaitu Pemenang Bulanan dan Pemenang Mingguan. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bagi setiap kategori ini pun bukan calang-calang tau. Kalau anda nak jadi salah seorang pemenang bukannya susah pun. Apa yang perlu anda lakukan hanya lah dengan melayari https://pgmall.my/nestle-top-spender-august dan membeli-belah barangan Nestle kegemaran atau kesukaan anda. Barang dapat dan In Sha Allah hadiah pun dapat tau. 

PEMENANG BULANAN (3 Orang):
RM100 + PG MALL Baucar

PEMENANG MINGGUAN (16 Orang):
RM50 + PG MALL Baucar


Bukan setakat hadiah buat pemenang bulanan dan mingguan sahaja, anda juga tidak perlu membayar kos penghantaran jika jumlah pembelian produk Nestle anda di PG Mall adalah bernilai RM80 dan ke atas. Senang cakap penghantaran adalah percuma! Jimat! Mudah! Menarik kan tawaran PG Mall kali ini?


Memandangkan PG Mall ini sememangnya dikenali sebagai platform membeli-belah yang cukup suka menggembirakan pelanggan mereka maka mereka menawarkan HADIAH PERCUMA iaitu sebungkus Pes Maggi Sambal Tumis untuk setiap pembelian barangan Nestle serta Everyday Malt Sachet 50g untuk pembelian barangan Nestle bernilai RM80 dan ke atas di PG Mall. Hadiah dapat! Penghantaran percuma lagi! Memang Hans seronok betul membeli-belah dekat PG Mall ini. Sangat berbaloi dan jimat!

Jadi, buat para pembaca sekalian yang ingin mendapatkan Milo Vintage Limited Edition atau ingin tahu lebih lanjut tentang tawaran hebat daripada PG Mall ini, anda boleh melayari laman sesawang serta media sosial PG Mall seperti yang Hans kongsikan di bawah ini:

Laman Sesawang:
#PGMall #Nestle #Nestlestopspender #Onlineshopping #Shoponline

Sabtu, 22 Ogos 2020

Review Filem Takut Ke Tak

Sabtu, Ogos 22, 2020 10

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah dijemput oleh pihak GSC Movies untuk menonton sebuah filem komedi seram tempatan berjudul Takut Ke Tak bertempat di GSC Mid Valley pada 18 Ogos 2020 yang lepas. Tidak dinafikan filem ini sebenarnya mempunyai banyak kelemahan ketara yang memang mudah dikenal pasti. Tetapi, apa yang membuatkan Hans memberikan filem ini jumlah penilaian yang agak tinggi adalah disebabkan Hans menyukai elemen-elemen komedi yang kena dengan jiwa Hans yang pada waktu itu menginginkan sebuah karya ringan yang melucukan.




P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem komedi seram ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem TAKUT KE TAK dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca dan menonton :)


Jumaat, 21 Ogos 2020

Menu Terbaru Marrybrown : Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals Memang Terbaik

Jumaat, Ogos 21, 2020 120
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin anda semua pasti teruja apabila melihat tajuk artikel kali ini. Hans sendiri sebenarnya memang menanti hari ini untuk berkongsikan dengan anda semua berkenaan pelancaran menu terbaru daripada Marrybrown yang memang betul-betul menyelerakan iaitu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meal yang akan mula dijual di semua cawangan Marrybrown bermula pada 21 Ogos 2020 sehingga 5 Oktober 2020



Apa yang membuatkan Hans sangat tertarik dengan menu terbaru Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meal kali ini adalah disebabkab oleh gabungan kelazatan rasa manis dan smokey yang betul-betul bersatu dengan sempurna serta dibantu oleh keenakan sajian charcoal burger dan drumettes yang cukup empuk.
.

Sebagai peminat burger Marrybrown, Hans sendiri telah jatuh cinta dengan menu S.O.S BBQ Burger Set yang memang cukup menggiurkan dan sangat kena dengan citarasa Hans sendiri. Buat anda yang merupakan penggemar ayam goreng pula, anda boleh mencuba menu S.O.S BBQ Drumette yang memang cukup lazat. Kalau anda nak rasa seperti menikmati sajian VVIP maka Hans cadangkan anda mencuba menu S.O.S BBQ Box yang menampilkan kedua-dua hidangan serta tambahan hidangan lain yang cukup membuatkan Hans rasa teruja. Setiap kombo ini juga didatangkan Hans dengan minuman Coca-Cola.


Harga untuk 3 Kombo Padu terbaru daripada Marrybrown iaitu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meal ini pun memang berpatutan sangat iaitu:

S.O.S BBQ BURGER:
(Set Termasuk 6 pc Potato Wedges, 6 pc Onion Rings dan Regular Coca-Cola) 
Bermula daripada RM15.90

S.O.S BBQ DRUMETTE (4 PC):
(Set Termasuk 6 pc Potato Wedges, 6 pc Onion Rings dan Regular Coca-Cola) 
Bermula daripada RM16.90

S.O.S BBQ BOX:
(Set Termasuk 1 S.O.S BBQ Burger, 2 pc S.O.S BBQ Drumette, 1 pc MB Crispy Chicken, 6 pc Potato Wedges dan Regular Coca-Cola) 
Bermula daripada RM22.60


Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba menu terbaru Marrybrown iaitu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals ini yang akan mula dijual pada 21 Ogos 2020 sehingga 5 Oktober 2020. Anda jangan risau kerana Hans berani beri jaminan bahawa menu edisi terhad ini sememangnya menawarkan satu rasa yang betul-betul lazat dan akan diingati oleh anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:


Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBSOSBBQMeal #SensasiOhsemSmokey

Isnin, 10 Ogos 2020

US Pizza Malaysia : Menu Baru Musang King Pizza Dan Cheese Boat Pizza

Isnin, Ogos 10, 2020 58

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di antara pembaca setia dekat blog ini merupakan peminat kepada keju, durian dan telur masin? Kalau anda minat ketiga-tiga makanan tersebut makan Hans sarankan anda untuk mencuba menu-menu terbaru yang cukup menarik daripada US Pizza Malaysia.

Kalau anda nak tahu, US Pizza Malaysia kini sedang menawarkan 3 pilihan menu yang cukup menarik dimana anda wajib cuba makan paling tidak sekali iaitu:

1) Musang King Pizza

2) Salted Egg Pizza

3) Adjaruli Kachapuri Cheese Boat Pizza

Sebagai seorang peminat durian, Hans sememangnya berasa sangat berpuas hati saat menikmati Musang King Pizza yang dijual di US Pizza Malaysia ini. Bukan pizza durian biasa mahu pun olok-olok kerana mereka menggunakan pes durian Musang King yang sebenar. Lebih membuat Hans terkejut kerana kombinasi antara durian dan keju sememangnya sangat menjadi sehingga memberikan satu rasa mewah yang sukar untuk Hans ungkapkan dengan kata-kata. Memang wajib cuba!
Hans juga turut berpeluang menikmati sendiri menu baru US Pizza Malaysia iaitu Adjaruli Kachapuri Cheese Boat Pizza yang sememangnya kaya dengan keju yang cukup menyelerakan. Apa yang membuatkan Hans berasa sangat teruja ialah Hans dapat melihat sendiri pekerja mereka menyediakan Cheese Boat Pizza ini dihadapan mata Hans sendiri dengan cara yang cukup unik dimana telur dan keju digaul, digulung dan diangkat sehingga sebati. Rasa kejunya memang cukup padu! Tidak lengkap jika anda makan di mana-mana cawangan US Pizza Malaysia tanpa memesan menu-menu sampingan seperti Mushroom Soup, Garlic Twist dan Milkshake mereka yang sememangnya sungguh menggiurkan anak tekak. Hans betul-betul sangat berpuas hati!
Satu berita baik buat para pembaca blog Hans yang menggemari pizza dimana anda semua boleh mendapatkan Personal Pizza secara percuma. Tidak susah pun! Anda hanya perlu memesan pizza dalam talian (Online) dan jangan lupa untuk gunakan Kod Promo : 666
Jadi, selamat mencuba menu-menu baharu daripada US Pizza Malaysia ini secepat mungkin kerana Hans yakin anda akan sangat berpuas hati dengan kelazatan setiap hidangan. Anda juga boleh melihat ulasan Hans tentang menu terbaru US Pizza Malaysia ini melalui perkongsian dibawah:
REVIEW HANS (YOUTUBE): 

Sabtu, 8 Ogos 2020

Review Filem Scoob!

Sabtu, Ogos 08, 2020 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem animasi yang menghiburkan iaitu Scoob! bertempat di TGV Sunway Pyramid pada 6 Ogos 2020 yang lepas. Walaupun filem animasi ini bukanlah terbaik seperti yang diharapkan namun ia masih berjaya menawarkan elemen-elemen lucu yang diperlukan tatkala pawagam-pawagam di Malaysia pada waktu kini banyak menawarkan majoriti pilihan filem yang mengecewakan. Filem ini dimulakan dengan babak imbas kembali yang menarik tentang bagaimana pertemuan awal antara Shaggy dan seekor anjing yang dipanggil Scooby-Doo sebelum mereka berdua bertemu dengan tiga lagi rakan baik iaitu Fred, Daphne dan Velma atas insiden tidak sengaja untuk mendapatkan kembali beg gula-gula kepunyaan Shaggy.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem animasi ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem SCOOB! dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)