Rabu, 26 Ogos 2020

Jom Beli Milo Vintage Limited Editon Di PG Mall

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini yang gemar minum minuman Milo? Hans pasti majoriti pernah merasai hidangan ini dan ramai yang suka dengan rasanya yang sangat sedap. Macam Hans sendiri memang sejak kecil lagi sudah diperkenalkan dengan minuman Milo yang dinikmati bersama biskut atau pun roti. Paling seronok bila datangnya lori Milo ke sekolah sampaikan Hans sanggup beratur dua hingga tiga kali semata-mata nak minum Milo yang sedap ini.



Bila dah menginjak dewasa ini memang Milo digunakan di dalam pelbagai sajian mahu pun minuman. Macam Hans sendiri sukakan minuman milo tabur, kek batik milo, ais kepal milo dan ada sesetengah produk Milo itu yang Hans gunakan serbuknya untuk dimakan dengan roti. Nampak tak betapa sukanya Hans dengan produk Milo sebab Hans mengikut tagline Milo iaitu 'Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat'. Hehehe!



Tetapi, kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan produk terbaru Milo yang cukup istimewa. Apa yang istimewa kali ini ialah ianya didatangkan dengan rekaan bentuk tin terbaru buat generasi BBNU seperti Hans dimana mereka kembali memperkenalkan edisi terhad rekaan Milo Vintage Tahun 1950 yang menampilkan logo jenama Milo pada zaman dahulu. Jika anda merupakan generasi yang lahir sekitar tahun 50-an atau 70-an pasti tidak asing lagi dengan rekaan ini yang sememangnya rekaan yang sama seperti dahulu. Rekaan logo Milo pada zaman tersebut memaparkan imej seorang lelaki yang gagah dimana lelaki tersebut sedang mengangkat seekor kerbau di atas bahunya.



Hans saja lah buat kajian tentang logo edisi terhad Milo Vintage ini dan rupa-rupanya nama Milo ini adalah nama seorang atlet gusti yang sangat terkenal pada zaman Yunani purba. Milo ini sememangnya telah menjuarai pelbagai kejohanan gusti Olimpik pada zaman tersebut dan dikatakan Milo ini mengangkat seekor anak lembu atau kerbau yang baru lahir di atas bahunya dan membawa anak haiwan tersebut ke merata tempat setiap hari selama 4 tahun. Jadi, Milo menjadi sangat gagah dan kuat sehingga ianya menjadi inspirasi kepada minuman Milo untuk mengabadikan logo tersebut pada produk Milo sewaktu era 1950-an. Menarik bukan? Jadi, macam mana Hans dapatkan edisi terhad Milo Vintage ini? Mana lagi kalau bukan di PG Mall.



Untuk makluman anda semua, PG MALL merupakan satu-satunya platform e-commerce serta pusat membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Platform yang mesra pengguna ini bukan sahaja ada banyak pilihan barangan bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, PG Mall juga turut dikenali sebagai platform membeli-belah dalam talian nombor 1 buatan Malaysia yang kerap dikunjungi dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan disini disebabkan tawaran harga yang sangat memikat serta pelbagai promosi yang cukup menarik buat pengguna.



Berbalik kepada produk Milo Vintage Limited Edition, Hans telah menikmati minuman tersebut dan apa yang Hans boleh katakan rasanya memang tidak pernah mengecewakan. Sangat lazat! Selain itu, Hans juga bercadang untuk menyimpan tin Milo Vintage Limited Edition 1950 ini sebagai salah satu koleksi sebab Hans sendiri mempunyai ramai rakan yang gemar mengumpul barangan Milo serta barang-barang antik. Untung-untung nanti boleh jual balik dengan harga yang lumayan. Hehehe!


Selain MILO, Hans juga turut tidak ketinggalan memborong produk-produk minuman serta makanan Nestle yang lain seperti Nescafe Original dan Nescafe Kopi Latte kerana ia memberi peluang kepada Hans untuk menyertai peraduan NESTLE AUGUST TOP SPENDER yang kini sedang berlangsung iaitu bermula sejak 1 Ogos 2020 lagi dan akan tamat pada 31 Ogos 2020. Jadi, anda semua kena cepat-cepat serta peraduan menarik ini yang dianjurkan bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini. Apa yang seronoknya kerana pelbagai hadiah menarik ditawarkan buat pemenang bertuah. Nak tahu apa hadiahnya? 



Peraduan NESTLE AUGUST TOP SPENDER menampilkan dua kategori iaitu Pemenang Bulanan dan Pemenang Mingguan. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bagi setiap kategori ini pun bukan calang-calang tau. Kalau anda nak jadi salah seorang pemenang bukannya susah pun. Apa yang perlu anda lakukan hanya lah dengan melayari https://pgmall.my/nestle-top-spender-august dan membeli-belah barangan Nestle kegemaran atau kesukaan anda. Barang dapat dan In Sha Allah hadiah pun dapat tau. 

PEMENANG BULANAN (3 Orang):
RM100 + PG MALL Baucar

PEMENANG MINGGUAN (16 Orang):
RM50 + PG MALL Baucar


Bukan setakat hadiah buat pemenang bulanan dan mingguan sahaja, anda juga tidak perlu membayar kos penghantaran jika jumlah pembelian produk Nestle anda di PG Mall adalah bernilai RM80 dan ke atas. Senang cakap penghantaran adalah percuma! Jimat! Mudah! Menarik kan tawaran PG Mall kali ini?


Memandangkan PG Mall ini sememangnya dikenali sebagai platform membeli-belah yang cukup suka menggembirakan pelanggan mereka maka mereka menawarkan HADIAH PERCUMA iaitu sebungkus Pes Maggi Sambal Tumis untuk setiap pembelian barangan Nestle serta Everyday Malt Sachet 50g untuk pembelian barangan Nestle bernilai RM80 dan ke atas di PG Mall. Hadiah dapat! Penghantaran percuma lagi! Memang Hans seronok betul membeli-belah dekat PG Mall ini. Sangat berbaloi dan jimat!

Jadi, buat para pembaca sekalian yang ingin mendapatkan Milo Vintage Limited Edition atau ingin tahu lebih lanjut tentang tawaran hebat daripada PG Mall ini, anda boleh melayari laman sesawang serta media sosial PG Mall seperti yang Hans kongsikan di bawah ini:

Laman Sesawang:
#PGMall #Nestle #Nestlestopspender #Onlineshopping #Shoponline

18 ulasan:

  1. minuman fevret kak milo je

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      wah
      mesti suka minum milo tabur nih

      Padam
  2. Len macam tin packaging dia kan.. len dari lain. Kreatif

    BalasPadam
  3. Milo punya logo tahun 50an dulu memang lain dari yang lain kan? Catching sangat dia punya logo tu..

    BalasPadam
  4. That dah beli kat mesin gedegang and bila kuar milo tin ni . ingat salah tekan . rupanya edisi terhad . hahaha

    BalasPadam
  5. Memang nampak lain sangat logo vintage dr produk milo nie.. klasik..

    BalasPadam
  6. My fav Milo. Lama dah tak minum milo

    BalasPadam
  7. Sangat informative. Baru aku tahu sejarah Milo. ������

    BalasPadam
  8. Unik betul design

    BalasPadam
  9. Suka jgk milo. Uniknya! Boleh la nnti beli dekat pgmall buat koleksi.

    BalasPadam
  10. Cntik packaging dia.. Lepas minum kene simpan ni

    BalasPadam
  11. Tin dia menarik, nak g beli kat PG Mall jugak sbb nak jd top spender Nestle... Mihmihmih

    BalasPadam
  12. Wow i tak pernah nampak air milo dalam tin vintage ni, very special lah.

    BalasPadam
  13. nescafe orignal is my mostly favorite

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com